Al-Quran

Listen to Quran

Jumaat, 24 Disember 2010

Diet pesakit buah pinggang

Diet pesakit buah pinggang

Pesakit buah pinggang bukan saja perlu melakukan rawatan dialisis, tetapi juga mematuhi diet yang disyorkan.

Pesakit perlu banyak mengambil makanan tertentu bagi mengelak kandungan nutrien seimbang dalam badan

Didiagnosis dengan kegagalan buah pinggang bukan saja memerlukan anda menjalani rawatan dialisis tetapi juga mematuhi diet yang disyorkan. Suka atau tidak, perubahan dalam diet mesti dilakukan.

Oleh kerana buah pinggang tidak lagi dapat berfungsi seperti biasa, pesakit buah pinggang perlu banyak mengambil makanan tertentu dan mengurangkan jenis makanan yang lain bagi mengekalkan kandungan nutrien yang seimbang dalam badan mereka.

Walaupun setiap orang memiliki rejim diet yang khusus, namun ada sesetengah nutrisi yang diperlukan oleh semua pesakit. Penting atau kurang pentingnya nutrisi itu banyak bergantung pada jenis dialisis yang dipilih, sama ada PD (dialisis peritoneum) atau HD (hemodialisis).

Pakar Pemakanan Universiti Perubatan Antarabangsa, Dr Winnie Chee, berkata perkara paling asas, setiap pesakit perlu membezakan antara jenis rawatan yang diterima kerana ia menjadi penentu amalan pemakanan atau diet yang terbaik untuk mereka.

“Sebagai contoh, rutin diet pesakit yang menjalani rawatan PD agak kurang berbanding pesakit dengan rawatan HD. Ia kerana bagi PD, tahap kalium, garam dan bendalir dalam badan lebih rendah disebabkan pertukaran kerap menerusi PD.
Makanan segera mempunyai kalori yang tinggi dan pengambilan garam berlebihan boleh memudaratkan kesihatan.

“Namun, pesakit yang menjalani rawatan PD perlu memakan lebih banyak protein berbanding pesakit yang menjalani HD,” katanya.

Dr Chee berkata, pesakit yang memilih PD biasanya menjalani pembedahan yang kecil untuk memasukkan tiub plastik kecil ke dalam rongga peritoneum (perut).

“Larutan dialisis kemudian dimasukkan secara suntikan ke dalam rongga peritoneum untuk menyingkirkan toksin dan cecair berlebihan menerusi proses osmosis. Ketika ini, membran peritoneum berfungsi sebagai alat penapis,” katanya.

Beliau berkata, disebabkan ciri proses rawatan ini, protein akan hilang menerusi membran peritoneum pada setiap kali pertukaran dialisis.

Justeru, katanya pesakit yang menjalani rawatan PD perlu meningkatkan pengambilan protein bagi memastikan jumlah protein secukupnya untuk tumbesaran, pembinaan otot, membaiki tisu dan melindungi badan daripada jangkitan.

“Kadar pengambilan protein yang disyorkan bagi pesakit harus dikekalkan pada tiga atau empat hidangan sehari, iaitu lebih kurang saiz tapak tangan bagi setiap hidangan, baik daging, ikan atau ayam,” katanya.

Katanya, sesetengah jenis buah-buahan misalnya pisang dan anggur, selain sayur-sayuran berdaun adalah contoh pemakanan yang memiliki kandungan kalium tinggi.

Pesakit PD katanya boleh mengambil makanan jenis ini bagi membantu mereka menjaga kesihatan jantung dan mengekalkan tahap bendalir badan yang normal.

“Walaupun terdapat fleksibiliti bagi pengguna PD dari segi pengambilan kalium dan cecair yang dibenarkan, pengambilan fosforus harus dipantau kerana enapannya boleh menyebabkan tulang rapuh dan sakit sendi,” katanya.

Namun, katanya agak sukar untuk mengelakkan makanan yang mengandungi fosforus kerana ia boleh didapati dalam pelbagai jenis makanan termasuk daging, ikan, ayam, minuman berasaskan koko, kacang selain makanan seperti tauhu, dal dan sayur kacang.

Dr Chee berkata, bagi mengatasi masalah ini, semua pesakit yang menjalani dialisis, sama ada HD atau PD, perlu mengambil pengikat fosfat (contohnya pil kalsium) untuk menyingkirkan fosfat tambahan daripada badan.

Pengambilan garam juga harus dihadkan untuk mengawal tekanan darah. Satu cara yang boleh diamalkan dengan mudah ialah ‘diet tanpa garam tambahan’ iaitu jumlah garam minimum digunakan ketika memasak (¼ camca teh sehari).

Selain itu, pesakit perlu waspada terhadap makanan lain yang mempunyai kandungan garam yang tinggi seperti kicap masin, sos tomato atau cili, sos ikan, sos tiram dan makanan dengan MSG. Mengelak makanan sedemikian adalah pilihan terbaik dalam diet.

“Pengurangan jumlah air kencing yang dihasilkan adalah simptom umum masalah buah pinggang yang biasanya didapati pada peringkat akhir penyakit. Akibatnya, ramai pesakit mengalami bengkak, sesak nafas dan tekanan darah tinggi disebabkan cecair berlebihan yang disimpan di dalam badan,” katanya.

Oleh kerana terapi PD membantu mengekalkan fungsi buah pinggang untuk tempoh lebih lama, pesakit yang menggunakan kaedah rawatan ini tidak perlu mengawal pengambilan cecair dengan begitu ketat kerana pengeluaran air kencing tetap dikekalkan pada tahap normal.

“Sebagai garis panduan umum, semua orang harus sedar mengenai jumlah kalori yang diambil untuk mengelakkan diri daripada menjadi gemuk. Kadangkala, penyerapan dekstrosa (gula) dalam dialisis

boleh menyebabkan kenaikan berat badan pesakit PD. Pengambilan jumlah kalori yang betul penting untuk mengekalkan keseimbangan antara membekalkan tenaga bagi badan dan mengelakkan berat badan berlebihan,” katanya.

Jadual berikut merumuskan perbezaan antara perubahan pemakanan perlu diambil oleh pesakit yang menjalani PD dan HD:

Kelas makanan: Dialisis Peritoneum (PD)

Protein: Mengikut keperluan, keperluan protein lebih tinggi daripada pesakit HD.

Kalium: Biasanya tidak terhad melainkan tahap darah adalah tinggi.

Fosforus: Terhad.

Cecair: Lebih longgar daripada pesakit HD.

Kalori: Mengikut keperluan. Jika kurang berat badan, pesakit memerlukan lebih banyak kalori untuk mencegah kekurangan khasiat pemakanan. Jika berat badan berlebihan, pesakit memerlukan kurang kalori untuk mencegah kenaikan berat badan selanjutnya. Kalori daripada dekstrosa dalam dialisat perlu diambil kira.

Jenis makanan: Dialisis HD

Protien: Mengikut keperluan

Kalium: Terhad

Fosforus: Terhad

Cecair: Terhad

Kalori: Mengikut keperluan. Jika kurang berat badan, pesakit memerlukan lebih banyak kalori dan jika berat badan berlebihan, pesakit memerlukan kurang kalori.

Jadual ini hanyalah panduan umum mengenai jenis makanan yang sesuai bagi pesakit buat pinggang yang menggunakan kaedah rawatan berbeza. Namun, mereka dinasihatkan berbincang dengan doktor dan pakar diet buah pinggang sebelum membuat perubahan kepada amalan pemakanan untuk memastikan diet yang seimbang dan sihat.

Oleh Hafizah Iszahanid

Khamis, 23 Disember 2010

Kerosakan Buah Pinggang Penyebab Mati Pucuk

GEJALA bengkak khususnya pada muka dan keliling mata, pergelangan tangan, abdomen, paha dan buku lali; air kencing berbuih, bercampur darah atau berubah menjadi pekat (berwarna gelap); kerap buang air kecil walaupun minum sedikit dan berasa sakit setiap kali buang air kecil antara tanda penting bagi kerosakan buah pinggang.

Kerosakan buah pinggang juga menyebabkan seseorang merasa tidak sihat, pucat, cepat penat; tekanan darah meningkat, lebih kerap buang air kecil pada waktu malam, kitaran haid terganggu, hilang keinginan seks (atau mati pucuk), selera makan merosot dan mulut terasa pahit dan sukar tidur.

Namun, masalahnya gejala disenaraikan di atas hanya muncul apabila buah pinggang mengalami kerosakan teruk. Kebanyakan pesakit tidak sedar mereka mengalami masalah ini kerana kerosakan buah pinggang berlaku secara senyap tanpa gejala.

Buah pinggang yang mengalami 70 peratus kerosakan masih boleh menapis darah dengan baik dan masalah kesihatan hanya muncul jika jumlah fungsi kedua-dua buah pinggang kurang daripada 30 peratus.

Ia kini menjadi masalah yang semakin membimbangkan kerana ia berkait rapat dengan kencing manis. Setiap tahun dianggarkan 2,500 orang mengalami kerosakan buah pinggang dan sehingga 2008, lebih 15,800 kes dialisis dengan 1,157 kes baru.

Menurut Perunding Nefrologi Pusat Perubatan Sunway, Dr Tan Wee Ming, punca utama kerosakan buah pinggang ialah penyakit kencing manis (54 peratus daripada kes yang perlu dialisis).

Antara perkara yang turut menyumbang kepada kerosakan ini ialah faktor genetik (sejarah keluarga sakit buah pinggang), gaya hidup tidak aktif, jarang bersenam, tabiat pemakanan tidak sihat, masalah kolesterol tinggi, obesiti, penuaan dan merokok.

Bagaimanapun, selagi seseorang itu tidak sampai ke tahap memerlukan dialisis, bermakna masih ada harapan untuk memperlahan atau menghentikan kerosakan buah pinggang. Apabila seseorang disahkan perlu menjalani dialisis, bermakna buah pinggangnya gagal berfungsi iaitu tidak lagi mampu menapis darah.

Ini sebabnya kita perlu sentiasa peka terhadap perubahan pada diri sendiri. Jika anda berasa was-was atau mempunyai sebahagian daripada faktor risiko seperti di atas, segera berjumpa doktor dan menjalani pemeriksaan. Ada banyak kaedah mudah untuk mengesan kegagalan buah pinggang seperti:

# Ujian darah (bagi menguji kehadiran bahan sisa nitirogen seperti urea dan kreatinin iaitu dua bahan kumuh yang sepatutnya dibuang melalui air kencing)

# Ujian air kencing

# Sinar-X atau IVU

# Imbasan bunyi (bagi mengesan kehadiran sista, batu karang atau ketumbuhan)

# Imbasan CT (untuk mengesan ketumbuhan)

# Imbasan Magnetik Resonans (MRI) (bagi mengetahui sama ada berlaku penyempitan salur darah ke buah pinggang)

# Biopsi buah pinggang

Selepas keputusan ujian positif, pesakit perlu menjalani rawatan bagi memperlahankan proses kerosakan buah pinggang. Selain pengambilan ubat, pesakit dikehendaki mengubah gaya hidup dengan berhenti merokok, kerap bersenam dan menjaga pemakanan supaya beberapa perkara dapat dikawal dengan baik. Antara yang perlu dikawal ialah:

# Tekanan darah

# Paras gula dalam darah (bagi pesakit kencing manis)

# Paras kolesterol dalam darah

Kawalan pemakanan sangat penting, terutama bagi pengambilan protein, garam, fosfat, potassium, kolesterol dan gula, kerana ia boleh merangsang kerosakan buah pinggang jika diambil berlebihan. Diet rendah protein digunakan untuk mengurangkan gejala berkaitan pengumpulan bahan sisa nitrogen dalam darah.

Ia boleh dilakukan dengan mengurangkan pengambilan makanan kaya protein seperti ikan, daging, makanan laut, kekacang atau biji-bijian, susu dan produk tenusu.

Namun, kebimbangan dan terlalu berhati-hati menimbulkan masalah lain pula iaitu kekurangan asid amino perlu dan tidak cukup zat. Perlu diingat, badan kita tidak boleh menghasilkan asid amino perlu ini dan ia hanya didapati daripada makanan.

Ini sebabnya pesakit perlu ambil ubat dan pil makanan tambahan yang membekalkan asid amino dan ketoanalog (terapi asid keto) dengan pemakanan kurang protein. Ia memperlahankan kerosakan buah pinggang dan mengekalkan status zat pesakit.

Untuk mengetahui berapa banyak protein boleh diambil, pesakit perlu merujuk kepada pakar pemakanan kerana keadaan setiap pesakit berbeza.

Bagaimanapun, bukan semua pesakit perlu mengawal pengambilan fosfat dan potassium. Sekatan ini dikenakan jika kerosakan buah pinggang adalah teruk.

Namun secara umumnya, kawalan lebih penting ialah pada jumlah pengambilan protein iaitu hanya 0.6 gram bagi setiap kilogram berat badan dan fosfat antara 800 hingga 1,000 miligram saja.

Setiap pesakit mempunyai piramid makanan mereka. Keperluan kalori harian mereka juga berbeza dengan orang sihat kerana ia dikira berdasarkan berat badan dan umur, iaitu dengan kaedah di bawah bagi mengelak masalah tidak cukup zat atau menjadi gemuk. Keperluan ini juga berubah dari semasa ke semasa; tertakluk kepada keadaan kesihatan buah pinggang mereka.

Justeru, pesakit perlu menjalani pemeriksaan secara berkala dan mendapatkan nasihat pakar pemakanan mengenai keperluan harian mereka. Pakar pemakanan akan membuat pengiraan keperluan harian anda dan pesakit perlu mematuhinya.

Amalan diet mengikut pelan dirancang disertakan pengambilan ubat boleh memperlahankan kerosakan buah pinggang dan mengelak pesakit menjalani dialisis.

Pada masa sama, keluarga perlu bersama-sama memainkan peranan dalam penjagaan pemakanan pesakit buah pinggang kronik dengan mengetahui jenis makanan yang mesti dielak atau dikurangkan.

Mereka (terutama pasangan atau penjaga) perlu belajar pelbagai masakan supaya menu sihat untuk pesakit tidak membosankan.

Sebagai panduan umum, ada beberapa resipi yang disediakan tukang masak dari Universiti Sunway (Chef Loke Hoi Weng dan Chef Andy Woon) dalam bengkel pemakanan ‘Penjagaan Lebih Baik’ anjuran Pusat Perubatan Sunway dengan kerjasama Fresenius Kabi untuk jadikan contoh.

Bengkel yang diadakan untuk pesakit (khususnya yang mengambil pil tambahan asid keto) dan penjaga bertujuan memberi panduan terhadap pengurusan tekanan darah tinggi dan mengurangkan risiko penyakit bertambah teruk.

Antara panduan pemakanan umum untuk pesakit ialah:

# Kurangkan pengambilan protein (jumlahnya mengikut berat badan pesakit)

# Mengehadkan pengambilan garam kepada empat hingga enam gram sehari bagi mengelak retensi (pengumpulan air) dalam badan dan mengawal tekanan darah

# Hadkan pengambilan potassium kerana buah pinggang tidak lagi berupaya menyingkir potassium berlebihan daripada badan. Berlebihan potassium boleh menyebabkan degupan jantung tidak normal. Sumber makanan yang kaya potassium ialah pisang, oren, buah-buahan kering, kekacang dan sesetengah sayur berdaun hijau.
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN @ hmetro

Mengesan Dan Mengawal Penyakit Buah Pinggang

Mengesan Dan Mengawal Penyakit Buah Pinggang
Oleh Dato' Dr Zaki Morad bin Mohd Zaher
Pakar Runding Kanan Nefrologi

MENGESAN PENYAKIT BUAH PINGGANG

Langkah pertama penjagaan penyakit buah pinggang yang lebih berkesan ialah dengan mengesan penyakit ini pada peringkat awal-awal lagi. Pengesanan awal adalah penting terutama sekali jika anda seorang penghidap diabetes kerana penyakit ini akan menyebabkan anda berisiko tinggi bagi menghidap penyakit buah pinggang. Beberapa tanda-tanda dan gejala penyakit buah pinggang yang harus diberi perhatian termasuklah berat badan menurun tanpa sebab, rasa loya atau muntah, letih lesu atau sakit belakang. Tanda-tanda lain termasuk penukaran kekerapan atau corak urinasi, urin yang mengandungi darah atau rasa pedih ketika urinasi, bengkak pada muka, kaki dan abdomen dan kesukaran untuk tidur malam.

Malangnya, kesemua tanda dan gejala ini kebiasaannya tidak akan kelihatan sehinggalah buah pinggang anda telah mengalami kerosakan yang teruk. Ada juga kemungkinan anda langsung tidak akan mengalami sebarang tanda atau simptom tersebut walaupun buah pinggang anda sudah tidak berfungsi lagi. Oleh sebab itu, anda tidak boleh bergantung kepada kesemua tanda dan gejala tersebut untuk mengesan penyakit buah pinggang dan sebaliknya menganggap yang anda tidak mempunyai penyakit tersebut jika anda langsung tidak mengalami sebarang tanda-tanda tersebut.

Cara yang paling tepat untuk mengesan samaada anda mengalami sebarang kerosakan buah pinggang ialah dengan berjumpa doktor anda dan mengambil ujian urin untuk mengesan mikroalbumin dan protein. Kehadiran mikroalbumin (protein dalam jumlah yang kecil) dalam urin menunjukkan bahawa buah pinggang anda telah rosak. Ini terjadi kerana buah pinggang yang rosak tidak dapat menerima balik kebanyakan protein yang telah ditapis, menyebabkan kandungan protein dalam urin semakin meningkat. Kehadiran protein dalam kuantiti yang banyak dalam urin (makroalbuminuria - satu petanda lewat nefropati diabetes) boleh dikesan dengan satu ujian ringkas dengan mencelup stik pengesan ke dalam urin. Sebaliknya, untuk menentukan kandungan protein dalam urin yang sedikit (mikroalbuminuria) - satu petanda awal kerosakan buah pinggang disebabkan diabetes, memerlukan suatu ujian khas.

Jika ujian menggunakan stik pengesan atau ujian mikroalbuminuria menunjukkan keputusan yang positif, adalah baik jika anda mengikut nasihat doktor dan seterusnya mengambil langkah-langkah yang sewajarnya, seperti tertera di bawah, untuk membantu anda mengelak atau melambatkan penyakit ini daripada menjadi bertambah teruk.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGAWAL PENYAKIT BUAH PINGGANG YANG DISEBABKAN OLEH DIABETES

#1. Teruskan mengurus diabetes anda dengan baik
Tahap glukosa darah yang tinggi, tekanan darah yang tinggi dan kandungan lemak dalam darah yang tidak normal merupakan faktor-faktor utana yang menyumbang kepada kerosakan berterusan buah pinggang anda. Itulah sebab betapa pentingnya untuk anda mengurus faktor-faktor ini dengan sebaik-baiknya agar dapat mengawal penyakit buah pinggang anda. Dalam kata lain, penjagaan diabetes yang baik boleh melambatkan perkembangan penyakit buah pinggang setelah ianya bermula (atau mengelakkannya dari menjadi bertambah teruk terutama sekali apabila ianya dapat dikesan dari awal!). Berikut terdapat cara-cara untuk menjaga diabetes dengan baik dan lebih berkesan: Terus memastikan yang anda mencapai tahap sasaran yang disyorkan bagi glukosa darah, tekanan darah dan lipid dengan mengamal pemakanan yang sihat, mengawal pengambilan karbohidrat, melakukan aktiviti fizikal secara kerap dan mengurangkan berat badan yang berlebihan. Anda juga harus, mengambil ubat-ubat (jika dipreskripsikan) dan sentiasa memantau tahap glukosa darah anda di rumah. Keraplah berjumpa doktor anda bagi mendapatkan rawatan susulan terutama sekali untuk memeriksa tekanan darah dan tahap lipid anda.
Sila rujuk jadual di bawah untuk membantu mencapai sasaran penjagaan diabetes anda dengan baik:


Ujian Darah Tahap yang disyorkan Glukosa darah 3.8 mmol/L - 6.1 mmol/L (ketika berpuasa)
Dan kurang dari 7.8 mmol/L (selepas makan)
HbA1c Kurang dari 6.5%
Kolesterol LDL Kurang dari 2.6 mmol/L
Trigliserida Kurang dari 1.7 mmol/L
Kolesterol HDL Lebih dari 1.02 mmol/L
Tekanan darah 130/80 mmHg atau kurang



#2. Pemakanan Yang Betul
Mengurus diabetes sahaja adalah tidak mencukupi jika anda sudah menghidap penyakit buah pinggang disebabkan diabetes. Anda juga harus memastikan bahawa buah pinggang anda yang rosak itu tidak akan membahayakan badan anda. Salah satu daripada cara untuk anda menjaga kesihatan diri jika telah menghidap penyakit buah pinggang ialah melalui pengawalan pemakanan (diet).

Apabila buah pinggang anda sudah tidak boleh berfungsi dengan betul, sisa buangan dan bahan-bahan lain akan berkumpul sehingga tahap yang membahayakan badan anda. Kawalan diet adalah penting untuk mengawal penyakit buah pinggang untuk mengelakkan pengumpulan berlebihan bahan-bahan ini (contohnya natrium, kalium, kalsium, fosforus, cecair dan bahan buangan protein) di mana buah pinggang yang sihat akan dapat membersihkan darah untuk manjaga keseimbangan badan.

