Al-Quran

Listen to Quran

Jumaat, 24 Disember 2010

Diet pesakit buah pinggang

Diet pesakit buah pinggang

Pesakit buah pinggang bukan saja perlu melakukan rawatan dialisis, tetapi juga mematuhi diet yang disyorkan.

Pesakit perlu banyak mengambil makanan tertentu bagi mengelak kandungan nutrien seimbang dalam badan

Didiagnosis dengan kegagalan buah pinggang bukan saja memerlukan anda menjalani rawatan dialisis tetapi juga mematuhi diet yang disyorkan. Suka atau tidak, perubahan dalam diet mesti dilakukan.

Oleh kerana buah pinggang tidak lagi dapat berfungsi seperti biasa, pesakit buah pinggang perlu banyak mengambil makanan tertentu dan mengurangkan jenis makanan yang lain bagi mengekalkan kandungan nutrien yang seimbang dalam badan mereka.

Walaupun setiap orang memiliki rejim diet yang khusus, namun ada sesetengah nutrisi yang diperlukan oleh semua pesakit. Penting atau kurang pentingnya nutrisi itu banyak bergantung pada jenis dialisis yang dipilih, sama ada PD (dialisis peritoneum) atau HD (hemodialisis).

Pakar Pemakanan Universiti Perubatan Antarabangsa, Dr Winnie Chee, berkata perkara paling asas, setiap pesakit perlu membezakan antara jenis rawatan yang diterima kerana ia menjadi penentu amalan pemakanan atau diet yang terbaik untuk mereka.

“Sebagai contoh, rutin diet pesakit yang menjalani rawatan PD agak kurang berbanding pesakit dengan rawatan HD. Ia kerana bagi PD, tahap kalium, garam dan bendalir dalam badan lebih rendah disebabkan pertukaran kerap menerusi PD.
Makanan segera mempunyai kalori yang tinggi dan pengambilan garam berlebihan boleh memudaratkan kesihatan.

“Namun, pesakit yang menjalani rawatan PD perlu memakan lebih banyak protein berbanding pesakit yang menjalani HD,” katanya.

Dr Chee berkata, pesakit yang memilih PD biasanya menjalani pembedahan yang kecil untuk memasukkan tiub plastik kecil ke dalam rongga peritoneum (perut).

“Larutan dialisis kemudian dimasukkan secara suntikan ke dalam rongga peritoneum untuk menyingkirkan toksin dan cecair berlebihan menerusi proses osmosis. Ketika ini, membran peritoneum berfungsi sebagai alat penapis,” katanya.

Beliau berkata, disebabkan ciri proses rawatan ini, protein akan hilang menerusi membran peritoneum pada setiap kali pertukaran dialisis.

Justeru, katanya pesakit yang menjalani rawatan PD perlu meningkatkan pengambilan protein bagi memastikan jumlah protein secukupnya untuk tumbesaran, pembinaan otot, membaiki tisu dan melindungi badan daripada jangkitan.

“Kadar pengambilan protein yang disyorkan bagi pesakit harus dikekalkan pada tiga atau empat hidangan sehari, iaitu lebih kurang saiz tapak tangan bagi setiap hidangan, baik daging, ikan atau ayam,” katanya.

Katanya, sesetengah jenis buah-buahan misalnya pisang dan anggur, selain sayur-sayuran berdaun adalah contoh pemakanan yang memiliki kandungan kalium tinggi.

Pesakit PD katanya boleh mengambil makanan jenis ini bagi membantu mereka menjaga kesihatan jantung dan mengekalkan tahap bendalir badan yang normal.

“Walaupun terdapat fleksibiliti bagi pengguna PD dari segi pengambilan kalium dan cecair yang dibenarkan, pengambilan fosforus harus dipantau kerana enapannya boleh menyebabkan tulang rapuh dan sakit sendi,” katanya.

Namun, katanya agak sukar untuk mengelakkan makanan yang mengandungi fosforus kerana ia boleh didapati dalam pelbagai jenis makanan termasuk daging, ikan, ayam, minuman berasaskan koko, kacang selain makanan seperti tauhu, dal dan sayur kacang.

Dr Chee berkata, bagi mengatasi masalah ini, semua pesakit yang menjalani dialisis, sama ada HD atau PD, perlu mengambil pengikat fosfat (contohnya pil kalsium) untuk menyingkirkan fosfat tambahan daripada badan.

Pengambilan garam juga harus dihadkan untuk mengawal tekanan darah. Satu cara yang boleh diamalkan dengan mudah ialah ‘diet tanpa garam tambahan’ iaitu jumlah garam minimum digunakan ketika memasak (¼ camca teh sehari).

Selain itu, pesakit perlu waspada terhadap makanan lain yang mempunyai kandungan garam yang tinggi seperti kicap masin, sos tomato atau cili, sos ikan, sos tiram dan makanan dengan MSG. Mengelak makanan sedemikian adalah pilihan terbaik dalam diet.

“Pengurangan jumlah air kencing yang dihasilkan adalah simptom umum masalah buah pinggang yang biasanya didapati pada peringkat akhir penyakit. Akibatnya, ramai pesakit mengalami bengkak, sesak nafas dan tekanan darah tinggi disebabkan cecair berlebihan yang disimpan di dalam badan,” katanya.

Oleh kerana terapi PD membantu mengekalkan fungsi buah pinggang untuk tempoh lebih lama, pesakit yang menggunakan kaedah rawatan ini tidak perlu mengawal pengambilan cecair dengan begitu ketat kerana pengeluaran air kencing tetap dikekalkan pada tahap normal.

“Sebagai garis panduan umum, semua orang harus sedar mengenai jumlah kalori yang diambil untuk mengelakkan diri daripada menjadi gemuk. Kadangkala, penyerapan dekstrosa (gula) dalam dialisis

boleh menyebabkan kenaikan berat badan pesakit PD. Pengambilan jumlah kalori yang betul penting untuk mengekalkan keseimbangan antara membekalkan tenaga bagi badan dan mengelakkan berat badan berlebihan,” katanya.

Jadual berikut merumuskan perbezaan antara perubahan pemakanan perlu diambil oleh pesakit yang menjalani PD dan HD:

Kelas makanan: Dialisis Peritoneum (PD)

Protein: Mengikut keperluan, keperluan protein lebih tinggi daripada pesakit HD.

Kalium: Biasanya tidak terhad melainkan tahap darah adalah tinggi.

Fosforus: Terhad.

Cecair: Lebih longgar daripada pesakit HD.

Kalori: Mengikut keperluan. Jika kurang berat badan, pesakit memerlukan lebih banyak kalori untuk mencegah kekurangan khasiat pemakanan. Jika berat badan berlebihan, pesakit memerlukan kurang kalori untuk mencegah kenaikan berat badan selanjutnya. Kalori daripada dekstrosa dalam dialisat perlu diambil kira.

Jenis makanan: Dialisis HD

Protien: Mengikut keperluan

Kalium: Terhad

Fosforus: Terhad

Cecair: Terhad

Kalori: Mengikut keperluan. Jika kurang berat badan, pesakit memerlukan lebih banyak kalori dan jika berat badan berlebihan, pesakit memerlukan kurang kalori.

Jadual ini hanyalah panduan umum mengenai jenis makanan yang sesuai bagi pesakit buat pinggang yang menggunakan kaedah rawatan berbeza. Namun, mereka dinasihatkan berbincang dengan doktor dan pakar diet buah pinggang sebelum membuat perubahan kepada amalan pemakanan untuk memastikan diet yang seimbang dan sihat.

Oleh Hafizah Iszahanid

Khamis, 23 Disember 2010

Kerosakan Buah Pinggang Penyebab Mati Pucuk

GEJALA bengkak khususnya pada muka dan keliling mata, pergelangan tangan, abdomen, paha dan buku lali; air kencing berbuih, bercampur darah atau berubah menjadi pekat (berwarna gelap); kerap buang air kecil walaupun minum sedikit dan berasa sakit setiap kali buang air kecil antara tanda penting bagi kerosakan buah pinggang.

Kerosakan buah pinggang juga menyebabkan seseorang merasa tidak sihat, pucat, cepat penat; tekanan darah meningkat, lebih kerap buang air kecil pada waktu malam, kitaran haid terganggu, hilang keinginan seks (atau mati pucuk), selera makan merosot dan mulut terasa pahit dan sukar tidur.

Namun, masalahnya gejala disenaraikan di atas hanya muncul apabila buah pinggang mengalami kerosakan teruk. Kebanyakan pesakit tidak sedar mereka mengalami masalah ini kerana kerosakan buah pinggang berlaku secara senyap tanpa gejala.

Buah pinggang yang mengalami 70 peratus kerosakan masih boleh menapis darah dengan baik dan masalah kesihatan hanya muncul jika jumlah fungsi kedua-dua buah pinggang kurang daripada 30 peratus.

Ia kini menjadi masalah yang semakin membimbangkan kerana ia berkait rapat dengan kencing manis. Setiap tahun dianggarkan 2,500 orang mengalami kerosakan buah pinggang dan sehingga 2008, lebih 15,800 kes dialisis dengan 1,157 kes baru.

Menurut Perunding Nefrologi Pusat Perubatan Sunway, Dr Tan Wee Ming, punca utama kerosakan buah pinggang ialah penyakit kencing manis (54 peratus daripada kes yang perlu dialisis).

Antara perkara yang turut menyumbang kepada kerosakan ini ialah faktor genetik (sejarah keluarga sakit buah pinggang), gaya hidup tidak aktif, jarang bersenam, tabiat pemakanan tidak sihat, masalah kolesterol tinggi, obesiti, penuaan dan merokok.

Bagaimanapun, selagi seseorang itu tidak sampai ke tahap memerlukan dialisis, bermakna masih ada harapan untuk memperlahan atau menghentikan kerosakan buah pinggang. Apabila seseorang disahkan perlu menjalani dialisis, bermakna buah pinggangnya gagal berfungsi iaitu tidak lagi mampu menapis darah.

Ini sebabnya kita perlu sentiasa peka terhadap perubahan pada diri sendiri. Jika anda berasa was-was atau mempunyai sebahagian daripada faktor risiko seperti di atas, segera berjumpa doktor dan menjalani pemeriksaan. Ada banyak kaedah mudah untuk mengesan kegagalan buah pinggang seperti:

# Ujian darah (bagi menguji kehadiran bahan sisa nitirogen seperti urea dan kreatinin iaitu dua bahan kumuh yang sepatutnya dibuang melalui air kencing)

# Ujian air kencing

# Sinar-X atau IVU

# Imbasan bunyi (bagi mengesan kehadiran sista, batu karang atau ketumbuhan)

# Imbasan CT (untuk mengesan ketumbuhan)

# Imbasan Magnetik Resonans (MRI) (bagi mengetahui sama ada berlaku penyempitan salur darah ke buah pinggang)

# Biopsi buah pinggang

Selepas keputusan ujian positif, pesakit perlu menjalani rawatan bagi memperlahankan proses kerosakan buah pinggang. Selain pengambilan ubat, pesakit dikehendaki mengubah gaya hidup dengan berhenti merokok, kerap bersenam dan menjaga pemakanan supaya beberapa perkara dapat dikawal dengan baik. Antara yang perlu dikawal ialah:

# Tekanan darah

# Paras gula dalam darah (bagi pesakit kencing manis)

# Paras kolesterol dalam darah

Kawalan pemakanan sangat penting, terutama bagi pengambilan protein, garam, fosfat, potassium, kolesterol dan gula, kerana ia boleh merangsang kerosakan buah pinggang jika diambil berlebihan. Diet rendah protein digunakan untuk mengurangkan gejala berkaitan pengumpulan bahan sisa nitrogen dalam darah.

