Al-Quran

Listen to Quran

Khamis, 21 Oktober 2010

Khasiat dalam sebiji epal/ubat ulcer mulut

salam...nak kongsi pengalaman pasal buah epal .dari kecil saya selalu
kena ulcer mulut.bila kena nak makan pun tak boleh.satu hari saya
terbaca mengenai kebaikan buah epal dan saya ambil sepotong dan
lekapkan ke ulcer tu..hari tu juga baik.dan saya dah info ramai kawan
termasuk panel doctor saya mengenai nya.rupanya dia pun having same
problem dan terima kasih diatas info itu.sampai sekarang tak pernah
pakai bonjela yang direkomen oleh mana2 doctor kalau ke klinik.selamat
mencuba.



Khasiat dalam sebiji epal



SEBIJI epal yang dimakan setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat
dan mengurangkan kolesterol dalam badan. Malah sebiji epal setiap hari
cukup untuk menjauhkan diri daripada doktor.



Kajian mengenai khasiat epal dan jusnya disahkan terbukti meningkatkan
kesihatan dan fungsi jantung. Jus yang mengandungi phytonutrient boleh
melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik, iaitu proses
pertumbuhan penyakit jantung.



Serat epal pula membantu proses penghadaman dengan mengeluarkan asid
organik sewaktu bertindak balas dengan bakteria dalam usus.



Kandungan asid butrik juga merupakan sumber makanan sel usus yang
dapat membasmi pertumbuhan sel kanser usus.

Selain itu epal juga kaya dengan serat. Lima gram serat dalam sebiji
epal bersamaan dengan 20 peratus serat yang diperlukan oleh manusia
dalam diet harian.



Ia juga berfungsi sebagai pengimbang lemak yang baik, khususnya untuk
kanak-kanak yang gemar mengambil makanan segera.



Malah kajian yang dilakukan oleh saintis British juga membuktikan
kunyahan epal mampu mengubati masalah sakit gigi dan selaput tatar
yang merosakkan gigi.



Bukan itu sahaja, di Jepun, penyelidik mendakwa amalan mengupas buah
epal dapat mengaktifkan bahagian hadapan otak iaitu bahagian yang
mengawal pemikiran logik, imaginasi dan penilaian. - utusan



Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain