Al-Quran

Listen to Quran

Selasa, 15 Januari 2013

Punca Bayi Tertidur Kala Menyusu

Punca Bayi Tertidur Kala Menyusu

Bayi yang kerap tertidur sewaktu menyusu, menimbulkan pelbagai spekulasi. Secara tidak langsung, hal ini boleh menjejaskan usaha menjayakan penyusuan eksklusif.

Anggapan tidak benar tentang bayi yang tertidur sewaktu sesi penyusuan berlangsung boleh menimbulkan pelbagai masalah. Akhirnya, ia boleh mendatangkan kesan tidak baik buat bayi dan si ibu juga. Antara yang paling sering disalahtafsirkan ialah bayi sudah kenyang walaupun minum dalam tempoh yang singkat.

Malah, ada yang menganggap bayi akan menangis jika lapar. Jadi, apabila bayi yang tertidur itu tidak merengek ketika puting dikeluarkan daripada mulutnya, maka penyusuan tidak perlu diteruskan. Tidak kurang juga ada yang beranggapan, bayi tidak suka minum susu ibu. Oleh kerana bayi menyusu sedikit atau sekejap dan dibimbangi dahaga, maka ada ibu memberi air kosong atau susu formula sebagai ganti.

Idealnya, bayi akan menyusu dengan kerap mengikut kehendak di setiap satu setengah hingga dua jam sekali. Ini kerana proses pencernaan susu ibu mengambil masa yang singkat (60 hingga 90 minit) berbanding susu formula (tiga hingga empat jam). Namun, perlu dimaklumi bahawa setiap bayi mempunyai corak penyusuan yang berbeza.

Secara amnya, penyusuan mengikut kehendak bayi hanya berlaku selepas bayi berumur tiga hingga empat minggu di mana ketika ini dia sudah berupaya mengawal tidur. Bayi akan terjaga dengan sendirinya dan menunjukkan tanda lapar setiap satu hingga dua jam serta berjaya menyusu sehingga kenyang sebelum tidur lena.

Walau bagaimanapun, terdapat segelintir bayi yang berumur lebih awal daripada usia itu menunjukkan keadaan yang sama.

Punca Kerap Tertidur
Satu jam pertama sejurus bayi dilahirkan adalah waktu paling aktif dan anda amat digalakkan untuk memulakan penyusuan. Dalam tempoh ini, menerusi sentuhan kulit ke kulit, bayi akan mengenali bau, payu dara dan puting. Di fasa ini, bayi akan menghisap dengan aktif sebelum mula mengalami keadaan di mana dia akan kerap tertidur.

Bayi baharu lahir perlu belajar banyak perkara baharu di mana ia sama sekali berbeza daripada keadaan ketika dia berada di dalam kandungan. Demikian juga halnya dalam aspek mengawal tidur dan jaga. Secara purata, bayi berumur dua hingga tiga minggu akan tidur 16 hingga 18 jam sehari dan jumlah waktu tidur ini berkurangan mengikut perkembangan umurnya. Ketika menginjak usia dua bulan, dia hanya tidur sembilan hingga 10 jam sehari.

Secara fitrah, manusia memerlukan ritma tidur-jaga yang sekata (circadian rhythm) iaitu tidur di waktu malam dan berjaga di waktu siang untuk kekal sihat. Walau bagaimanapun, bayi baharu lahir tidak mempunyai ritma yang sekata kerana kelenjar di otak belum cukup matang untuk menghasilkan hormon yang membuatkan rasa mengantuk (melatonin) dan hormon yang membuatkan rasa sedar atau berjaga (cortisol). Justeru, ramai bayi yang masih belum kenyang tetapi tertidur semasa menyusu. Bayi yang didakap erat semasa menyusu membuatkannya lebih tenang dan lebih mudah tertidur. Namun, anda perlu mengetahui tentang dua fasa tidur bayi iaitu active sleep mengambil tempoh yang lebih lama daripada quiet sleep. Maka, semasa menyusu bayi akan mula tidur dalam fasa active sleep di mana dia mudah terjaga jika sentiasa dirangsang. Jika bayi dibiarkan terus tertidur, dia akan masuk fasa quiet sleep, seterusnya berhenti menyusu.

Berdasarkan fakta-fakta ini, berikut adalah panduan bagi mengatasi bayi kerap tertidur semasa menyusu.

1. Pastikan anda mengejutkan bayi daripada tidur setiap dua jam jika bayi selalu tidur melebihi dua jam. Ini bagi memastikan bayi mendapat nutrisi susu ibu yang secukupnya. Secara tidak langsung, dapat mengelakkan bengkak payu dara atau saluran kelenjar tersumbat terutamanya di minggu pertama kelahiran.