Ia boleh dilakukan dengan mengurangkan pengambilan makanan kaya protein seperti ikan, daging, makanan laut, kekacang atau biji-bijian, susu dan produk tenusu.

Namun, kebimbangan dan terlalu berhati-hati menimbulkan masalah lain pula iaitu kekurangan asid amino perlu dan tidak cukup zat. Perlu diingat, badan kita tidak boleh menghasilkan asid amino perlu ini dan ia hanya didapati daripada makanan.

Ini sebabnya pesakit perlu ambil ubat dan pil makanan tambahan yang membekalkan asid amino dan ketoanalog (terapi asid keto) dengan pemakanan kurang protein. Ia memperlahankan kerosakan buah pinggang dan mengekalkan status zat pesakit.

Untuk mengetahui berapa banyak protein boleh diambil, pesakit perlu merujuk kepada pakar pemakanan kerana keadaan setiap pesakit berbeza.

Bagaimanapun, bukan semua pesakit perlu mengawal pengambilan fosfat dan potassium. Sekatan ini dikenakan jika kerosakan buah pinggang adalah teruk.

Namun secara umumnya, kawalan lebih penting ialah pada jumlah pengambilan protein iaitu hanya 0.6 gram bagi setiap kilogram berat badan dan fosfat antara 800 hingga 1,000 miligram saja.

Setiap pesakit mempunyai piramid makanan mereka. Keperluan kalori harian mereka juga berbeza dengan orang sihat kerana ia dikira berdasarkan berat badan dan umur, iaitu dengan kaedah di bawah bagi mengelak masalah tidak cukup zat atau menjadi gemuk. Keperluan ini juga berubah dari semasa ke semasa; tertakluk kepada keadaan kesihatan buah pinggang mereka.

Justeru, pesakit perlu menjalani pemeriksaan secara berkala dan mendapatkan nasihat pakar pemakanan mengenai keperluan harian mereka. Pakar pemakanan akan membuat pengiraan keperluan harian anda dan pesakit perlu mematuhinya.

Amalan diet mengikut pelan dirancang disertakan pengambilan ubat boleh memperlahankan kerosakan buah pinggang dan mengelak pesakit menjalani dialisis.

Pada masa sama, keluarga perlu bersama-sama memainkan peranan dalam penjagaan pemakanan pesakit buah pinggang kronik dengan mengetahui jenis makanan yang mesti dielak atau dikurangkan.

Mereka (terutama pasangan atau penjaga) perlu belajar pelbagai masakan supaya menu sihat untuk pesakit tidak membosankan.

Sebagai panduan umum, ada beberapa resipi yang disediakan tukang masak dari Universiti Sunway (Chef Loke Hoi Weng dan Chef Andy Woon) dalam bengkel pemakanan ‘Penjagaan Lebih Baik’ anjuran Pusat Perubatan Sunway dengan kerjasama Fresenius Kabi untuk jadikan contoh.

Bengkel yang diadakan untuk pesakit (khususnya yang mengambil pil tambahan asid keto) dan penjaga bertujuan memberi panduan terhadap pengurusan tekanan darah tinggi dan mengurangkan risiko penyakit bertambah teruk.

Antara panduan pemakanan umum untuk pesakit ialah:

# Kurangkan pengambilan protein (jumlahnya mengikut berat badan pesakit)

# Mengehadkan pengambilan garam kepada empat hingga enam gram sehari bagi mengelak retensi (pengumpulan air) dalam badan dan mengawal tekanan darah

# Hadkan pengambilan potassium kerana buah pinggang tidak lagi berupaya menyingkir potassium berlebihan daripada badan. Berlebihan potassium boleh menyebabkan degupan jantung tidak normal. Sumber makanan yang kaya potassium ialah pisang, oren, buah-buahan kering, kekacang dan sesetengah sayur berdaun hijau.
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN @ hmetro

Mengesan Dan Mengawal Penyakit Buah Pinggang

Mengesan Dan Mengawal Penyakit Buah Pinggang
Oleh Dato' Dr Zaki Morad bin Mohd Zaher
Pakar Runding Kanan Nefrologi

MENGESAN PENYAKIT BUAH PINGGANG

Langkah pertama penjagaan penyakit buah pinggang yang lebih berkesan ialah dengan mengesan penyakit ini pada peringkat awal-awal lagi. Pengesanan awal adalah penting terutama sekali jika anda seorang penghidap diabetes kerana penyakit ini akan menyebabkan anda berisiko tinggi bagi menghidap penyakit buah pinggang. Beberapa tanda-tanda dan gejala penyakit buah pinggang yang harus diberi perhatian termasuklah berat badan menurun tanpa sebab, rasa loya atau muntah, letih lesu atau sakit belakang. Tanda-tanda lain termasuk penukaran kekerapan atau corak urinasi, urin yang mengandungi darah atau rasa pedih ketika urinasi, bengkak pada muka, kaki dan abdomen dan kesukaran untuk tidur malam.