Anda harus bertanya doktor atau pakar diet anda untuk mendapatkan satu pelan diet, di mana ianya akan berfokus kepada nutrien-nutrien berikut: Protein diperlukan untuk penyelenggaraan, tumbesaran dan pembaikan tisu-tisu badan. Ia juga dapat membekalkan tenaga dan membantu anda melawan penyakit. Protein boleh diperolehi daripada ikan, telur, daging dan ayam. Apabila protein diuraikan dalan badan (proses metabolisma), ia akan menghasilkan bahan-bahan buangan. Salah satu daripada bahan buangannya dikenali sebagai urea. Kandungan urea yang tinggi dalam badan akan menyebabkan rasa loya, muntah dan hilang selera makan. Anda mungkin perlu memulakan diet yang rendah protein (tetapi tidak terlalu rendah) untuk memastikan kandungan bahan buangan masih dalam linkungan tahap yang boleh diterima disamping memastikan badan anda mendapat protein yang ia perlukan.
Natrium membantu pengaturan kandungan cecair dan tekanan darah. Sumber yang paling biasa didapati ialah garam makan, walaupun ia memang terkandung dalam kebanyakan makanan. Natrium yang berlebihan akan mengakibatkan peningkatan cecair dalam badan serta tekanan darah yang tinggi. Oleh itu, anda perlu mengurangkan pengambilan natrium contohnya tidak memakan makanan yang masin dan tidak menambah garam kepada makanan anda.
Kalium diperlukan untuk saraf-saraf dan otot-otot termasuk jantung supaya berfungsi dengan normal. Makanan yang kaya dengan kalium termasuklah kentang, sayur-sayuran berdaun hijau dan pisang. Jika kandungan kalium (potassium) menjadi terlalu tinggi, ia akan menyebabkan kelemahan pada otot dan denyutan jantung yang tidak tetap. Justeru itu, anda perlu mengikuti pelan diet yang mempunyai kandungan kalium yang bersesuaian.
Kalsium dan fosforus diperlukan untuk pembentukan tisu tulang. Walaubagaimanapun, kandungan fosforus yang tinggi pada buah pinggang yang sudah gagal berfungsi boleh menyebabkan kalsium larut lesap dari tulang-tulang anda dan menyebabkan tulang menjadi lemah dan rapuh. Inilah sebabnya anda harus menghadkan pengambilan fosforus. Makanan yang mempunyai kandungan fosforus yang tinggi termasuklah susu dan produk tenusu yang lain serta kekacang.



# 3. Mengawal pengambilan cecair
Buah pinggang yang sihat dapat mengelakkan pengumpulan cecair dalam badan anda dengan menyingkirkan cecair berlebihan melalui urin. Itulah sebabnya, apabila buah pinggang anda sudah tidak berfungsi dengan baik, cecair akan terkumpul dalam tisu-tisu badan, saluran darah dan juga paru-paru anda. Ini akan memberi tekanan pada jantung anda, menyebabkan tekanan darah tinggi dan kesukaran untuk bernafas. Anda juga mungkin akan mengalami tukaran dalam corak dan kekerapan urinasi (satu daripada petanda penyakit buah pinggang). Jadi, anda harus mengikuti nasihat doktor jika anda diperlukan untuk menghadkan pengambilan cecair dan merancang pengambilan cecair harian anda.

# 4. Makan ubat-ubatan anda
Doktor anda mungkin akan memberi ubat-ubat yang tertentu sebagai tambahan kepada aturan diet anda. Ubat-ubatan ini akan membantu mengurangkan tekanan darah tinggi anda, meningkatkan kandungan kalsium dalam darah atau membantu keadaan-keadaan lain yang berkaitan dengan penyakit kegagalan buah pinggang. Anda haruslah sentiasa tekun untuk memakan ubat-ubatan anda.

Peringkat akhir kerosakan buah pinggang haruslah dielakkan selagi boleh. Anda boleh mengelakkannya dengan mengawal penyakit diabetes dan penyakit buah pinggang anda secara serentak dan teliti. Dengan mengikuti segala nasihat yang diberikan oleh doktor, anda mempunyai peluang yang baik untuk mengelakkan buah pinggang anda dari menjadi bertambah teruk.

Walaupun anda sudah mengalami peringkat akhir kerosakan buah pinggang dan sedang menjalani rawatan dialisis (rawatan perubatan yang menggunakan mesin dialisis untuk mengeluarkan bahan buangan dan cecair yang berlebihan dalam badan terus daripada darah bagi mereka yang kegagalan buah pinggang), anda masih boleh mengawal penyakit menerusi penjagaan diet, mengawal pengambilan cecair dan mengambil ubat-ubatan yang dipreskripsikan oleh doktor. Ini adalah kerana proses dialisis masih tidak dapat mengeluarkan kesemua bahan buangan dari badan anda. Walau bagaimanapun, keperluan diet, kawalan pengambilan cecair dan ubat-ubatan mungkin perlu sentiasa diteliti dan diubahsuai. Doktor anda akan dapat menasihati anda berasaskan keadaan semasa anda.

SATU PESANAN
Walaupun menghidap diabetes, anda masih boleh menjalani hidup yang bermakna melalui penjagaan yang betul. Ada lagi berita baik: anda mempunyai kuasa penuh untuk mengelak atau mengawal penyakit buah pinggang disebabkan diabetes anda menjadi lebih teruk. Ambillah langkah positif ini untuk memulakan hidup yang sihat. Janganlah tunggu sehingga ianya menjadi sudah terlambat.

Program "Menangani Wabak Diabetes" ini disokong dengan geran pendidikan tanpa syarat sumbangan, program Taj Mahal 'Rice For Life', OneTouch Centre oleh Lifescan (syarikat Johnson & Johnson), Pharmaniaga Berhad, Glucerna SR oleh Abbott, Gardenia Breakthru' dan All Eights. Untuk pertanyaan, sila hubungi Talian: (03) 7876 1676/7876 1677.

Khamis, 2 Disember 2010

8 Pembohongan Ibu Kepadaku

Memang sukar untuk org lain percaya, tapi itulah yang berlaku, ibu saya memang seorang pembohong!
Sepanjang ingatan saya, sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya.
Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk menjadi renungan dan panduan anda semua.
Ambillah iktibar daripadanya dan hayatilah sebaiknya kerana itulah ibuku!

01.PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA - Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga yang miskin.

Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan.
Ada kalanya selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan seekor ikan masin dikongsi 1 keluarga.
Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi mak cepat memujuk.
Ketika makan, mak sering memberikan bahagian nasinya untuk saya.
Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, mak berkata: "Makanlah nak, mak tak lapar.".

02.PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA - Ketika saya mulai besar, mak yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah.
Mak berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk pembesaran kami adik-beradik.
Pulang memancing, mak memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera.
Sewaktu saya memakan gulai ikan itu, mak duduk di samping kami dan memakan sisa daging ikan yang menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi.
Saya sedih melihat mak seperti itu.
Hati saya tersentuh, lalu dengan menggunakan sudu, saya memberikan ikan itu kepada mak. Tetapi mak dengan cepat menolaknya. Mak berkata: "Makanlah nak, mak tak suka makan ikan."

03.PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA - Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Mak pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya, abang dan kakak.
Suatu dinihari, lebih kurang 1.30 pagi, saya terjaga dari tidur.
Saya melihat mak sedang membuat kuih bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya lihat kepala mak terhangguk kerana terlalu mengantuk.
Saya berkata: "Mak, tidurlah, esok pagi mak kena pergi kebun pula." Mak tersenyum dan berkata: "Cepatlah tidur nak, mak belum mengantuk lagi."

04.PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT - Di hujung musim persekolahan, mak meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting.
Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, mak terus sabar menunggu saya di luar dewan.
Mak sering kali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Ilahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.
Ketika lonceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, mak dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya.
Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang mak yang jauh lebih kental.
Melihat tubuh mak yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu untuk mak dan menyuruhnya minum.
Tapi mak cepat-cepat menolaknya dan berkata: "Minumlah nak, mak tak haus."

05.PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA - Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas adik saya baru beberapa bulan dilahirkan, maklah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga.
Mak bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan berjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.
Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah.
Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang membantu mak.
Anehnya, mak menolak bantuan itu.
Jiran-jiran sering menasihati mak supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga mak dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga.
Tetapi mak yang memang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka.
Mak berkata: "Saya tidak perlukan cinta, saya tidak perlukan lelaki."

06.PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM - Setelah kakak dan abang habis belajar dan mulai bekerja, mak sudah pun tua.
Kakak dan abang menyuruh mak supaya berehat saja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit, tetapi mak tidak mahu.
Mak rela pergi pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi kekperluan hidupnya.
Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan mak, pun begitu mak tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut.
Malahan mak mengirim balik wang itu, dan mak berkata: "Jangan susah-susah, mak ada duit."

07.PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH - Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara.
Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar.
Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang, kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya, juga di luar negara.
Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa mak untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara.
Pada pandangan saya, mak sudah puas bersusah payah untuk kami.
Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini mak habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.
Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya.
Mak tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata: "Tak payahlah, mak tak biasa tinggal di negara orang."

08.PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN - Beberapa tahun berlalu, mak semakin tua. Suatu malam saya menerima berita mak diserang penyakit kanser.
Mak mesti dibedah secepat mungkin. Saya menjenguk ibunda tercinta.
Saya melihat mak terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan.
Mak yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan.
Mak menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpakas menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.
Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga mak menjadi terlalu lemah dan kurus.
Saya menatap wajah mak sambil berlinangan air mata.
Saya cium tangan mak, kemudian saya kucup pula pipi dan dahinya.
Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat mak dalam keadaan seperti ini.
Tetapi mak tetap tersenyum dan berkata-kata: "Jangan menangis nak, mak tak sakit."
Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.
Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya.
Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata: MAK, SAYA SAYANGKAN MAK!
Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun mengasihi mak lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga mak, sampailah saat mak menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Mak, maafkan saya. SAYA SAYANGKAN MAK...!!!

Cukur bulu kening

Cukur bulu kening



SAYA mempunyai bulu kening yang lebat dan hampir bercantum. Saya pernah diberitahu, bulu kening yang bercantum di tengah-tengah boleh dicukur kerana ia menyerupai syaitan tetapi saya tidak pasti mengenainya.

Saya tahu mencukur bulu kening adalah berdosa di sisi Islam kerana cuba mengubah ciptaan Allah.


SITI ZUBAIDAH
Johor Bahru, Johor
Merapikan bulu kening yang bercantum tidak menjadi kesalahan, bahkan sewajarnya dilakukan kerana sifat asal kening tidaklah bercantum. Seorang wanita wajib menjaga penampilannya kerana Allah bersifat cantik dan suka pada yang cantik.



Perbuatan merapikan tidak termasuk dalam mengubah ciptaan Allah kerana tafsiran mengubah ciptaan ialah menukar asal kejadian manusia seperti menukar jantina.
-fatwa by-Marshitah ibrahim.
====================================================

HUKUM MENCABUT ALIS, RAMBUT PALSU DAN TATO
Oleh : Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin


Menghilangkan bulu alis (termasuk menggunakan rambut palsu dan tatoo) termasuk salah satu dosa besar, kerana Rasulullah ShallallaHu ‘alaiHi wa sallam bersabda,

“La’anallaHul waashilata wal mustawshilata wannaamishata wal mutanammishata wal waasyimata wal mustawsyimah” yang ertinya “Allah melaknat wanita yang memasang dan dipasang rambut palsu, wanita yang mencukur bulu alis dan dicukurkan bulu alis dan wanita yang dibuat tatoo dan dibuatkan tatoo” (HR. Bukhari no. 5937 dan Muslim no. 2124)


Oleh kerana itu hendaklah setiap orang lelaki (hadits tersebut juga berlaku untuk lelaki) mahupun wanita berusaha menjauhi perbuatan tersebut.

