Al-Quran

Listen to Quran

Selasa, 19 Oktober 2010

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah
>
>
> Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini
> ada
> beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi
> Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.
>
>
> 1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu
> kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah
> jadikan hatiku bersih"
>
>
> 2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum
> tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping
> dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan
> mencetuskan semua perkara kebaikan.
>
>
> 3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci
> hati dan menenangkan minda.
>
>
> 4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan
> jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah
> "Qulhu-allah" sebanyak 3X.
>
>
> 5. Berma'af-ma' afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf
> perlu sebutkan.
>
>
> 6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali
> mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.
> katakan lah "Aku sebenarnya.. ....(perkara yang elok-elok belaka)
>
>
> 7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum
> tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku,
> cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif,
> positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat
> dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).
>
>
> 8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan
> perkara-perkara kejahatan.
>
>
> 9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu
> kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).
>
>
> 10. Kekalkan wuduk.
>
>
> 11. Bersedekah.
>
>
> 12. Belanja orang makan.
>
>
> 13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.
>
>
> 14. Berkawan dengan ulama.
>
>
> 15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi) .
>
>
> 16. Pesan pada orang, jadi baik.
>
>
> 17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb) , jangan dengar
> orang mengumpat.
>
>
> "sampaikanlah pesanan ini walaupun 1"
>