2. Jika bayi amat sukar dikejutkan, lakukan urutan lembut dan senaman otot tangan dan kaki. Anda juga boleh bercakap dengan bayi dalam nada yang boleh mengejutkannya (bukan bertempik). Gunakan kreativiti lain seperti menyanyi riang atau berselawat apabila melakukan urutan dan senaman. Setelah bayi betul-betul terjaga, usap tepi mulut bayi dengan jari untuk merangsangnya supaya mencari puting (rooting reflex). Mulakan penyusuan secepat mungkin sebelum bayi merajuk.

3. Semasa bayi menyusu, jangan beri peluang kepadanya untuk masuk fasa tidur active sleep. Gunakan pelbagai kreativiti seperti merangsang dia dengan kerap supaya sentiasa menyusu dengan aktif. Contohnya mengurut atau menggerakkan tangan dan tapak kakinya, bercakap-cakap tentang kasih sayang kepadanya dan menggeletek lembut belakang atau tapak kakinya.

4. Sesekali, anda boleh menekan payu dara antara ibu jari dan beberapa jari lain seperti memerah apabila bayi berhenti menghisap. Teknik ini akan mengalirkan susu keluar ke dalam mulut bayi dan boleh merangsangnya untuk terus menghisap.

5. Pastikan penyusuan bayi yang kerap tertidur ini lebih lama daripada bayi yang aktif menghisap. Apabila bayi kerap tertidur membuatkan susu yang diambil tidak cukup. Jika bayi tidak kenyang, ini bukan kerana ibu tidak cukup susu. Jumlah susu yang bayi terima amat bergantung kepada keaktifan bayi menghisap. Jika kurang aktif menyusu, panjangkan tempoh penyusuannya. Tiada jangka masa yang tertentu tetapi pastikan bayi menghisap sehingga dia melepaskan puting dengan sendirinya. Jika anda tidak pasti sama ada bayi berhenti menyusu kerana sudah kenyang atau terlelap, cuba tarik keluar puting perlahan-lahan. Sekiranya mulut bayi masih membuat gerakan menghisap, teruskan penyusuan. Jika sebaliknya, anda boleh menghentikan penyusuan. Pemberian susu formula bukan penyelesaiannya.

6. Menyusu bayi dalam posisi berbaring boleh membantu mengurangkan keletihan akibat penyusuan yang lama. Anda boleh berehat sambil menyusukan bayi. Terdapat punca lain yang menyebabkan bayi sering tertidur dan tidak aktif seperti pramatang, kurang gula dalam darah, sindrom Down dan hypothyroidism. Bayi ini biasanya tidak aktif walaupun dalam keadaan jaga dan biasanya mempunyai simptom lain. Anda perlu membawa bayi berjumpa pakar untuk kepastian.

Jumaat, 11 Januari 2013

BAHAYA AIR MASAK KEPADA BAYI BAWAH 6 BULAN

BAHAYA AIR MASAK KEPADA BAYI BAWAH 6 BULAN

Walaupun dah berkali2 di igtkan jgn beri bayi bawah 6 bulan minum air masak, namun masih ada ibu bapa yg masih amalkan beri air masak pd bayi mereka. Antara sbb desakan orang tua, nak kasi kuning si anak cepat baik, bilas tekak anak lepas minum susu, supaya anak senang buang air etc.

Kajian ini khas untuk bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya & yang menyusu formula.

Semoga info2 ini dapat menyedarkan ibu bapa kenapa pemberian air masak tidak digalakkan kepada bayi berumur 6 bulan ke bawah.

Merencatkan Tumbesaran
Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.

Merencatkan Akal
Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang dierang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan ‘kernicterus’ iaitu Terencat Akal’. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.

Mengancam Nyawa
Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.

Mengakibatkan Sawan Tarik
Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil ‘Oral Water intoxication’.

Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut. Oleh itu..beri bayi anda susu ibu sekerapnya

♥♥ Da habis baca, Jgn lupa tekan share ye.. sama2 kite sebarkan info berguna ni pada ibu/bapa muda yg 1st time nk smbut bby ♥♥ —

Rabu, 10 Oktober 2012

"LEBAH & LALAT"

"LEBAH & LALAT"

Mengapa lebah cepat menemukan bunga? & mengapa lalat cepat menemukan Kotoran?

Mata lebah di design hanya utk menemukan bunga, mata lalat di design khusus utk menemukan kotoran.

MENGAPA..??
Di dalam pikiran lebah hanyalah madu & madu saja, tiada yg lain. Sdgkn di dalam pikiran lalat hanyalah kotoran & kotoran saja, tiada yg lain.

Alhasil, susah bagi lebah utk menemukan kotoran, tapi mudah & cepat bagi lebah utk menemukan bunga di manapun.

Sebaliknya, susah bagi lalat utk menemukan bunga, tapi mudah & cepat bagi lalat utk menemukan kotoran di manapun.

Apa hasil akhirnya?

Lebah kaya akan madu yg sgt bermanfaat, sdgkan lalat kaya akan kuman penyakit.

