Al-Quran

Listen to Quran

Sabtu, 30 Oktober 2010

Perintah Menutup Aurat

PERINTAH MENUTUP AURAT 

Al-Ahzab 
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (59) 


AN-NUUR 
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (30) Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (31) 

telah kita sedia maklum..perintah menutup aurat datangnya dari Allah s.w.t,bukan dari Nabi ataupun alim ulama.. 
makanya fikirkanlah berapa banyak kemurkaan Allah kepada kita hambaNya yg sering ingkar pada hukum2Nya.. 
saranan saya.. gambar2 saudari yg tidak menutup aurat dengan sempurna tu.. tukarlah dgn gambar2 yg lebih baik.. 
sehelai rambut pun jika di lihat oleh bukan muhrim.. 50 tahun di seksa didalam neraka Allah s.w.t.. maka apatah lagi jika batang tubuh menjadi tatapan mata2 lelaki yg bukan muhrim... 
andainya teguran ini tidak membuatkan saudari sekelian rasa gembira berbanding pujian2 lelaki yg sekadar menjamu mata dan meraikan nafsu mereka.. saya mohon maaf.. 

mungkin saudari2 sekelian ada mendengar juga kisah Nabi isra dan mikraj,yg di bawa oleh malaikat jibrail melawat neraka yg mana penghuni neraka itu ramainya adalah dari golongan wanita kerana mendedahkan aurat dan derhaka pada suami.. 

makanya wajarkan tatkala solat,aurat dapat ditutp dengan baik maka selepas itu dalam kehidupan seharian dibiarkan aurat itu menjadi tatapan mata2 lelaki yang bukan muhrim.. 

saya tidak mengharapkan pujian dari apa yang saya sampaikan ini,Cuma sekadar menyampaikan tanggungjawab yg mana kelak kita masing2 akan Allah s.w.t persoalankan apa kebaikan yg kita buat terhadap sesama hambaNya.. 

janganlah kita membiarkan diri berterusan melakukan dosa besar tanpa kita sedar,sedangkan kita mampu menjauhinya. . 

semoga ingatan ikhlas buat adik2 atau kakak2 ini bermanfaat.. selagi bukan saya menegur anda secara langsung semoga dapat ia saudari gunakan bagi menjaga diri sendiri dan keluarga