Malangnya, kesemua tanda dan gejala ini kebiasaannya tidak akan kelihatan sehinggalah buah pinggang anda telah mengalami kerosakan yang teruk. Ada juga kemungkinan anda langsung tidak akan mengalami sebarang tanda atau simptom tersebut walaupun buah pinggang anda sudah tidak berfungsi lagi. Oleh sebab itu, anda tidak boleh bergantung kepada kesemua tanda dan gejala tersebut untuk mengesan penyakit buah pinggang dan sebaliknya menganggap yang anda tidak mempunyai penyakit tersebut jika anda langsung tidak mengalami sebarang tanda-tanda tersebut.

Cara yang paling tepat untuk mengesan samaada anda mengalami sebarang kerosakan buah pinggang ialah dengan berjumpa doktor anda dan mengambil ujian urin untuk mengesan mikroalbumin dan protein. Kehadiran mikroalbumin (protein dalam jumlah yang kecil) dalam urin menunjukkan bahawa buah pinggang anda telah rosak. Ini terjadi kerana buah pinggang yang rosak tidak dapat menerima balik kebanyakan protein yang telah ditapis, menyebabkan kandungan protein dalam urin semakin meningkat. Kehadiran protein dalam kuantiti yang banyak dalam urin (makroalbuminuria - satu petanda lewat nefropati diabetes) boleh dikesan dengan satu ujian ringkas dengan mencelup stik pengesan ke dalam urin. Sebaliknya, untuk menentukan kandungan protein dalam urin yang sedikit (mikroalbuminuria) - satu petanda awal kerosakan buah pinggang disebabkan diabetes, memerlukan suatu ujian khas.

Jika ujian menggunakan stik pengesan atau ujian mikroalbuminuria menunjukkan keputusan yang positif, adalah baik jika anda mengikut nasihat doktor dan seterusnya mengambil langkah-langkah yang sewajarnya, seperti tertera di bawah, untuk membantu anda mengelak atau melambatkan penyakit ini daripada menjadi bertambah teruk.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGAWAL PENYAKIT BUAH PINGGANG YANG DISEBABKAN OLEH DIABETES

#1. Teruskan mengurus diabetes anda dengan baik
Tahap glukosa darah yang tinggi, tekanan darah yang tinggi dan kandungan lemak dalam darah yang tidak normal merupakan faktor-faktor utana yang menyumbang kepada kerosakan berterusan buah pinggang anda. Itulah sebab betapa pentingnya untuk anda mengurus faktor-faktor ini dengan sebaik-baiknya agar dapat mengawal penyakit buah pinggang anda. Dalam kata lain, penjagaan diabetes yang baik boleh melambatkan perkembangan penyakit buah pinggang setelah ianya bermula (atau mengelakkannya dari menjadi bertambah teruk terutama sekali apabila ianya dapat dikesan dari awal!). Berikut terdapat cara-cara untuk menjaga diabetes dengan baik dan lebih berkesan: Terus memastikan yang anda mencapai tahap sasaran yang disyorkan bagi glukosa darah, tekanan darah dan lipid dengan mengamal pemakanan yang sihat, mengawal pengambilan karbohidrat, melakukan aktiviti fizikal secara kerap dan mengurangkan berat badan yang berlebihan. Anda juga harus, mengambil ubat-ubat (jika dipreskripsikan) dan sentiasa memantau tahap glukosa darah anda di rumah. Keraplah berjumpa doktor anda bagi mendapatkan rawatan susulan terutama sekali untuk memeriksa tekanan darah dan tahap lipid anda.
Sila rujuk jadual di bawah untuk membantu mencapai sasaran penjagaan diabetes anda dengan baik:


Ujian Darah Tahap yang disyorkan Glukosa darah 3.8 mmol/L - 6.1 mmol/L (ketika berpuasa)
Dan kurang dari 7.8 mmol/L (selepas makan)
HbA1c Kurang dari 6.5%
Kolesterol LDL Kurang dari 2.6 mmol/L
Trigliserida Kurang dari 1.7 mmol/L
Kolesterol HDL Lebih dari 1.02 mmol/L
Tekanan darah 130/80 mmHg atau kurang



#2. Pemakanan Yang Betul
Mengurus diabetes sahaja adalah tidak mencukupi jika anda sudah menghidap penyakit buah pinggang disebabkan diabetes. Anda juga harus memastikan bahawa buah pinggang anda yang rosak itu tidak akan membahayakan badan anda. Salah satu daripada cara untuk anda menjaga kesihatan diri jika telah menghidap penyakit buah pinggang ialah melalui pengawalan pemakanan (diet).

Apabila buah pinggang anda sudah tidak boleh berfungsi dengan betul, sisa buangan dan bahan-bahan lain akan berkumpul sehingga tahap yang membahayakan badan anda. Kawalan diet adalah penting untuk mengawal penyakit buah pinggang untuk mengelakkan pengumpulan berlebihan bahan-bahan ini (contohnya natrium, kalium, kalsium, fosforus, cecair dan bahan buangan protein) di mana buah pinggang yang sihat akan dapat membersihkan darah untuk manjaga keseimbangan badan.

