Al-Quran

Listen to Quran

Sabtu, 30 Oktober 2010

Penyakit Leukemia

Penyakit Leukemia

Leukemia merupakan barah pada darah 
atau sum-sum tulang dan bercirikan penggandaan luar biasa sel darah , biasanya sel darah putih (leukocytes) . Ia merupakan sebahagian dari kelompok penyakit yang lebih luas yang dikenali sebagai maligan hematologi (hematological neoplasms).

Antar simptom leukemia adalah : -

Kerosakan kepada sum-sum tulang, disebabkan oleh penggantian sel sum-sum tulang normal dengan sejumlah besar sel darah putih tidak matang, menyebabkan kekurangan platelet darah, yang penting dalam proses pengumpalan darah. Ini bererti mereka yang mempunyai leukemia mungkin menjadi lebam, pendarahan berlebihan, atau mengidap pendarah cucukan jarum (petechia).

Sel darah putih, yang terbabit dalam melawan pathogen, mungkin dipendam atau tidak berfungsi. Ini mampu menyebabkan sistem imunisasi pesakit (sel darah putih dll.) mula menyerang sel badan lain.

Akhirnya, kekurangan sel darah merah mendorong kepada anemia, yang mungkin menyebabkan dyspnea. Kesemua simptom ini mungkin dikaitkan kepada penyakit lain; kerana diagnosis, ujian darah dan pemeriksaan sum-sum tulang diperlukan bagi pengesahan leukemia.

Simptom yang berkait

Demam, sejuk, berpeluh malam dan simptom selesema lain 
Kelesuan dan lemah 
Hilang selera makan dan/atau berat 
Gusi bengkak atau berdarah 
Pendarah berlebihan (akibat luka kecil) 
Simptom neurologikal (sakit kepala) 
Hati dan limpa bengkak 
Mudah lebam 
Kerap dijangkiti penyakit 
Sakit tulang 
Sakit sendi 
Tonsil bengkak 
Kerap pengsan 

Perkataan leukemia, yang bererti 'darah putih,' diambil sempena nama penyakit pengiraan sel darah putih yang tinggi yang terdapat kepada kebanyakan pesakit leukemia sebelum menerima rawatan. Jumlah tinggi sel darah putih kelihatan apabila contoh darah dilihat di bawah mikroskop. Sering kali, sel darah putih ini adalah tidak matang atau tidak berfungsi. Jumlah sel darah putih juga turut mengganggu dengan fungsi normal sel lain.

Sesetengah pesakit leukemia tidak mempunyai sel darah putih yang tinggi semasa pengiraan darah biasa. Keadaan yang luar biasa ini dikenali sebagai aleukemia. Sum-sum tulang masih mempunyai barah sel darah putih, dan ia mengganggu penghasilkan sel darah biasa. Bagaimanapun, ia kekal di dalam sum-sum dan tidak memasuki saluran darah, di mana ia boleh dilihat di dalam ujian darah. Untuk pesakit aleukemic, pengiraan sel darah putih dalam aliran darah mungkin normal atau rendah. Aleukemia boleh berlaku dalam sebarang empat jenis leukemia utama, dan agak biasa bagi leukemia sel rambut.

Untuk maklumat lanjut mengenai leukemia sila klik sini