PESAN MORAL:
Apa yg Anda pikirkan, akan mempengaruhi apa yg Anda lihat, dan apa yg Anda lihat akan menghasilkan apa yg anda peroleh.

Hidup sangat tergantung dengan hati & pikiran kita.

"Jagalah hati dengan segala kewaspadaan, karena dari situlah terpancar kehidupan"

Kalo hati & pikiran selalu negatif, maka apa saja yg di lihat akan selalu menjadi negatif & hasil akhirnya adlh sebuah kehidupan negatif yg terus menerus.

Kalo hati & pikiran selalu positif, maka apa saja yg Anda lihat akan selalu mnjadi positif & hasil akhirnya adalah kehidupan positif yang terus menerus.

Pilihan ada ditangan kita sendiri..barakallahu fiikum.

#LebahDanLalat

Ketawa ler..

1. Soalan: Haloo, may i speak to bedah please?
Jawapan: Maap. sini bukan balai polis.

2. Soalan: Haloo, siapa disana?
Jawapan: Ntah. saya kat sini, mane le saya tau sape kat sane..

3. Soalan: Haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: Nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.

4. Soalan: Haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: Maap cik, nombor tak boleh disambung, hanye boleh dicampur.

5. Soalan: Haloo, mak ade rumah?
Jawapan: Mak takde rumah. Bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.

7. Soalan: Boleh saya bercakap ngan Siti?
Jawapan: Maap. Nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye… time kacih.

8. Soalan: Haloo, tolong panggilkan Samad. saya nak bercakap dengannye.
Jawapan: Sila panggil sendiri. saya sibuk. maap

9. Soalan: Halloo… …
Jawapan: Haloo. Pusat sakit mental disini. Anda ingin mendaftar?

10. Soalan: Haloo, saya nak tumpang bertanya…
Jawapan: Maap. Ini bukan kaunter pertanyaan.

11. Soalan: Haloo, Betul ke ini nombor 9898607?
Jawapan: Sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le tu.

12. Soalan: Assalammualaikum…
Jawapan: Waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib jawab)
.

Mesti kamu tidak sedarkan nombor 6 hilang.....XD

Khamis, 4 Oktober 2012

Sifat Sombong Merugikan

Apabila kita tidak berilmu, kita harus mengamalkan sifat merendahkan diri untuk belajar. Kita tidak boleh menjadi orang sombong, kerana dengan kesombongan itu, kita akan menjadi orang bodoh. Sekalipun seseorang itu mempunyai ilmu yang mencapai tahap ijazah kedoktoran (PhD), jika dia sombong, ijazah kedoktorannya itu tidak akan menjadikan dia lebih bijaksana. Hal ini kerana, orang sombong dengan ilmunya tidak akan suka ditegur dan dibetulkan. Dia merasakan dirinya sentiasa benar dalam semua perkara. Maka jika dia tersalah, dia akan kekal dalam kesalahan itu. Dia juga tidak suka menadah ilmu daripada orang yang dirasakannya lebih rendah tahap ilmunya. Maka ilmunya tidak akan meningkat dan berkembang, tetapi akan beku atau hanya menjurus pada satu-satu bidang yang dia pakar sahaja.

Lain halnya dengan ahli ilmu yang tawaduk atau merendah diri. Seorang yang tawaduk akan sanggup menadah ilmu daripada siapa saja. Dia juga rela ditegur dan dikritik. Kepada orang yang merendah diri, Allah akan berikan padanya hati yang lapang, fikiran yang cerdas dan perasaan yang tenang untuk mendapat ilmu yang banyak.

Ilmu akan meninggikan darjat seseorang di sisi Allah dan manusia tetapi dengan syarat, orang itu merendah diri. Namun sekiranya dia angkuh, tunggulah, ilmu itu yang akan menghenyaknya ke bawah. Ingatlah, rasa tidak berilmu adalah pakaian peribadi orang yang benar-benar berilmu.

Dari Allah datang semuanya

Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya.
Dia menyambung semula kerjanya.

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya.Lelaki itu menoleh ke kiri,kanan dan disekelilingnya.Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.

Tidak lama kemudian,lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama,dia mengambil dan menyimpannya.
“Rezeki aku!” kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar,logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu.

Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya.Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan,cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.

Namun,jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut.Dek kerana itulah,ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas.Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah,lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.

Lantas,ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai.Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.
Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu.Setelah merasa sakit dan terganggu,lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi.

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

P/s : Sahabat sekalian,kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta.Tanpa sedar,Allah sering menjatuhkan ‘syiling’ lambang rezeki,rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.

Tuhan menjatuhkan ‘syiling’ itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya.Tetapi,kita acap kali lalai untuk ‘mendongak’ ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi,apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian,lalu Dia jatuhkan pula ‘batu’ yg berupa musibah,kegagalan,keperitan dan pengalaman yg menyakitkan.

Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.

Oppa Gangnam Style






Layan jelah hehe..