Anda harus bertanya doktor atau pakar diet anda untuk mendapatkan satu pelan diet, di mana ianya akan berfokus kepada nutrien-nutrien berikut: Protein diperlukan untuk penyelenggaraan, tumbesaran dan pembaikan tisu-tisu badan. Ia juga dapat membekalkan tenaga dan membantu anda melawan penyakit. Protein boleh diperolehi daripada ikan, telur, daging dan ayam. Apabila protein diuraikan dalan badan (proses metabolisma), ia akan menghasilkan bahan-bahan buangan. Salah satu daripada bahan buangannya dikenali sebagai urea. Kandungan urea yang tinggi dalam badan akan menyebabkan rasa loya, muntah dan hilang selera makan. Anda mungkin perlu memulakan diet yang rendah protein (tetapi tidak terlalu rendah) untuk memastikan kandungan bahan buangan masih dalam linkungan tahap yang boleh diterima disamping memastikan badan anda mendapat protein yang ia perlukan.
Natrium membantu pengaturan kandungan cecair dan tekanan darah. Sumber yang paling biasa didapati ialah garam makan, walaupun ia memang terkandung dalam kebanyakan makanan. Natrium yang berlebihan akan mengakibatkan peningkatan cecair dalam badan serta tekanan darah yang tinggi. Oleh itu, anda perlu mengurangkan pengambilan natrium contohnya tidak memakan makanan yang masin dan tidak menambah garam kepada makanan anda.
Kalium diperlukan untuk saraf-saraf dan otot-otot termasuk jantung supaya berfungsi dengan normal. Makanan yang kaya dengan kalium termasuklah kentang, sayur-sayuran berdaun hijau dan pisang. Jika kandungan kalium (potassium) menjadi terlalu tinggi, ia akan menyebabkan kelemahan pada otot dan denyutan jantung yang tidak tetap. Justeru itu, anda perlu mengikuti pelan diet yang mempunyai kandungan kalium yang bersesuaian.
Kalsium dan fosforus diperlukan untuk pembentukan tisu tulang. Walaubagaimanapun, kandungan fosforus yang tinggi pada buah pinggang yang sudah gagal berfungsi boleh menyebabkan kalsium larut lesap dari tulang-tulang anda dan menyebabkan tulang menjadi lemah dan rapuh. Inilah sebabnya anda harus menghadkan pengambilan fosforus. Makanan yang mempunyai kandungan fosforus yang tinggi termasuklah susu dan produk tenusu yang lain serta kekacang.



# 3. Mengawal pengambilan cecair
Buah pinggang yang sihat dapat mengelakkan pengumpulan cecair dalam badan anda dengan menyingkirkan cecair berlebihan melalui urin. Itulah sebabnya, apabila buah pinggang anda sudah tidak berfungsi dengan baik, cecair akan terkumpul dalam tisu-tisu badan, saluran darah dan juga paru-paru anda. Ini akan memberi tekanan pada jantung anda, menyebabkan tekanan darah tinggi dan kesukaran untuk bernafas. Anda juga mungkin akan mengalami tukaran dalam corak dan kekerapan urinasi (satu daripada petanda penyakit buah pinggang). Jadi, anda harus mengikuti nasihat doktor jika anda diperlukan untuk menghadkan pengambilan cecair dan merancang pengambilan cecair harian anda.

# 4. Makan ubat-ubatan anda
Doktor anda mungkin akan memberi ubat-ubat yang tertentu sebagai tambahan kepada aturan diet anda. Ubat-ubatan ini akan membantu mengurangkan tekanan darah tinggi anda, meningkatkan kandungan kalsium dalam darah atau membantu keadaan-keadaan lain yang berkaitan dengan penyakit kegagalan buah pinggang. Anda haruslah sentiasa tekun untuk memakan ubat-ubatan anda.

Peringkat akhir kerosakan buah pinggang haruslah dielakkan selagi boleh. Anda boleh mengelakkannya dengan mengawal penyakit diabetes dan penyakit buah pinggang anda secara serentak dan teliti. Dengan mengikuti segala nasihat yang diberikan oleh doktor, anda mempunyai peluang yang baik untuk mengelakkan buah pinggang anda dari menjadi bertambah teruk.

Walaupun anda sudah mengalami peringkat akhir kerosakan buah pinggang dan sedang menjalani rawatan dialisis (rawatan perubatan yang menggunakan mesin dialisis untuk mengeluarkan bahan buangan dan cecair yang berlebihan dalam badan terus daripada darah bagi mereka yang kegagalan buah pinggang), anda masih boleh mengawal penyakit menerusi penjagaan diet, mengawal pengambilan cecair dan mengambil ubat-ubatan yang dipreskripsikan oleh doktor. Ini adalah kerana proses dialisis masih tidak dapat mengeluarkan kesemua bahan buangan dari badan anda. Walau bagaimanapun, keperluan diet, kawalan pengambilan cecair dan ubat-ubatan mungkin perlu sentiasa diteliti dan diubahsuai. Doktor anda akan dapat menasihati anda berasaskan keadaan semasa anda.

SATU PESANAN
Walaupun menghidap diabetes, anda masih boleh menjalani hidup yang bermakna melalui penjagaan yang betul. Ada lagi berita baik: anda mempunyai kuasa penuh untuk mengelak atau mengawal penyakit buah pinggang disebabkan diabetes anda menjadi lebih teruk. Ambillah langkah positif ini untuk memulakan hidup yang sihat. Janganlah tunggu sehingga ianya menjadi sudah terlambat.

Program "Menangani Wabak Diabetes" ini disokong dengan geran pendidikan tanpa syarat sumbangan, program Taj Mahal 'Rice For Life', OneTouch Centre oleh Lifescan (syarikat Johnson & Johnson), Pharmaniaga Berhad, Glucerna SR oleh Abbott, Gardenia Breakthru' dan All Eights. Untuk pertanyaan, sila hubungi Talian: (03) 7876 1676/7876 1677.

Khamis, 2 Disember 2010

8 Pembohongan Ibu Kepadaku

Memang sukar untuk org lain percaya, tapi itulah yang berlaku, ibu saya memang seorang pembohong!
Sepanjang ingatan saya, sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya.
Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk menjadi renungan dan panduan anda semua.
Ambillah iktibar daripadanya dan hayatilah sebaiknya kerana itulah ibuku!

01.PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA - Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga yang miskin.

Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan.
Ada kalanya selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan seekor ikan masin dikongsi 1 keluarga.
Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi mak cepat memujuk.
Ketika makan, mak sering memberikan bahagian nasinya untuk saya.
Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, mak berkata: "Makanlah nak, mak tak lapar.".

02.PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA - Ketika saya mulai besar, mak yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah.
Mak berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk pembesaran kami adik-beradik.
Pulang memancing, mak memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera.
Sewaktu saya memakan gulai ikan itu, mak duduk di samping kami dan memakan sisa daging ikan yang menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi.
Saya sedih melihat mak seperti itu.
Hati saya tersentuh, lalu dengan menggunakan sudu, saya memberikan ikan itu kepada mak. Tetapi mak dengan cepat menolaknya. Mak berkata: "Makanlah nak, mak tak suka makan ikan."

03.PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA - Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Mak pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya, abang dan kakak.
Suatu dinihari, lebih kurang 1.30 pagi, saya terjaga dari tidur.
Saya melihat mak sedang membuat kuih bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya lihat kepala mak terhangguk kerana terlalu mengantuk.
Saya berkata: "Mak, tidurlah, esok pagi mak kena pergi kebun pula." Mak tersenyum dan berkata: "Cepatlah tidur nak, mak belum mengantuk lagi."

04.PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT - Di hujung musim persekolahan, mak meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting.
Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, mak terus sabar menunggu saya di luar dewan.
Mak sering kali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Ilahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.
Ketika lonceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, mak dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya.
Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang mak yang jauh lebih kental.
Melihat tubuh mak yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu untuk mak dan menyuruhnya minum.
Tapi mak cepat-cepat menolaknya dan berkata: "Minumlah nak, mak tak haus."

05.PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA - Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas adik saya baru beberapa bulan dilahirkan, maklah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga.
Mak bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan berjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.
Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah.
Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang membantu mak.
Anehnya, mak menolak bantuan itu.
Jiran-jiran sering menasihati mak supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga mak dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga.
Tetapi mak yang memang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka.
Mak berkata: "Saya tidak perlukan cinta, saya tidak perlukan lelaki."

06.PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM - Setelah kakak dan abang habis belajar dan mulai bekerja, mak sudah pun tua.
Kakak dan abang menyuruh mak supaya berehat saja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit, tetapi mak tidak mahu.
Mak rela pergi pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi kekperluan hidupnya.
Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan mak, pun begitu mak tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut.
Malahan mak mengirim balik wang itu, dan mak berkata: "Jangan susah-susah, mak ada duit."

07.PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH - Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara.
Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar.
Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang, kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya, juga di luar negara.
Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa mak untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara.
Pada pandangan saya, mak sudah puas bersusah payah untuk kami.
Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini mak habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.
Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya.
Mak tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata: "Tak payahlah, mak tak biasa tinggal di negara orang."

08.PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN - Beberapa tahun berlalu, mak semakin tua. Suatu malam saya menerima berita mak diserang penyakit kanser.
Mak mesti dibedah secepat mungkin. Saya menjenguk ibunda tercinta.
Saya melihat mak terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan.
Mak yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan.
Mak menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpakas menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.
Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga mak menjadi terlalu lemah dan kurus.
Saya menatap wajah mak sambil berlinangan air mata.
Saya cium tangan mak, kemudian saya kucup pula pipi dan dahinya.
Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat mak dalam keadaan seperti ini.
Tetapi mak tetap tersenyum dan berkata-kata: "Jangan menangis nak, mak tak sakit."
Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.
Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya.
Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata: MAK, SAYA SAYANGKAN MAK!
Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun mengasihi mak lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga mak, sampailah saat mak menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Mak, maafkan saya. SAYA SAYANGKAN MAK...!!!

Cukur bulu kening

Cukur bulu kening



SAYA mempunyai bulu kening yang lebat dan hampir bercantum. Saya pernah diberitahu, bulu kening yang bercantum di tengah-tengah boleh dicukur kerana ia menyerupai syaitan tetapi saya tidak pasti mengenainya.

Saya tahu mencukur bulu kening adalah berdosa di sisi Islam kerana cuba mengubah ciptaan Allah.


SITI ZUBAIDAH
Johor Bahru, Johor
Merapikan bulu kening yang bercantum tidak menjadi kesalahan, bahkan sewajarnya dilakukan kerana sifat asal kening tidaklah bercantum. Seorang wanita wajib menjaga penampilannya kerana Allah bersifat cantik dan suka pada yang cantik.



Perbuatan merapikan tidak termasuk dalam mengubah ciptaan Allah kerana tafsiran mengubah ciptaan ialah menukar asal kejadian manusia seperti menukar jantina.
-fatwa by-Marshitah ibrahim.
====================================================

HUKUM MENCABUT ALIS, RAMBUT PALSU DAN TATO
Oleh : Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin


Menghilangkan bulu alis (termasuk menggunakan rambut palsu dan tatoo) termasuk salah satu dosa besar, kerana Rasulullah ShallallaHu ‘alaiHi wa sallam bersabda,

“La’anallaHul waashilata wal mustawshilata wannaamishata wal mutanammishata wal waasyimata wal mustawsyimah” yang ertinya “Allah melaknat wanita yang memasang dan dipasang rambut palsu, wanita yang mencukur bulu alis dan dicukurkan bulu alis dan wanita yang dibuat tatoo dan dibuatkan tatoo” (HR. Bukhari no. 5937 dan Muslim no. 2124)


Oleh kerana itu hendaklah setiap orang lelaki (hadits tersebut juga berlaku untuk lelaki) mahupun wanita berusaha menjauhi perbuatan tersebut.

Maraji’
Disarikan dari Buku Fatwa – fatwa Terkini 3, Darul Haq, Jakarta, Cetakan Pertama, September 2004, hal 9-11
===============================================
Hukum Cukur Bulu Kening

Bersama Mohd. Farid Ravi Abdullah
Pensyarah Jabatan Al-Quran dan Sunnah,
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

SOALAN:
Adakah berdosa sekira seorang wanita membersihkan bulu kening dengan mencabut bulu kening yang bertaburan di atas kelopak mata?. Dalam perkara ini wanita itu tidak mencabut bulu kening sehingga cuma tinggal segarisan sahaja atau langsung hilang keningnya.

Ia cuma untuk mencabut bulu kening yang bertaburan di atas kelopak mata bagi nampak kemas.

JAWAPAN:
Tidak berdosa sekiranya untuk memperbetulkan atau mengelokkan dengan membuang atau mencabut bulu yang bertaburan di atas kelopak mata. Ini akan saya jelaskan pada perbincangan dalil-dalil yang berkaitan dengan persoalan ini.

Sebelum berbincang lebih jauh elok kalau kita lihat dulu asas kepada perkara ini. Wanita dalam bahasa arab di sebut dengan perkataan al-Mar'ah yang bermaksud suatu yang dipandang atau dilihat.

Kecantikan seseorang itu bermula dengan wajahnya. Sebab itulah kaum wanita amat mengambil berat mengenai kecantikan, terutamanya kecantikan wajah kerana wajah yang pertama dipandang orang apabila berjumpa. Oleh itu, ramai di kalangan wanita sanggup membelanjakan wang beribu ringgit untuk tujuan mencantikkan wajah.

Salah satu bahagian yang menjadi tumpuan pengubahsuaian bagi kaum hawa ini ialah kening. Sehingga persoalan kening begitu mendapat perhatian dalam Islam, terutamanya melalui hadis-hadis Rasulullah SAW.

Tidak dinafikan bahawa ada di kalangan kaum wanita yang keningnya bermasalah dari segi lebat atau nipisnya atau bulu kening bersambung antara kening kanan dan kiri.

Setiap manusia mahu dia tampil secara sempurna dan tidak menyakitkan mata orang yang memandang, apatah lagi menjadi perhatian sehingga membawa kepada suara-suara sumbang yang memperkatakan bulu keningnya.

Kaum wanita memang cerewet mengenai kecantikan wajah, dan tidak mahu wajahnya mempunyai cacat cela. Untuk mengatasi sebarang kekurangan kaum hawa ini akan berusaha untuk memperbaikinya. Sehingga kadang-kala mengenepikan tuntutan agama demi kepuasan diri sendiri tanpa mempedulikan apa kata agama dalam persoalan mencukur dan membentuk kening yang tajam, atau dicukur kening yang asal kemudian diganti dengan kening yang dilukis dengan pencil celak.

Di dalam kitab kitab-kitab hadis ada empat hadis yang membawa makna yang sama pada asasnya, namun setiap nas ada perincian yang membolehkan penghasilan hukum dalam persoalan yang dibincangkan.

Perkara ini membabitkan satu riwayat berkaitan dengan riwayat Imam Al-Tabari, bahawa isteri Abu Ishaq pergi ke rumah Aisyah Ummul-Mukminin, isteri Rasulullah SAW. Pada waktu itu rupa parasnya sangat jelita. Beliau lalu bertanya kepada Aisyah r.a mengenai hukum seorang wanita yang membuang bulu-bulu yang terdapat di dahinya untuk tujuan menambat hati suaminya.

Aisyah r.a menjawab: "Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu". Imam Nawawi berpendapat sesungguhnya jawapan Aisyah kepada wanita itu membawa maksud wanita boleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk menghilangkan kejelekan seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik.

Jelas di sini adanya keharusan untuk mengelokkan wajah dengan membersihkan wajah daripada bulu-bulu yang tumbuh di kawasan kelopak mata atau di kawasan yang tidak sewajarnya.

Ini kerana wanita yang normal pastinya kening berbulu tetapi sudah tidak normal kalau dahinya atau kelopak matanya yang berbulu.

Daripada Abdullah bin Masud, daripada Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah. (riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud)

Ibn Hajar pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu di muka dengan alat pencabut.

Pendapat ini perlu kepada perincian kerana lafaz dalam pandangan ini ialah mencabut bulu. Mengikut biologi kejadian manusia satu-satu kawasan yang ditumbuhi bulu di wajah wanita ialah kening. Jadi lafaz mencabut bulu di wajah maksudnya kening, ini kerana kening adalah sebahagian daripada wajah, bukannya wajah sebahagian daripada kening.

Kalau difahami secara zahir pastinya apa-apa sahaja yang tumbuh di wajah wanita tidak boleh dicabut, termasuklah kalau ada bulu yang tumbuh di pipi, di dagu, atau tumbuh misai kerana semua ini tumbuh di wajah.