Maraji’
Disarikan dari Buku Fatwa – fatwa Terkini 3, Darul Haq, Jakarta, Cetakan Pertama, September 2004, hal 9-11
===============================================
Hukum Cukur Bulu Kening

Bersama Mohd. Farid Ravi Abdullah
Pensyarah Jabatan Al-Quran dan Sunnah,
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

SOALAN:
Adakah berdosa sekira seorang wanita membersihkan bulu kening dengan mencabut bulu kening yang bertaburan di atas kelopak mata?. Dalam perkara ini wanita itu tidak mencabut bulu kening sehingga cuma tinggal segarisan sahaja atau langsung hilang keningnya.

Ia cuma untuk mencabut bulu kening yang bertaburan di atas kelopak mata bagi nampak kemas.

JAWAPAN:
Tidak berdosa sekiranya untuk memperbetulkan atau mengelokkan dengan membuang atau mencabut bulu yang bertaburan di atas kelopak mata. Ini akan saya jelaskan pada perbincangan dalil-dalil yang berkaitan dengan persoalan ini.

Sebelum berbincang lebih jauh elok kalau kita lihat dulu asas kepada perkara ini. Wanita dalam bahasa arab di sebut dengan perkataan al-Mar'ah yang bermaksud suatu yang dipandang atau dilihat.

Kecantikan seseorang itu bermula dengan wajahnya. Sebab itulah kaum wanita amat mengambil berat mengenai kecantikan, terutamanya kecantikan wajah kerana wajah yang pertama dipandang orang apabila berjumpa. Oleh itu, ramai di kalangan wanita sanggup membelanjakan wang beribu ringgit untuk tujuan mencantikkan wajah.

Salah satu bahagian yang menjadi tumpuan pengubahsuaian bagi kaum hawa ini ialah kening. Sehingga persoalan kening begitu mendapat perhatian dalam Islam, terutamanya melalui hadis-hadis Rasulullah SAW.

Tidak dinafikan bahawa ada di kalangan kaum wanita yang keningnya bermasalah dari segi lebat atau nipisnya atau bulu kening bersambung antara kening kanan dan kiri.

Setiap manusia mahu dia tampil secara sempurna dan tidak menyakitkan mata orang yang memandang, apatah lagi menjadi perhatian sehingga membawa kepada suara-suara sumbang yang memperkatakan bulu keningnya.

Kaum wanita memang cerewet mengenai kecantikan wajah, dan tidak mahu wajahnya mempunyai cacat cela. Untuk mengatasi sebarang kekurangan kaum hawa ini akan berusaha untuk memperbaikinya. Sehingga kadang-kala mengenepikan tuntutan agama demi kepuasan diri sendiri tanpa mempedulikan apa kata agama dalam persoalan mencukur dan membentuk kening yang tajam, atau dicukur kening yang asal kemudian diganti dengan kening yang dilukis dengan pencil celak.

Di dalam kitab kitab-kitab hadis ada empat hadis yang membawa makna yang sama pada asasnya, namun setiap nas ada perincian yang membolehkan penghasilan hukum dalam persoalan yang dibincangkan.

Perkara ini membabitkan satu riwayat berkaitan dengan riwayat Imam Al-Tabari, bahawa isteri Abu Ishaq pergi ke rumah Aisyah Ummul-Mukminin, isteri Rasulullah SAW. Pada waktu itu rupa parasnya sangat jelita. Beliau lalu bertanya kepada Aisyah r.a mengenai hukum seorang wanita yang membuang bulu-bulu yang terdapat di dahinya untuk tujuan menambat hati suaminya.

Aisyah r.a menjawab: "Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu". Imam Nawawi berpendapat sesungguhnya jawapan Aisyah kepada wanita itu membawa maksud wanita boleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk menghilangkan kejelekan seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik.

Jelas di sini adanya keharusan untuk mengelokkan wajah dengan membersihkan wajah daripada bulu-bulu yang tumbuh di kawasan kelopak mata atau di kawasan yang tidak sewajarnya.

Ini kerana wanita yang normal pastinya kening berbulu tetapi sudah tidak normal kalau dahinya atau kelopak matanya yang berbulu.

Daripada Abdullah bin Masud, daripada Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah. (riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud)

Ibn Hajar pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu di muka dengan alat pencabut.

Pendapat ini perlu kepada perincian kerana lafaz dalam pandangan ini ialah mencabut bulu. Mengikut biologi kejadian manusia satu-satu kawasan yang ditumbuhi bulu di wajah wanita ialah kening. Jadi lafaz mencabut bulu di wajah maksudnya kening, ini kerana kening adalah sebahagian daripada wajah, bukannya wajah sebahagian daripada kening.

Kalau difahami secara zahir pastinya apa-apa sahaja yang tumbuh di wajah wanita tidak boleh dicabut, termasuklah kalau ada bulu yang tumbuh di pipi, di dagu, atau tumbuh misai kerana semua ini tumbuh di wajah.

Sehingga keharusan diberikan kepada mereka yang mempunyai bulu kening yang panjang atau lebat untuk dipendekkan dan dikemaskan. Perbuatan yang ditegah dan dihukum haram adalah ke atas mereka yang mencukur habis bulu kening kemudian melukisnya dengan pencil celak. Maka golongan ini sebenarnya yang dimaksudkan oleh hadis-hadis Rasulullah SAW yang dianggap sebagai kaum yang mengubah ciptaan Allah SWT.
Posted by Awwa

8 Tips to Take Control of Your Weight

Anyone who is overweight will testify that losing weight is not as easy as it seems. The people that are lean, or have gone from fat to skinny will say it’s just a matter of motivation and elbow grease. Although it is not as simple as that. Our environments have waged war on us. Their weapons are sedentary lives and Trans fats of mass destruction. All is not lost though, here are some quick simple tips to get ahead!



1. Substitute Water

Our bodies are about 65-70% water. It follows that water would be not only essential, but the best possibly choice of liquids to ingest. In fact, our bodies will sometimes simulate a hunger response, when in reality the body is craving hydration. When hungry, drink a glass or two of water to check if it suppresses your hunger.

2. Chew Your Food

Chewing our food very slowly and deliberately has several benefits that are often overlooked. It gives us the ability to relax, and enjoy our meal. Slow chewing is the first, and highly important, step in a complex system of digestion. Besides, if we eat slowly, we might feel full before finishing the whole meal, and can leave the rest for the next meal.

3. Exercise daily

How silly of me to include something as obvious as exercise. I did a 30 day trial with waking up, and walking for 30 minutes first thing in the morning. My journal records that I was feeling amazing during the period of time that I was following this habit.

4. Publicize your intentions

Start a blog, join a forum, and have other people keep you accountable to help. Tell other people your plan, it would help you get the motivation to go with it!

5. Create a food schedule

Plan your day so that you’re eating at approximately the same time each day. This scheduling will incorporate itself into your circadian rhythm, and aid in digestion.

6. Do not over eat

Know your limit and stop eating when you are full. I have often been a victim of wanting to finish a meal so that it doesn’t go to waste. This has left me with many a stomach ache. Next time, doggy bag it for later, and don’t hurt yourself!

7.Choose your snacks wisely

Put down the Lays® and cheese puffs. Pick up the apple and baby carrots. Make the right decision, I know you can do it.

8.Lifestyle.

Remember, it’s not about special diets, or special exercise programs. The real secret is in turning your health into a lifestyle, and focusing on this healthy lifestyle with every choice you make.

Lihat sayang tidur

Pernahkah anda menatap orang-orang yang anda sayang saat mereka sedang tidur?

Kalau belum, cubalah sekali saja menatap mereka saat sedang tidur.

Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang.

Seorang artis yang ketika di panggung begitu cantik dan gemerlap pun akan tampak polos dan jauh berbeza jika ia sedang tidur.

Orang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tak akan tampak wajah bengisnya.

Perhatikanlah ayah anda saat beliau sedang tidur.

Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya.

Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya.

Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.

Sekarang, beralihlah...

Lihatlah ibu anda...

Hmm...kulitnya mulai kereput dan tangan yang dulu halus membelai-belai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana menempuhi kehidupan yang mencabar demi kita.

Orang inilah yang tiap hari menguruskan keperluan kita.

Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan membebeli kita semata-mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.

Cubalah menatap wajah orang-orang yang kita cintai..sayangi itu...

Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat, Semuanya...

Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya.

Rasakanlah energi cinta yang mengalir perlahan-lahan saat menatap wajah mereka yang terlelap itu.

Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan anda.

Pengorbanan yang kadang-kadang tertutupi oleh salah faham kecil yang entah kenapa selalu saja nampak besar.

Secara ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu akan tampak lagi melalui wajah-wajah jujur mereka saat sedang tidur.

Pengorbanan yang kadang melelahkan serta memenatkan mereka namun enggan mereka ungkapkan.

Dan ekspresi wajah ketika tidur pun membantu untuk mengungkap segalanya.

Tanpa kata, tanpa suara dia berkata... "betapa lelahnya..penatnya aku hari ini".

Dan penyebab lelah dan penat itu?

Untuk siapa dia berpenat lelah?

Tak lain adalah utk KITA.....

Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang bekerja keras mengurus dan mendidik anak, juga rumah.

Kakak, adik, anak, dan sahabat yang telah menemani hari-hari suka dan duka bersama kita.

Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka.

Rasakanlah betapa kebahagiaan dan rasa terharu seketika menerpa jika mengingat itu semua.

Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok mereka "orang-orang terkasih itu" tak lagi membuka matanya, untuk selamanya ... "

Alam Mahsyar


Tazkirah di bawah ditulis oleh Saudara Rosli Hanip yang merupakan detik-detik penting semasa Hari Kiamat dan Alam Akhirat. Mungkin korang dah tau benda ni sebab Ustaz dah bercerita berulang-ulang kali, namun aku teringat dalam sebuah ceramah agama yang menyatakan ilmu agama sepatutnya dicerita berulang kali supaya kita tidak lupa dan iman kita yang sentiasa goyah dengan hal-hal keduniaan dapat direfresh kembali. Jika ada sebarang kesilapan harap ditegur.

ALAM MAHSYAR
1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”. Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.


3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta’ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu kolam ( حوض ) kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

1. Pemimpin yang adil.
2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.
4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta’ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta’ala. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

15. ‘Arasy ( عرش ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

16. Kursi ( كرسي ) iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

26. Syafaat Nabi Muhammad s.a.w. di akhirat :
a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta’ala.
27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani.

