Al-Quran

Listen to Quran

Khamis, 21 Oktober 2010

Petua

Cara buang lendir pada ubi keladi
Caranya, kupas ubi keladi dan potonglah mengikut keperluan masakan. Sediakan bekas yang berisi air yang telah dicampurkan dengan satu sudu teh kapur (makan) sirih. Masukkan ubi keladi berkenaan dan basuhlah sehingga lendir-lendir berkurangan. Toskan dan bilas denga air bersih.

Kurangkan pedas cili
Sebelum cili hijau, cili padi atau cili merah dimasak gulai, bukan sahaja tampuknya perlu dibuang tetapi bahagian hujung cili juga harus dibuang jika hendak mengurangkan rasa pedas apabila dimakan

Pilih durian yang bagus
Durian memang terkenal dengan gelaran sebagai raja buah kerana rasanya yang enak. Walaubagaimanapun, kita pasti berdepan dengan masalah untuk memilih durian yang masak dan sedap. Untuk mengatasi masalah ini, anda perlu memilih durian yang mempunyai dui tajam dan jarang. Selain itu, jika tangkai durian yang dihiris berwarna kuning, ini menandakan isinya masak. Sebaliknya elakkan memilih tangkai berwarna putih kerana isinya belum masak malah ada kalanya busuk.

Buang hamis pada daging kambing
Setelah dihiris daging itu, lumurkan dengan sedikit tepung gandum dan biar selama 20 min. Bersihkan kemudian lumurkan pula dengan jus limau nipis atau lemon biar rata (tidak perlu terlalu banyak). Biar 30 min kemudian bersihkan dan sejatkan hingga daging betul-betul kering. Anda boleh juga masukkan 2-3 helai daun pandan di dalam masakan untuk menambahkan bau harum .

Nasi putih cantik berseri
Sesetengah beras apabila dimasak menjadi perang dan kelihatan kurang menyelerakan.Bagi mengelakkannya, masukkan sesudu kecil perahan limau nipis bagi setiap satu pot beras yang dimasak. Nasi akan menjadi lebih putih malah lebih enak.