Al-Quran

Listen to Quran

Isnin, 18 Oktober 2010

Cara mudah dan murah memerangkap nyamuk

Kalau digigit nyamuk bukan sahaja gatal malah boleh membawa penyakit denggi yang membawa maut. Kata orang mencegah lebih baik dari merawat, begitu juga dengan nyamuk ni. Sebelum mereka membiak, hapuskan dahulu tempat pembiakan nyamuk.

Kalau rumah kita ada nyamuk, pelbagai cara nak membunuh atau menghalau atau menghalang nyamuk dari mengigit kita. Biasanya orang menggunakan spray nyamuk yang bukan sahaja membunuh nyamuk tapi silap-silap kita yang terkena kesan jangka panjang angkara bahan kimia ni.

Kalau nak menghalau biasanya orang menggunakan lingkaran ubat nyamuk yang baunya macam hampeh tu atau menggunakan cara moden yang menggunakan air atau kepingan yang menggunakan elektrik. Dan kalau nak menghalang nyamuk gunakan cara lama – pasang kelambu.

Ok kali ni isuhangat ingin berkongsi satu cara terbaru iaitu memerangkap nyamuk. Benda ni kita boleh buat sendiri dengan bahan-bahan yang murah.


Bahan-bahan dan tool yang diperlukan.

1. Botol air minuman 1.5 liter
2. Gunting
3. 200 ml air
4. 50 gram gula merah
5. 1 gram ragi
6. Kertas atau kain hitam

Cara pembuatannya:

1. Potong botol di bahagian tengah, simpan di mulut botol dan bahagian bawah botol.

2. Campur gula merah dengan air panas. Biarkan sehingga sejuk dan kemudian tuangkan di separuh bagian potongan bawah botol.

3. Tambahkan ragi. Tidak perlu dikacau. Ini akan menghasilkan karbon dioksida.
4. Pasang/masukkan potongan botol bahagian atas dengan posisi terbalik seperti corong
5. Bungkus botol dengan sesuatu yang hitam, kecuali di bahagian atas, dan diletakkan di beberapa
sudut rumah Anda.
6. Dalam dua minggu, anda akan melihat banyak nyamuk yang terperangkap dan mati di dalam botol.