Al-Quran

Listen to Quran

Sabtu, 30 Oktober 2010

Benjolan Di Payudara

Benjolan Di Payudara



Assalamualaikum Dr. Syid

Saya seorang surirumah berusia 43 tahun. Sejak 3 bulan yang lepas saya merasakan terdapat bonjolan pada payudara sebelah kanan saya sebesar syilling 50 sen. Kalau di tekan, ianya tidak sakit atau merasa apa-apa. Saya pernah berjumpa dengan seorang doktor swasta yang menasihatkan saya untuk ke hospital bagi menjalani pemeriksaan lanjutan. Saya agak bimbang dengan keadaan ini dan berasa takut untuk ke hospital. Apakah ini tanda awal kanser payudara? Apakah risiko kanser ini dan apa yang perlu saya lakukan? Adakah produk Gamat Emas boleh membantu? Terima kasih kerana membantu masalah saya. 



Dari,

Norlia Abd. Rahim

Taiping, Perak.




Jawapan: 

Waalaikumussalam. Bagi kes puan sememang langkah yang paling bijak ialah untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut yang sewajarnya dari pakar perubatan. Jangan berlengah kerana ini mungkin akan menentukan tahap penyembuhan masalah puan. Ketumbuhan pada payudara yang tidak sakit amat dibimbangi jika ia merupakan masalah kanser payudara. Kanser payudara selalunya bermula sebagai ketulan keras yang tidak sakit. Ia membesar dengan masa. Jika sudah sampai ke tahap lebih serius, benjolan boleh dilihat pada permukaan kulit sementara puting payudara akan tertarik ke dalam. Kadangkala bendalir berdarah yang keluar dari puting juga merupakan tanda yang penting. Kulit pada bahagian payudara tersebut boleh juga kelihatan seperti kulit buah oren (peau d’orange) yang mana kulit menegang dengan bahagian bulu roma termasuk ke dalam. Peringkat yang lebih serius dan menyakitkan ialah apabila kanser tersebut pecah ke kulit dan merebak ke kelenjar di bawah ketiak dan seterusnya ke seluruh badan.



Kanser payudara merupakan kanser yang paling kerap menimpa wanita untuk semua kaum di Malaysia. Ia turut merupakan kanser yang paling banyak dilaporkan yang mana menurut bancian tahun 2002, sejumlah 4,337 kes kanser payudara telah dicatitkan. Sebanyak 30.4% daripada kes kanser di kalangan wanita Malaysia ialah kanser payudara. Risiko untuk mendapat kanser payudara di Malaysia adalah pada nisbah 1 pada setiap 19 orang wanita. Angka ini sebenarnya berubah mengikut kaum yang mana bagi kaum Melayu risikonya adalah 1:24, kaum Cina nisbahnya 1:14 dan bagi kaum India nisbahnya adalah 1:15. Dari angka ini pula perlu diketahui bahawa lebih dari 52.3% daripada kanser payudara wanita tergolong pada usia kurang dari 50 tahun. Insiden kanser meningkat sehingga golongan usia 50-59 tahun tetapi menurun bagi golongan yang lebih tua.



Statistik pada tahun 2000 melaporkan sebanyak 3,825 kes kanser payudara kesemuanya yang mana 1,707 menyebabkan kematian. Kurang kesedaran dan sikap sambil lewa merupakan sebab utama kanser ini melibatkan angka kematian yang agak tinggi. Hampir 40% dari kes kanser dikesan pada peringkat yang serius sehingga menyukarkan rawatan untuk penyembuhan.

Antara faktor risiko menghidapi penyakit kanser payudara ialah :


Usia : Risiko meningkat dengan usia. Kanser jarang sekali berlaku pada wanita di bawah usia 25 tahun.
Sejarah kanser payudara: Risiko berulang bagi bekas pesakit kanser payudara meningkat 4 kali ganda.
Sejarah keluarga: Risiko meningkat 2 kali ganda jika ada ahli keluarga yang menghidap kanser payudara sementara jika terdapat 2 atau lebih waris terdekat menghidapinya maka risiko akan meningkat 4 kali ganda.
Sejarah penyakit payudara: Wanita yang menunjukkan kehadiran sel abnormal dan penyakit fibrosistik terdedah 4 kali ganda untuk menghidap penyakit kanser payudara.
Faktor genetik : Sejumlah 5-10% wanita yang menghidap kanser payudara mempunyai faktor genetik. Antara gen dikenal pasti ialah BRCA 1 dan 2 serta p53. Sekiranya salah satu dari gen itu dijumpai maka risiko menghidapi kanser payudara meningkat sebanyak 85%.
Kedatangan haid: Perempuan yang baligh sebelum usia 12 tahun atau putus haid selepas berusia 55 tahun akan mempunyai risiko yang meningkat sebanyak 2 hingga 3 kali ganda untuk menghidapi kanser payudara.
Jumlah anak: Wanita yang tiada anak atau tidak pernah hamil selepas usianya meningkat 30 tahun mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidap kanser payudara.
Pendedahan kepada radiasi: Mereka yang terdedah kepada sinar radiasi seperti sinar-X semasa usia atau sebelum usia 30 tahun boleh meningkatkan sedikit risiko kepada kanser payudara.
Status sosioekonomi: Status kehidupan yang tinggi akan meningkatkan lagi risiko menghidapi kanser payudara.
Pemakanan: Pengambilan alkohol meningkatkan risiko kanser payudara sebanyak 2 x ganda. Makanan yang tinggi dengan lemak tepu (minyak haiwan dan minyak kelapa), protein haiwan dan makanan yang kurang serat juga boleh mempengaruhi risiko untuk mendapat kanser payudara.
Saiz tubuh: Wanita yang gemuk selepas putus haid juga akan mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser payudara.
Pil perancang dan HRT (terapi hormon gantian): Pengambilan pil perancang dalam jangkamasa lama dan juga terapi hormon gantian selepas putus haid juga dapat meningkat risiko kanser payudara.
Penyusuan: Penyusuan merendahkan sedikit risiko kanser payudara sebelum putus haid.
Jantina: 95% kanser payudara terdiri dari golongan wanita

Kesimpulannya di sini, saya bukan berniat untuk menakutkan puan tetapi masalah tersebut akan lebih mudah dirawat pada peringkat awal. Anggapkan tindakan selainnya seperti menggunakan produk Gamat Emas ini sebagai rawatan ‘adjuvan’ atau seiring dengan rawatan hospital. Yang penting puan perlu menjalani pemeriksaan dan rawatan dari doktor terlebih dahulu. Bagi produk Gamat Emas, saya syorkan puan amalkan Bioseed dan Pati Gamat Plus Vita 2x sehari. Sementara C3 Spirulina boleh di ambil 2 sudu besar 3 kali sehari. Bioseed membantu pembersihan usus untuk mengelakkan penyerapan toksid ke dalam badan. Pati Gamat pula membantu mengurangkan inflamasi, bengkak dan turut mempunyai kesan antitumor. C3 Spirulina pula membekalkan nutriens yang diperlukan badan puan untuk meningkatkan ketahanan badan sementara Coenzym Q10 dapat membantu melawan kanser payudara..

Maklumat lanjut klik : GamateMas
 
Jom ke teratak orangkampong@ OK...