Isnin, 22 November 2010

Black Eyed Peas - I Gotta Feeling



I know that we’ll have a ball
If we get down
And go out
And just loose it all

I feel stressed out
I wanna let it go
Lets go way out spaced out
and loosing all control

Fill up my cup
Mazal tov
Look at her dancing
Just take it off

Let’s paint the town
We’ll shut it down
Let’s burn the roof
And then we’ll do it again

Let’s Do it (x13)
And live it up

I gotta feeling that tonight’s gonna be a good night
That tonight’s gonna be a good night
That tonight’s gonna be a good good night (x2)

Tonight’s the night(hey)
Let’s live it up
I got my money(I’m payed)
Let’s spend it up

Go out and smash it(smash it)
Like Oh My God(Like Oh My God
Jump off that sofa(c’mon)
Let’s get get OFF

Fill up my cup (Drink)
Mazal tov (La’ Chaim)
Look at her dancing (Move it Move it)
Just take it off

Let’s paint the town(paint the town)
We’ll shut it down(we’ll shut it down)
Let’s burn the roof(oh oh ohh)
and then we’ll do it again

Lets do it (x15)
Let’s live it up

Here we come
Here we go
We gotta rock

Easy come
Easy go
Now we on top

Feel the shot
Body rock
Rock it don’t stop

Round and round
Up and down
Around the clock

Monday, Tuesday,
Wednesday, and Thursday
Friday, Saturday
Saturday to Sunday

Get get get get get with us
You know what we say
Party every day
Pa pa pa Party every day

And I’m feelin
That tonight’s gonna be a good night
That tonight’s gonna be a good night
That tonight’s gonna be a good good night

I gotta feeling tonight’s gonna be a good night
That tonight’s gonna be a good night
That tonight’s gonna be a good good night

Sabtu, 20 November 2010

Nobody



Wonder Girls - Nobody (English Version) Lyrics

You Know I still Love You Baby
And it will never change (Saranghae)

I want nobody nobody But You, I want nobody nobody But You
How can I be with another, I don’t want any other
I want nobody nobody nobody nobody

Why are you trying to, to make me leave ya
I know what you’re thinking
Baby why aren’t you listening
How can I just
Just love someone else and
Forget you completely
When I know you still love me

Telling me you’re not good enough
My life with you is just too tough
You know it’s not right so
Just stop and come back boy
How can this be
When we were meant to be

I want nobody nobody But You, I want nobody nobody But You
How can I be with another, I don’t want any other
I want nobody nobody nobody nobody

I want nobody nobody But You, I want nobody nobody But You
How can I be with another, I don’t want any other
I want nobody nobody nobody nobody

Why can’t we just, just be like this
Cause it’s you that I need and nothing else until the end
Who else can ever make me feel the way I
I feel when I’m with you, no one will ever do

Telling me you’re not good enough
My life with you is just too tough
You know me enough so
You know what I need boy
Right next to you is where I need to be.

I want nobody nobody But You, I want nobody nobody But You
How can I be with another, I don’t want any other
I want nobody nobody nobody nobody

I want nobody nobody But You, I want nobody nobody But You
How can I be with another, I don’t want any other
I want nobody nobody nobody nobody

I don’t want no body, body
I don’t want no body, body

Honey you know it’s you that I want, it’s you that I need
Why can’t you see~

I want nobody nobody But You, I want nobody nobody But You
How can I be with another, I don’t want any other
I want nobody nobody nobody nobody (2x)

Back to the days when we were so young and wild and free
Nothing else matters other than you and me
So tell me why can’t it be
Please let me live my life my way
Why do you push me away
I don’t want nobody nobody nobody nobody but you

Ahad, 31 Oktober 2010

Kurang makan lanjutkan usia

Bagaimana pembatasan kalori dapat melanjutkan umur? 
1. Pembatasan Kalori mengaktifkan gen lanjut usia (SIR2)

2. Gen SIR2 merangsang pengeluaran sirtuins (protein) yang melindungi sel daripada kebuluran serta mengekalkan kehidupan sel.

Selepas menguji lebih 10,000 kimia, Dr. David Sinclair dari Fakulti Perubatan Universiti Harvard mendapati resveratrol merupakan suatu perangsang SIR2 yang paling berkuasa - gen sama yang dinyatakan semasa pembatasan kalori. 

Dalam kajian berasingan oleh Dr. Cynthia Kenyon dari Universiti California, adalah didapati dua jenis hormon - insulin dan IGF-1 (faktor pertumbuhan menyerupai insulin) terlibat dalam pengawalan proses penuaan. Dengan mengawal gen untuk mengurangkan IGF-1 dalam tikus, maka beliau dapati tikus itu dapat hidup 25 peratus lebih lama berbanding tikus biasa. Penyelidikan Dr. Sinclair menyokong penemuan Dr. Kenyon, tambahan pula Dr. Sinclair mendapati resveratrol dapat mengawal pengeluaran IGF-1. Berdasarkan kajian Dr. Kenyon yang terdahulu, seorang penyelidik di Perancis, Dr. Martin Holzenberger, baru-baru ini mengubah tikus secara genetik. Ia bertujuan agar tikus itu dapat memberi tindakbalas yang tidak memuaskan terhadap hormon IGF-1. Beliau mendapati tikus yang kekurangan IGF-1 hidup 26 peratus lebih lama berbanding tikus biasa. 

Dalam satu kajian yang berkaitan, Dr. Ronald Kahn dari Joslin Diabetes Centre mengumumkan data menunjukkan tikus yang diubah genetik untuk memberi tindakbalas yang tidak memuaskan terhadap insulin, didapati mampu hidup 18 peratus lebih lama berbanding tikus biasa. 

Setakat ini, semua kajian lanjutan dilakukan ke atas cacing, serangga dan haiwan kecil lain. Jika kajian yang sedemikian hendak dilakukan ke atas manusia, ia akan memakan masa lebih 100 tahun untuk mendapat keputusannya. Bagaimana pun, adalah penting kita menyedari manusia berkongsi beberapa gen dengan organisma yang paling ringkas, seperti lalat buahan dan cacing sehingga sebanyak 98 peratus daripada DNA kita, juga dijumpai dalam tikus.

Dengan manfaat kesihatan yang anda perolehi daripada resveratrol, anda seharusnya menjadikannya sebahagian daripada program suplemen harian anda - demi kehidupan yang lebih sihat dan jangka hayat yang lebih panjang.

Apa yang elok dalam melaksanakan program ini ialah ia tidak menimbulkan apa-apa masalah sampingan. Sekalipun anda tidak berjaya menambah 5, 10, atau 15 tahun kepada usia anda, tetapi kemungkinan anda masih lagi boleh mendapat manfaat beberapa ciri resveratrol yang telah terbukti dapat mencegah banyak masalah kesihatan yang lain seperti penyakit jantung koronari, angin ahmar, kanser dan Alzheimer.

Penduduk Perancis mengalami kejadian penyakit jantung koronari yang agak rendah walaupun mereka makan makanan yang kaya dengan lemak tepu. Orang pertama yang mengesan fenomena ini ialah Samuel Black, seorang pakar perubatan bangsa Irish, pada tahun 1819. Percanggahan yang agak jelas disebabkan orang Perancis suka minum wain merah selepas makan, ini dikenali sebagai "Paradoks Perancis". Namun, kajian berikutnya mendapati jawapan kepada "Paradoks Perancis" ialah sebatian yang dikenali sebagai "resveratrol" yang terkandung dalam wain merah tersebut yang juga sebenarnya terdapat dalam buah anggur.

Resveratrol merupakan salah satu ahli daripada kumpulan sebatian yang dikenali sebagai "fitoalexin". Pokok anggur dan tumbuhan lain mengeluarkan resveratrol sebagai tindakan pelindung semasa mereka menghadapi kegentingan seperti cuaca buruk atau semasa kesukaran untuk mendapat nutrien. Resveratrol juga dikeluarkan oleh tumbuh-tumbuhan sebagai perlindungan terhadap serangan kulat dan penyakit yang lain. Pokok yang disembur dengan racun serangga mengandungi sedikit sahaja, atau tiada langsung resveratrol. Tumbuhan yang ditanam di kawasan iklim kering mengandungi kurang resveratrol berbanding di kawasan lembap.

Meminum wain bukanlah cara yang terbaik untuk mendapatkan resveratrol kerana konsentrasinya berubah-ubah. Bukan sahaja ia dilarang dalam agama Islam, ia juga bergantung kepada keadaan penanaman pokok anggur itu. Daripada semua jenis tumbuhan termasuklah pokok anggur, sumber yang paling kaya dengan resveratrol ialah daripada sejenis tumbuhan perubatan herba yang dikenali sebagai "polyganum cuspidatum" (atau pokok Knotweed Jepun). Seperti namanya, pokok ini terdapat banyak di Jepun.

Manfaat resveratrol:

1. Membantu menentang penyakit jantung melalui kegiatan anti oksida yang kuat dengan meningkatkan nitrik oksida. Ia dapat mengendurkan saluran darah dan mengurangkan gumpalan darah serta mengelakkan saluran darah tersumbat secara tidak normal. 

2. Berkesan untuk menentang perkembangan pendepositan amyloid yang dikaitkan sebagai penyebab penyakit Alzheimer. 

3. Mampu merencat kedua-dua perkembangan dan pertumbuhan sel kanser di samping dapat membunuh sel kanser yang sedia ada. 

4. Bertindak sebagai pelindung daripada kanser kulit, kanser usus, penyakit hati, radang malah kesakitan juga. 

5. Amat berkesan khususnya dalam membantu mengekalkan aktiviti estrogen yang normal. Sebagai fitoestrogen, ia dapat membantu mengawal kejadian gejala putus haid seperti merah panas, turun-naik perasaan, penghakisan tulang-temulang dan lain-lain. Ia juga berguna untuk menghalang kemunculan dan kemaraan penyakit kanser yang berkaitan estrogen, seperti kanser payu dara dan prostat. Ia juga telah dibuktikan dapat menghalang keupayaan sel kanser untuk menular ke tulang-tulang khususnya ke pankreas, buah pinggang dan daripada menyebabkan kanser payu dara. 

Suplemen Resveratrol

Jika anda ingin mencari suplemen resveratrol, carilah formula yang mengandungi ramuan tambahan quercetin untuk memanjangkan masa tindakan perlindungan resveratrol dalam badan kita dan untuk meningkatkan lagi penyerapan resveratrol.

Satu lagi kelebihan daripada tambahan quercetin dalam formula ini ialah quercetin juga mempunyai beberapa ciri manfaat kesihatan yang sama seperti resveratrol, iaitu anti radang dan antioksidan. Maka gabungan ini mempunyai kesan berganda dalam menggalakkan kesihatan yang baik.

Rawat obes akibat stres

SETELAH mendalami bidang perubatan dan melaksanakan program diet menggunakan hormon bioidentikal saya berasa begitu gembira dapat membantu mereka yang bermasalah seperti itu. Tanpa rawatan yang spesifik tidak mungkin pesakit saya dapat menurunkan berat badan dengan mudah.

Ini kerana masalah yang dihadapi bukanlah kerana faktor makan berlebihan semata-mata. Sebaliknya pesakit yang berkunjung ke Marissa Estetik tidak mempunyai masalah untuk mengawal pemakanan mereka. Mereka mencuba pelbagai ubat-ubatan dan produk pelangsingan namun hampa. Untuk bersenam pun tidak mampu kerana tubuh terasa berat dan tenaga juga berkurangan. Oleh kerana itu ramai yang menjadi kecewa. Rawatan dari klinik-klinik biasa juga tidak mampu membantu. Puas sudah menahan selera dan mengikat perut namun badan tetap juga mengembang. Sebenarnya ini adalah masalah dalam metabolisme tubuh mereka. Apabila badan tidak boleh membakar makanan dan lemak segalanya terkumpul sebagai cecair yang melekit dan menyumbatkan sel-sel kita. Akibatnya sel-sel tubuh menjadi rosak dan mengalami metabolisme yang tidak efektif sehingga lemak dan karbohidrat tidak dapat dibakar. Masalah ini ibarat satu kitaran yang merosakkan tubuh badan kerana makanan yang tidak diproses menjadi tenaga akan hanya menjadi bahan berupa lendir dan mukuous mucous. Bahan tersebut akhirnya menyumbatkan sel-sel dan akhirnya menjadi rosak. Sel yang rosak hilang upaya untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan oleh tubuh dan akhirnya seseorang itu akan menjadi sangat lemah.

Masalah metabolik saya bahagikan kepada lima jenis yang utama. Untuk minggu ini saya menghuraikan dua daripadanya terlebih dahulu.

1) Masalah lemak pada belakang tubuh.

Lemak berkumpul dengan banyak pada bahagian belakang terutamanya di bawah leher. Ia berbonggol. Dalam bahasa saintifik (perubatan) ia dikenali sebagai buffalo hump. Bagi mereka yang mengidap masalah ini lemak juga banyak berkumpul pada kawasan scapular (tulang selangka). Ada kalanya ia terletak di bawah ketiak sehinggakan sukar memakai coli dengan baik. Keadaan itu juga membuatkan buah dada kelihatan besar dan tidak di bentuk dengan menarik. Mereka yang mempunyai masalah ini tidak dapat menurunkan berat badan dengan mengamalkan diet semata-mata. Ini kerana dalam tubuh mereka terdapat hormon cortisol yang terlalu tinggi. Hormon ini sangat cenderung mengumpulkan lemak. Cortisol adalah hormon yang dikeluarkan oleh kelenjar adrenal dalam tubuh kita. Peningkatan adrenal adalah disebabkan faktor tekanan (stres) dan juga makanan tertentu seperti gula yang tinggi yang meningkatkan aktiviti adrenal. Ubat-ubat untuk diet juga boleh membuatkan adrenal aktif. Oleh kerana itulah mereka yang mengamalkan ubat diet apabila berhenti mengambil ubat akan mengalami kenaikan berat badan yang banyak disebabkan oleh kelenjar adrenal terlalu aktif. 

Sebenarnya hormon cortisol amat mustahak kepada kita dalam kuantiti yang optimum. Apabila tubuh mengalami stres seperti membuat kerja berat atau bersenam, tubuh menggunakan banyak tenaga dan perlu mengumpul semula tenaga itu. Pada masa itulah hormon cortisol memainkan peranan yang sangat penting. Hormon ini menjadikan tubuh kita mengumpul tenaga dalam bentuk lemak. Pada zaman moden stres yang melanda bukannya dari segi fizikal tetapi kebanyakannya melibatkan mental. Namun tubuh kita mengenalinya sebagai stres fizikal menyebabkan cortisol terhasil dengan banyak. Boleh dikatakan mereka yang mengalami masalah obesiti melibatkan pengumpulan lemak yang tinggi pada belakang mempunyai stres yang agak tinggi dalam kehidupan mereka. Mereka gagal berdiet di sebabkan faktor ini. Rawatan yang sesuai sudah tentulah penggunaan hormon bioidentikal yang membantu mengurangkan paras cortisol. Selepas paras cortisol berkurangan akan berlaku perubahan berat badan menakjubkan. Begitu juga bentuk tubuh di mana perubahan yang berlaku akan menjadi ketara. 

2) Masalah lemak pada bahagian depan tubuh iaitu pada buah dada, ketiak, perut termasuk lengan.

Lemak yang berkumpul pada bahagian ini adalah disebabkan oleh faktor hormon yang tidak seimbang. Di dalam tubuh wanita terdapat hormon yang penting iaitu estrogen dan progestron. Kehadiran kedua-dua hormon ini perlu seimbang. Apabila estrogen terlalu banyak maka akan berlaku ketidak seimbangan. Estrogen cenderung untuk mengumpulkan lemak pada perut, dada, lengan dan ketiak. Mereka yang mengalami masalah ini cepat letih dan sukar memakai korset atau pakaian ketat kerana saiz badannya lebih besar apabila waktu petang atau malam. Korset yang dipakai terasa seolah-olah semakin ketat di sebabkan perkara ini. Sebenarnya tubuh mereka menyimpan air yang banyak. Semakin lama air menjadi semakin banyak dalam sel menyebabkannya mengembang sehingga baju yang yang dipakai terasa semakin ketat. Rawatan yang sesuai sudah tentulah rawatan yang meningkatkan progestron dan mengurangkan estrogen bagi wanita. Bagi lelaki pula kita akan meningkatkan hormon testosterone yang penting bagi lelaki dan mengurangkan estrogen juga.

Pendekatan menangani obesiti haruslah dibuat menerusi pelbagai aspek kerana mengawal makan sahaja bukanlah penyelesaiannya. Selepas rawatan barulah doktor akan mengenalpasti makanan yang sesuai dengan komposisi tubuh seseorang. Ini membuatkan seseorang lebih mudah menjaga dirinya bagi mengelakkan stimulasi hormon cortisol dan estrogen. Perubahan gaya hidup juga penting iaitu dengan menjauhi ketegangan dan bijak menghadapi tekanan dalam kehidupan seharian.

Ancaman penghidap skizofrenia

SKIZOFRENIA dialami kira-kira 24 juta penduduk di seluruh dunia. Lebih daripada separuh pesakit tidak menerima rawatan yang sewajarnya. Lebih membimbangkan, kira-kira 90 peratus penghidap skizofrenia yang tidak dirawat tinggal di negara sedang membangun.

Ciri skizofrenia termasuk pemikiran, tingkah laku dan bahasa yang bercelaru dan abnormal. Penyakit ini boleh beransur-ansur menjadi lebih buruk. Ia menyebabkan pesakit memencilkan diri dari segi emosi dan menyukarkan interaksi sosial dan fungsi harian bagi diri mereka dan orang di sekeliling. 

Menurut Pengarah Pusat Sains Ketagihan Universiti Malaya dan Pakar Runding Psikiatri Kanan di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Profesor Dr. Mohd Hussain Habil, data mendapati jangka hayat pesakit lebih singkat kerana kemungkinan mengalami kegemukan, kolesterol tinggi dan diabetes.

Penghidap skizofrenia menghadapi risiko lebih tinggi menghidap sindrom metabolisme yang merupakan masalah kesihatan umum di Malaysia. 

Merawat skizofrenia 

Ubat antipsikotik ialah jenis ubat yang digunakan untuk merawat skizofrenia, dan boleh diklasifikasikan sebagai antipsikotik konvensional atau atipikal. Seperti mana-mana ubat lain, sesetengah kesan sampingan mungkin dialami. Bagaimanapun kejayaan merawat skizofrenia membabitkan berbilang faktor, termasuk kemujaraban dan keselamatan ubat dan pematuhan pesakit kepada rawatan.

Setiap doktor yang merawat penyakit ini akan berhadapan dengan cabaran menyediakan rawatan yang sesuai untuk setiap pesakit, kerana setiap seorang adalah unik. Selain itu, kadar sindrom metabolisme yang tinggi di kalangan penduduk Malaysia menjadikan keadaan lebih sukar untuk merawat mereka. Menurut garis panduan amalan klinikal, 40 peratus daripada penghidap skizofrenia turut menghidap penyakit lain, dengan diabetes dan hipertensi merupakan penyakit paling umum. 

Buat masa ini, banyak ubat antipsikotik konvensional diketahui meningkatkan risiko sindrom metabolisme, justeru pemantauan teliti diperlukan untuk mengesan kemunculan awal keabnormalan metabolisme. Kerumitan ini boleh dikurangkan di kalangan pesakit yang menghidap skizofrenia dengan menggunakan ubat dengan profil metabolisme yang lebih baik , seperti antipsikotik atipikal lebih baru yang neutral dari segi metabolik. 

Pakar Perubatan Psikologi di Concord Clinical School, University of Sydney, Australia, Profesor Tim Lambert turut berkongsi pengalamannya merangka panduan untuk membantu pakar psikiatri menukar ubat pesakit skizofrenia kepada ubat antipsikotik atipikal dengan keputusan positif dari segi metabolisme. 

Prof. Lambert mengenal pasti empat langkah untuk menukar rawatan pesakit dengan jayanya:

* Kenal pasti pesakit dengan tahap keutamaan tinggi (mereka yang kini menghadapi risiko tinggi menghidap sindrom metabolisme, diabetes atau masalah kardiovaskular yang berkaitan)

* Rancang permulaan atau pertukaran

* Pastikan pesakit terus mengambil ubat

* Gunakan pendekatan berbilang disiplin

Kenapa Wanita itu Istimewa

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. “..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah….”
Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas…leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap…
susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi…check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu…memang dah kering pun flusk ni, jerang la air…sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong….salin la gula…check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi…ishh…ni lauk bila ni, semalam…dah beku dah…basuh la kejap….pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh…penat dah ni, besok je la basuh…sidai kaian lap je lah…
tik…bunyi air dah masak…salin air dalam flusk…ok settle…

baru teringat tak semayang lagi…on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi…nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska…check…baju 2 pasang, towel…towel kecik utk selsama…calamine lotion untuk sapu ruam…pampers 4 keping….alamak..telupa pulak masukkan botol…basuh botol jap…ok settle…


ternampak pulak beg g keje…emm..besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je…salin jap barang2 g beg coklat…cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti…hishhh sempit la beg ni…hangin je…nak kena beli ni beg baru…rasenya 25 hb ni Sogo sale nih…mana flyers tadi ek…ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle…

Tetiba dengar suara papa…”..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido..”….”..yelah nak tido la ni..nak smayang jap…”

masuk toilet..buat apa2 yang patut…cuci muka dulu..2 jenis lak tu…adoi..gosok gigi…smayang…pakai toner…pakai treatment cream…nak lawa and maintain punya pasal lah ni…
nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak…huhuhuhu…



bukak almari…emmm…pakai baju hijau ni lah besok…gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni…kat bilik belakang…
la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh …g dapur, basuh, sambung gosok baju…gantung elok2…kemaskan baju gantung2…masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor…ok settle..

dgr suara papa lagi…”..i dah ngantuk ni..”..dalam pada nak masuk ke bilik…owh…pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram…ok, siram jap…check jap pintu ni…sah tak kunci lagi…grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku…bukak lampu luar..

ni mainan ni sepah2…masukkan la dalam bakul mainan budak ni…banyak nya…sampai bawah meja makan pun ade…adoi….ok dah …

ok dah boleh baring…adoi sakitnya pinggang…cium si comel ni kejap…selimutkan die…la..napa basah ni…emm, tukar la pempers ni…tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la…nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali…ok sayang tido k…kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k…gud nite..sweet dreams…

aaahh…sedapnya dapat baring…mana pulak lotion sapu kurus aku nih…ha, ni dia…sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm…setkan program kerja besok…pg kul 9.30 ade meeting..
ahh…boring…panas pulak lotion nih..dah la…emm..sedapnya lelapkan mata…Ya Allah…terima kasih untuk rezekiMU hari ini,…mohon keberkatan dari mu tuhan…papa pun bangun tutup tv…”…i dah ngantuk sangat ni…nak tido lah…citer pun tak best malam ni, bola pun takde…”…selang seminit …dengar suara papa berkeruh…dah agak dah….

So?….apa yang peliknya..??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?…SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT….tu yang tak boleh nak mati cepat tu…

Hantarkan ke 5 WANITA yang anda rasa hebat…pasti anda disayangi kerana memahami mereka…well, women understand women better…
foward jugak kat lelaki-lelaki so mereka akan hargai emak, isteri, dan kawan 2 dengan lebih baik lagi…

Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah…setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri…

Kalau lelaki mengakui kebenaran ini….hormat dah hargailah mereka…untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari…

Jenazah yang istimewa

Artikel mengenai kisah jenazah yang diuruskan oleh seorang pengurus jenazah. Artikel ini disebarkan melalui blog PakarHowTo (sila lihat kredit di footer)

Kisah yang menarik untuk dikongsi bersama. Sila teruskan pembacaan di bawah.


Sebelum pergi kerja tadi, sempat juga saya curi masa untuk check email. Saya lihat dalam inbox saya ada beratus-ratus email yang masuk. Saya check satu persatu, dan mana yang sempat saya balas, saya balas.

Dalam banyak-banyak email tu, saya terbaca satu email yang dikirimkan oleh salah seorang pembaca blog PakarHowTo iaitu saudara Isam Idris (bleazapp@yahoo.com). Setelah dibuka dan dibaca email tersebut, saya dapati kandungan email itu sangat bagus dan memberikan kesan pada hati saya.

Tanpa berfikir panjang, saya terus copy & paste kan artikel tersebut untuk bacaan para pengunjung blog ini. Semoga apa yang diceritakan ini memberikan iktibar dan pengajaran kepada kita semua.

Mari kita hayati kisah ini sama-sama

Kisah-kisah yang ingin saya paparkan di sini kalau ia boleh menyentuh perasaan dan ketidakselesaan muslimin-muslimat, saya mintak maaf banyak-banyak. Niat saya hanya nak berkongsi cerita dengan para muslimin-muslimat sekalian.

Meninggal Dunia Ketika Lepas Solat Asar

Ustaz (di sini saya namakan Ustaz M) yang diamanahkan untuk mengendalikan kursus jenazah ini sudah berpengalaman hampir 10 tahun dalam mengendalikan urusan mandi jenazah di sekitar Lembah Kelang dan Malaysia. Beliau amat terkenal dikalangan jemaah masjid di sekitar lembah Kelang ini. Malah beliau juga selalu berulang-alik ke merata negeri seperti pantai timur semenanjung dan utara selatan untuk menguruskan mana-mana jenazah yang dibawa ke masjid yang memerlukan khidmat tangan beliau.

Saya nak mulakan kisah ini dengan kisah yang pertama.

Kisah ini berlaku pada seorang imam di selatan KL yang meninggal dunia ketika lepas solat Asar.

 

Imam tersebut meghembus nafasnya yang terakhir sebaik sahaja selesai memberi salam yang pertama.


Subhanallah! Matinya dalam keadaan yang amat murni. Murni di sini maksud saya, matinya bukan dalam keadaan berbuat maksiat pada Allah SWT. Mati ketika habis solat dan masih di atas tikar sejadah dan sedang beribadah!

Jenazahnya telah di bawa ke hospital X untuk urusan pemeriksaan rutin (medical check-up) dan urusan-urusan lain yang perlu untuk pengurusan pengkebumian.

Pihak hospital X telah memanggil ustaz M untuk urusan mandian jenazah. Maka bergegaslah ustaz M ke hospital untuk urusan tersebut sebab bagi beliau, jenazah yang hendak dimandikan ini begitu istimewa pada pandangannya, kerana roh si mati telah dicabut oleh malaikat Izrael ketika mana sedang mengimami solat!

Sebaik sampai di hospital, ada sedikit masalah yang timbul. Pihak hospital telah mendapati bahawa jenazah imam tersebut tidak mempunyai sebarang pengenalan diri, dan pihak hospital atas bantuan rakan-rakan jenazah mendapat tahu, jenazah imam ini adalah meupakan orang luar. Maknanya seorang imigran, yang bermastautin di negara kita.

Rentetan daripada kes ini, pihak hospital X terpaksalah menyimpan dahulu jenazah tersebut untuk beberapa hari bagi urusan dokumentasi dengan pihak berwajib sehinga selesai dan kemudian itu barulah segala urusan yang berkaitan pengebumian akan dilaksanakan. Yang pasti terkilannya sudah tentu ustaz M. Kerjanya sudah sedikit terbantut pada hari itu. Sebelum itu, hatinya sudah pun begitu berbunga untuk menguruskan jenazah imam yang dimuliakan Allah SWT ini. Tentu ada kelebihan tersendiri kenapa imam tersebut pengakhiran rohnya di atas tikar sejadah!

Maka, jenazah imam tersebut pun dimasukkanlah ke dalam freezer (maaf, saya tak tahu apa istilah pembeku mayat ini) di dalam bilik mayat hospital X buat sementara waktu.

Lapan hari berlalu. Ustaz M dah mula nak melupakan pasal jenazah imam ini.

Tapi, dengan takdir Allah SWT, hari ke-9, telefon bimbit ustaz M berbunyi.

Nampak macam no hospital nie, getus hati ustaz M.

Hello, ustaz M ye? satu suara bertanya.

Ya, ustaz M bercakap.

Ustaz ingat lagi tak mayat imam yang meninggal masa solat Asar tempohari?, sang suara meminta kepastian.

Imamimam. yanng mana satu.ermm. .ohya. .ya..ingat. .ingat , ustaz M memberi kepastian dalam ingat-ingat lupanya.

Dokumen dah siap, boleh ustaz datang sepital, uruskan tak?, beritahu sang suara ringkas.

Ok..ok, sekarang juga aku bergerak, setengah jam lagi aku sampai! ,

balas ustaz M.

Lega hati ustaz M. Dapat juga dia uruskan mayat tersebut setelah beberapa hari pending. Ingatkan dah tak jadi apa-apa dah. Lama bebenor pihak hospital nak mengurus kan dokumennya.

Sampai di hospital, ustaz M yang baru tiba diarahkan ke bilik mayat. Di bilik mayat telah ada beberapa orang saksi di kalangan pegawai hospital dan juga polis serta saksi-saksi lain termasuk rakan-rakan jenazah imam tersebut. Semua saksi ini diperlukan kerana inilah prosedur yang telah ditetap oleh pihak berwajib. Sebab jenazah dah berhari-hari di situ. Tambahan pula jenazah orang luar.

Bismillahir Rohmaanir Rohiim Dengan bersaksikan mata sekeliling yang memandang, ustaz M menarik stretcher peti sejuk beku mayat tersebut dengan perlahan-lahan. ..

Subhanallah! Mayat imam ini masih lagi segar merah. Mayat ini juga berpeluh! Macam mana simpan dalam peti ais berhari-hari boleh berpeluh?

Korang tak payah jawablerrr.. ..Seolah- olah imam ni baru aje meninggal sebentar tadi. Mayatnya tidak keras dan tidak pula membeku! Macam orang sedang tidur. Ustaz M kelu lidahnya. Begitu juga orang di sekeliling.

Istimewa sungguh mayat ini. Kalau daging mayat biasa dah lama mengeras dan membeku. Masya-Allah! Sekali lagi perkara pelik berlakuterdapat pula pada dahi jenazah imam ini, tertera satu kalimah tauhid iaitu perkataan ALLAH!

Semua orang di sekitar dapat menyaksikan peristiwa ini. Tiada perkataan lain yang keluar dari mulut mereka melainkan tasbih memuji Allah SWT meniti di bibir masing-masing di atas apa yang berlaku.

Semakin bersemangatlah nampaknya ustaz M nak menguruskan jenazah tersebut. Yerlah, siapa yang tak suka pada sesuatu yang molek dan membahgiakan kan?.

Jenazah imam itu dimandi, dikapan dan disembahyangkan dengan segera sebagaimana biasa. Semua proses ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Semuanya berjalan amat mudah. Allah SWT telah pun memuliakan jenazah imam ini di dunia lagi atas jasa-jasa dia yang Allah SWT sahaja yang mengetahuinya.

Mengikut ustaz M lagi, lepas semua tu selesai, dia ada juga bertanya pada rakan-rakan Allahyarham apa yang diamalkan oleh Allahyarham semasa hidup sehingga mendapat pengiktirafan yang begitu tinggi daripada Allah SWT masa kematiaanya.

Jawapan yang didapati daripada rakan-rakannya ialah selain daripada seorang yang berbudi pekerti mulia dan seorang imam yang baik, amalan semasa hidupnya ialah tidak pernah tinggal bangun malam dan bersolat tahajjud. Semua amalan ini dilakukkanya secara istiqamah. Ditambah pula oleh amalan-amalan lain yang tidak dapat dilihat oleh rakan-rakan arwah, yang mana hanya Allah SWT sahaja Yang Maha Mengetahuinya.





MENINGGAL KETIKA BACA KHUTBAH JUMAAT

Ustaz M pada kursus hari kedua telah bercerita tentang seorang imam yang meninggal ketika sedang membaca khutbah pada solat Jumaat.

Kursus hari kedua ni bermula jam 9.15 pagi. Sebelum memulakan kursus, ada jemaah yang kelihatan sedang mendaftar semula kat meja pengelola, ada jemaah yang mundar mandir sambil menunggu ketibaan Ustaz M, ada yang solat sunat Dhuha. Ada yang duduk2 berborak dan berkenalan antara satu lain dan ada yang nampak berzikir. Maklumlah yang datang kursus ni bukannya sedikit. Hampir 180 orang kesemuanya. Ustaz M cakap, inilah kursus pengurusan jenazah yang paling ramai yang dia kendalikan. Sebelum ni, paling ramai pun yang berkursus adalah dalam lingkungan 50 – 60 orang sahaja. Luar biasa ramainya, puji beliau.

Ustaz memulakan kursus dengan sedikit ucapan alu-aluan. Kemudian, dia ada menyentuh sikit tentang solat sunat Dhuna. Sebab sebelum tu ramai juga jemaah yang solat sunat Dhuha. Solat sunat Tahiyyatul-Masjid sudah pasti. Meneyentuh tentang solat sunat dhuha ni, Ustaz M memulakan cerita.

Berlaku di sebuah masjid di selatan ibu Kota Kuala Lumpur. Masa tu, hari

Jumaat. Solat JUmaat sudah dimulakan pabila bilal melaungkan azan dan

sejurus kemudian imam naik ke mimbar untuk mula membaca khutbah.

Imam kali ini ialah seorang pemuda yang berusia 28 tahun. Muda lagi. Dan sudah berkahwin. Jemaah di situ memang sudah arif sangat dengan imam ini.

Imam ini memulakan khutbahnya. Sampai pada perkataan, Uusyikom Bitaqawallah, Waihyaa.. .. Tiba-tiba imam ini terdiam.

Semua para jemaah diam (memang dengar khutbah kena diam pun) dan hanya memerhati sahaja ke arah imam. Semua mata tertumpu kepadanya.

Imam masih lagi senyap. Matanya terpejam rapat. Tidak bergerak. Suasana hening seketika. Kedengaran sekali sekala bunyi enjin kenderaan motor keluar-masuk kawasan masjid menandakan ada jemaah yang baru tiba. Mana yang tengah berwudhu nampak tidak berapa ambil pusing dengan apa yang sedang berlaku di atas mimbar. Di satu sudut masjid pula, kelihatan jemaah yang tak mendengar khutbah, leka mengunyah pisang emas dan pisang montel yang disedekah oleh orang ramai. Ambil berkat gamaknya.

Tiba-tiba tangan imam yang sedang memegang kayu mimbar, melurut ke bawah, dan beliau pun jatuh terduduk di atas kerusi khatib. Kepalanya terlentuk ke bawah. Makmum yang masih tergamam dengan peristiwa ini, segera bangun untuk melihat apa yang terjadi. Bilal menerpa ke arah imam dan ingin membantu serta menolong jika sesuatu yang buruk berlaku kepada khatib.

Imam (khatib) dipapah turun dan diletak di hadapan para jemaaah di saf

hadapan. Setelah diperiksa oleh bilal, tiada perkataan lain yang boleh

diucapkan selepas itu melainkan, Innalillahi wainna Ilaihi roojiuun .

Kembalinya ke rahmatullah seorang imam yang amat berjasa pada masyarakat setempat. ada makmu yang masih terkejut dengan peristiwa ini. Ada juga yang menitiskan air mata tanda terharu. Hilang sudah sebutir permata yang baru nak berkembang mekar. Hilang juga satu cahaya yang menerangi alam yang fana ini.

Yang uniknya kata ustaz M, sewaktu imam itu menghembuskan nafas terakhirnya, jatuhnya betul-betul di atas kerusi yang berada di belakangnya dan terus sahaja duduk. Tidak jatuh tersungkur ke depan, dan tidak juga jatuh sama ada ke kiri atau ke kanan mimbar. Elok sangat duduk atas kerusi khatib, sama seperti beliau duduk sebelum memulakan bacaan khutbah tadidan pada masa ini juga, dipercayai, imam tersebut telah pun meninggal dunia.Jenazah pun dibawa balik untuk diuruskan

Ustaz M pun dipanggil untuk menguruskan jenazah ini.

Sebaik kain penutup mayat diselak untuk memulakan proses mandian jenazah, ustaz M begitu terkejut bercampur terharu yang amat sangat bila melihat beberapa kejadian mengkagumkan berlaku pada mayat. Apa yang terharu dan peliknya? .

Ya,

Badannya jenazah itu amat berseri dan masih nampak kelihatan darah masih mengalir lagi pada seluruh tubuhnya. Seolah-olah jenazah ini masih hidup. Tidak mati gitu. Macam orang tidur aje. Dan yang lebih mengkagumkan ustaz M lagi, keluarnya satu haruman yang semerbak dari badan jenazah. Wangi sungguh! Tak pernah ustaz M mencium bau wangian sebegini rupa selama dia menguruskan jenazah lain sebelum ini! Hebat mayat ni, fikir ustaz M

Subhanallah!

Hati ustaz M begitu melonjak girang untuk meneruskan memandikan jenazah imam sehingga selesai. Hati kecilnya berdoa ;

Ya Allah! Engkau Maha Mulia! Engkau telah memuliakan mayat ini, maka

muliakanlah ia sehingga aku selesai memandikannya. Aku begitu seronok

melihat jenazah dalam berkeaadan begini. Ya AllahYa Allah..Ya

Allah. 

Rupanya-rupanya kemuliaan jenazah imam ini tidak berakhir di situ. Doa

ustaz M dimakbul Allah SWT. Menurut ustaz M lagi, sewaktu jenazah imam ini nak ditanam ke dalam liang lahad, sahabat-sahabat yang menggali kubur memberitahu, muncul pula pelbagai jenis bunga-bungaan yang datang entah dari mana, turut berada di dalamnya . Masa gali tadi takde. Elok aje mayat sampai, banyak pula munculnya. Cantik sungguh liang lahad dengan dihiasi bunga-bungaan tersebut, seolah-olah sedang meraikan dan menanti kedatangan bakal penghuni syurga!

SUBHANALLAH! SUBHANALLAH!

Tak tau apa lagi nak cakap betapa Allah SWT telah pun meletakkan hamba-Nya ini di maqam tertinggi dan dimuliakan Tambahan pula, ianya sudah pun dipertontonkan pada umat Islam lain, agar memahami dan menegerti bahawa inilah balasannya. pada orang yang beramal soleh serta taat dan patuh pada perintah-Nya! Sesungguhnya Allah itu tidak memungkiri janji-NYa!

Seperti biasalah, ustaz M pasti tak akan puas hati kalau tak bertanya pada isteri yang dimuliakan Allah imam tersebut tentang apakah amalan si arwah pada masa hidup sehinggakan jenazahnya mendapat pengikhtirafan sebegitu rupa sejak dari alam dunia lagi.

Menurut kata isteri arwah imam tersebut, sepanjang dia hidup bersamalah, perkara yang dia perasan, amalan imam itu semasa hayatnya kalaulah ia boleh dijadikan ukuran, ialah tidak pernah meninggalkan solat sunat Dhuha dan solat sunat Witir.

Inilah amalan istiqamahnya. Setiap malam, sebelum arwah menutup dairi

kehidupannya hari itu dan tidur, pasti dia akan menunaikan solat witir.

Setiap hari, sehinggalah ke pengakhiran hayatnya, ditambah pula oleh

amalan-amalan lain yang dilakukan sebagai seorang yang menjawat jawatan sebagai seorang imam untuk kawasan tersebut.

Wallahualam.

Sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam yang didoakan oleh Nabi Yusuf dalam Surah Yusuf, ayat 101 yang berikut:

[101] Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh.

SEBARKAN PADA YANG LAIN..

Kredit:

Sumber artikel adalah dari Blog PakarHowTo dari kisah jenazah

Sumber gambar http://amin1982.wordpress.com/2008/01/ dan http://aburedha.blogspot.com/2009_11_01_archive.html

Kegunaan Baking Soda

1. Untuk memasak [memang la ini tujuan utama kita beli benda tu pun kan..]

2. Deodoran semulajadi - kalau ade sesapa yang tak suka pakai deodoran, atau tak boleh pakai deodoran, boleh guna baking soda ni. Caranya, basahkan ketiak seadanya, pastu tepek la baking soda ni. Macam tepek bedak la jugak kaedahnya.

3. Menghilangkan kesan peluh, daki & minyak - Nak2 pulak baju sekolah anak2 atau uniform laki korang tu, berdaki & kotor, korang boleh rendam baju2 tersebut dalam air sabun pastu campur la sikit dengan baking soda dalam air tu.

4. Gunakan sebagai pencuci mulut - Ini bukan pencuci mulut yang ala dessert tu tau. Ni pencuci mulut ala2 listerine tu la. Korang campurkan baking soda dengan air pastu gunakan untuk berkumur. Pasni ni tak yah lagi beli listerine. Jimat duit.

5. Skin exfoliator - tak reti aku nak translate jadi melayu. Kiranya macam skrub muka la. Buat tanggalkan kulit2 mati di wajah tu. Caranya, campurkan baking soda dengan sedikit air sampai jadi pes. Pastu gosok2 la kat muka korang. Tenyeh2 sampai tercabut kulit muka mati atau kulit yang kusam tu.

6. Untuk mencuci sikat & berus rambut - Kadang2 korang perasan tak sikat korang tu dah berkerak2. Penuh dengan sel2 kulit kepala & kelemumur.. Takkan nak cungkil satu2 bilah sikai tu kan. Cara paling senang, bancuh baking soda dengan air suam, pastu rendam la sikat2 & berus korang dalam air tu. Agak2 dah lama, bilas la dengan air biasa. Pasni sikat korang dah bersih dari daki2 tu semua.

7. Garam mandian (bath salt) - selain boleh guna sebagai skrub muka, baking soda pun boleh jadi skrub badan tau. Caranya sama cam buat skrub muka tadi. Tapi untuk lebih best [sebab kult badan tak sama dengan kulit muka], campurkan dengan sikit garam. Kiranya skrub tadi ada bahan tambahan la. Kalau yang suka berendam pulak, campurkan baking soda + garam dalam air rendaman tu. Kalau nak wangi tambah la minyak yang wangi tu.

8. Pemutih gigi - seminggu sekali masa nak gosok gigi, cuba campurkan baking soda dengan ubat gigi tu. Pastu gosok gigi cam biasa. Secara tak langsung boleh memutihkan gigi korang. 

9. Pengganti mopiko - Tau ke apa mopiko tu?? Ubat untuk gigitan nyamuk tu. Kalau takde mopiko takpe. Cuba campurkan baking soda dengan sedikit air sampai jadi pes, pastu tepek je kat tempat yang nyamuk gigit tu.

10. Merawat sunburn atau luka akibat pisu cukur, pun boleh guna kaedah mopiko tadi.

11. Membersihkan karpet - Kalau karpet korang kotor, payah2 sangat, taburkan baking soda tu kat karpet, pastu gunakan la vacuum untuk cuci karpet tu. Insya-allah semua kotoran akan hilang.

12. Sebagai syampu kering - penyelesaian untuk rambut berminyak, taburkan baking soda pada rambut lepas tu blow rambut dengan hair dryer.

13. Hilangakan blackhead - Cara macam buat skrub muka juga. Tapi tenyeh la kat tempat blackhead tu. Pasni takyah susah pakai pore pack yang memang kurang berkesan tu.. Heheheh

14. Lembutkan daging - ni memang petua dolu2 ni. Rebus daging dengan sedikit baking soda, supaya daging tak liat.

AKU,dan KAU BERBEZA…AKU,dan KAU ISTIMEWA

LELAKI 

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. 

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin (yg ada anak pompuan ramai kena ingat ni….pastikan anak solat, tutup aurat, etc) dan dosa anak lelaki yang belum baligh. 


BERATKAN? 

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN?? 

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin. 

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa…jangan percaya sangat) 

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya. 

WANITA : 

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. 

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. 

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki. 

Pernahkah kita lihat sebaliknya?? 

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. 

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ? 



Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak. 

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil). 

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita:

1. ibunya , 

2. isterinya , 

3.anak perempuannya , dan 

4. saudara perempuannya. 

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:

1. suaminya, 

2. ayahnya,

3. anak lelakinya dan 

4. saudara lelakinya . 

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:

1. sembahyang 5 waktu

2. puasa di bulan Ramadhan 

3. taat suaminya dan 

4. menjaga kehormatannya . 

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. 

MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita …. 

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki…kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin…maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya…supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA.. 

“Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103) 

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri ” 

jom layari dausygbezzblog