Sehingga keharusan diberikan kepada mereka yang mempunyai bulu kening yang panjang atau lebat untuk dipendekkan dan dikemaskan. Perbuatan yang ditegah dan dihukum haram adalah ke atas mereka yang mencukur habis bulu kening kemudian melukisnya dengan pencil celak. Maka golongan ini sebenarnya yang dimaksudkan oleh hadis-hadis Rasulullah SAW yang dianggap sebagai kaum yang mengubah ciptaan Allah SWT.
Posted by Awwa

8 Tips to Take Control of Your Weight

Anyone who is overweight will testify that losing weight is not as easy as it seems. The people that are lean, or have gone from fat to skinny will say it’s just a matter of motivation and elbow grease. Although it is not as simple as that. Our environments have waged war on us. Their weapons are sedentary lives and Trans fats of mass destruction. All is not lost though, here are some quick simple tips to get ahead!



1. Substitute Water

Our bodies are about 65-70% water. It follows that water would be not only essential, but the best possibly choice of liquids to ingest. In fact, our bodies will sometimes simulate a hunger response, when in reality the body is craving hydration. When hungry, drink a glass or two of water to check if it suppresses your hunger.

2. Chew Your Food

Chewing our food very slowly and deliberately has several benefits that are often overlooked. It gives us the ability to relax, and enjoy our meal. Slow chewing is the first, and highly important, step in a complex system of digestion. Besides, if we eat slowly, we might feel full before finishing the whole meal, and can leave the rest for the next meal.

3. Exercise daily

How silly of me to include something as obvious as exercise. I did a 30 day trial with waking up, and walking for 30 minutes first thing in the morning. My journal records that I was feeling amazing during the period of time that I was following this habit.

4. Publicize your intentions

Start a blog, join a forum, and have other people keep you accountable to help. Tell other people your plan, it would help you get the motivation to go with it!

5. Create a food schedule

Plan your day so that you’re eating at approximately the same time each day. This scheduling will incorporate itself into your circadian rhythm, and aid in digestion.

6. Do not over eat

Know your limit and stop eating when you are full. I have often been a victim of wanting to finish a meal so that it doesn’t go to waste. This has left me with many a stomach ache. Next time, doggy bag it for later, and don’t hurt yourself!

7.Choose your snacks wisely

Put down the Lays® and cheese puffs. Pick up the apple and baby carrots. Make the right decision, I know you can do it.

8.Lifestyle.

Remember, it’s not about special diets, or special exercise programs. The real secret is in turning your health into a lifestyle, and focusing on this healthy lifestyle with every choice you make.

Lihat sayang tidur

Pernahkah anda menatap orang-orang yang anda sayang saat mereka sedang tidur?

Kalau belum, cubalah sekali saja menatap mereka saat sedang tidur.

Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang.

Seorang artis yang ketika di panggung begitu cantik dan gemerlap pun akan tampak polos dan jauh berbeza jika ia sedang tidur.

Orang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tak akan tampak wajah bengisnya.

Perhatikanlah ayah anda saat beliau sedang tidur.

Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya.

Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya.

Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.

Sekarang, beralihlah...

Lihatlah ibu anda...

Hmm...kulitnya mulai kereput dan tangan yang dulu halus membelai-belai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana menempuhi kehidupan yang mencabar demi kita.

Orang inilah yang tiap hari menguruskan keperluan kita.

Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan membebeli kita semata-mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.

Cubalah menatap wajah orang-orang yang kita cintai..sayangi itu...

Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat, Semuanya...

Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya.

Rasakanlah energi cinta yang mengalir perlahan-lahan saat menatap wajah mereka yang terlelap itu.

Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan anda.

Pengorbanan yang kadang-kadang tertutupi oleh salah faham kecil yang entah kenapa selalu saja nampak besar.

Secara ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu akan tampak lagi melalui wajah-wajah jujur mereka saat sedang tidur.

Pengorbanan yang kadang melelahkan serta memenatkan mereka namun enggan mereka ungkapkan.

Dan ekspresi wajah ketika tidur pun membantu untuk mengungkap segalanya.

Tanpa kata, tanpa suara dia berkata... "betapa lelahnya..penatnya aku hari ini".

Dan penyebab lelah dan penat itu?

Untuk siapa dia berpenat lelah?

Tak lain adalah utk KITA.....

Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang bekerja keras mengurus dan mendidik anak, juga rumah.

Kakak, adik, anak, dan sahabat yang telah menemani hari-hari suka dan duka bersama kita.

Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka.

Rasakanlah betapa kebahagiaan dan rasa terharu seketika menerpa jika mengingat itu semua.

Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok mereka "orang-orang terkasih itu" tak lagi membuka matanya, untuk selamanya ... "

Alam Mahsyar


Tazkirah di bawah ditulis oleh Saudara Rosli Hanip yang merupakan detik-detik penting semasa Hari Kiamat dan Alam Akhirat. Mungkin korang dah tau benda ni sebab Ustaz dah bercerita berulang-ulang kali, namun aku teringat dalam sebuah ceramah agama yang menyatakan ilmu agama sepatutnya dicerita berulang kali supaya kita tidak lupa dan iman kita yang sentiasa goyah dengan hal-hal keduniaan dapat direfresh kembali. Jika ada sebarang kesilapan harap ditegur.

ALAM MAHSYAR
1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”. Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.


3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta’ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu kolam ( حوض ) kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

1. Pemimpin yang adil.
2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.
4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta’ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta’ala. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

15. ‘Arasy ( عرش ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

16. Kursi ( كرسي ) iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

26. Syafaat Nabi Muhammad s.a.w. di akhirat :
a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta’ala.
27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani.