Al-Quran

Listen to Quran

Khamis, 21 Oktober 2010

Meletup

1) Ikan paus 50 tan meletup



Seekor ikan paus yg ditangkap utk tujuan penyelidikan
tiba-tiba meletup di sebuah jalan di Taiwan
pada tahun 2004 mengejutkan pejalan kaki dan orang sekeliling
yg berada berdekatan. Ikan paus sperma yg mati di pantai
itu dibawa ke Tainan, meletup disebabkan pengumpulan
gas yg terbentuk di dalam badan ikan paus terbabit,
Tekanan yg kuat menyebabkan ianya meletup tiba-tiba.


2) Rokok meletup



Kejadian ini berlaku di Indonesia. Seorang lelaki
kehilangan 6 batang gigi dan mendapat 51 jahitan
di mulut selepas sebatang rokok yg dihisapnya meletup.
Andi Susanto yg berumur 31 mengatakan kejadian itu
berlaku apabila dia sedang menghisap sebatang rokok sambil
menunggang motosikal. Dia kemudiannya mendapat gantirugi
sebanyak USD535 kira RM2000 daripada syarikat pengeluar
rokok tersebut..Akibat kejadian itu, Andi berniat utk
berhenti merokok...agak- agaknya pe yg ada dalam rokok
andi tu? mercun?? moral of the story : jgn isap rokok sambil
bwk moto, isap mender lain xper..hehe

3)Ipod Meletup




Pemilik ipod ini, Ken Stanborough, 47 mengatakan ipod
yg dipakainya mengeluarkan bunyi pelik dan berasa semakin
panas. Kemudian mengeluarkan asap, dgn sepantas kilatnya dia
melontar ipod itu, tak sampai 30 saat ipod tu meletup dgn
mengeluarkan bunyi 'pop', huhu, cam ujian oksigen ngan CO2
masa zaman sekolah menengah lak ada bunyi 'pop-pop' nih..


4) Laptop meletup semasa persidangan



Semasa mengadakan satu persidangan di Jepun, sebuah laptop jenama
Dell tiba2 je meletup. Nasib baik la pemilik laptop tu
xda depan laptopnya semasa kejadian tu berlaku, kalo x
ilang la mukanya yg ensem tu..


5) Jamban Meletup



Camner la jamban pun leh meletup?? kejadian ni berlaku kepada
John Jenkins, 53 menggunakan jamban nih, sebaik je dia
menyalakan rokoknya, lobang tandas tu meletup..isk3, bahaya tol..
Akibat kejadian ni, mamat nih menyaman sebuah syarikat arang dan
kontraktor tempatan atas tuduhan cuai. Saman itu menyatakan
muka, leher, lengan dan kaki Jenkins mengalami lecur selepas
rokok yg dinyalakan oleh Jenkins membuatkan gas metana yg
bocor di bawah jamban ini berapi dan meletup..hoho


6)Kerusi pejabat pun meletup gak



Camner la kerusi meletup, mengikut sumber2 yg diceritakan,
kerusi ni meletup disebabkan silinder gas yg berada
di bawah kerusi tu, silinder gas tu digunakan utk memudahkan
kerusi tu naik turun. Apabila silinder tu dalam tekanan tinggi,
ianya boleh meletup! Menurut ceritanya, itu yg berlaku..tapi
xtau la kot2 ada org letak bahan letupan bawah tu..kejadian
ni menyebabkan seorang budak lelaki 14 thn maut dimana
besi yg tercabut akibat letupan itu mengenai rektum bdak tu
menyebabkan dia mati serta merta..pergh, sula cara moden


7) Chewing gun meletup



ni lagi satu citer x masuk akal, Seorang pelajar yg
berusia 25 tahun, Vladimir Likhonos, mati di rumah ibu bapanya
selepas sedara maranya mendengar satu bunyi 'pop'
yg kuat. Selepas ditemui, sedara maranya terkejut menjumpai
Vladimir mengalami luka yg teruk di rahang. Menurut pihak forensik,
Vladimir telah memakan chewing gun yg mengandungi satu
bahan kimia yg tidak dikenali.

8) Telefon bimbit meletup



ni salah satu kejadian yg biasa kita dgr, kat Malaysia pun
aku penah dgr cerita2 telepon meletop nih, bagaimanapun citer ni
berlaku kat China. Seorang lelaki mati selepas henfon nya meletop.
Mengikut cerita, selepas dia masukkan bateri yg baru dicas ke
dalam henfonnya, dan dia letak kat poket, henfon dia tros
meletop. Dia mati disebabkan luka teruk di leher dan
arteri utama.

9) Deoderan meletup, remaja cedera



Seorang remaja cedera selepas dia baru je men'deoderan' kan
dirinya di dalam tandas rumahnya di Santiago. Dia
mengalami luka lecur di bahagian mukanya dan dikejarkan ke spital
utk rawatan lanjut. Letupan tu mengakibatkan bumbung dan
tingkap tandas pecah..fuhh, bahaya ni

10) Mesin basuh meletup




Kejadian ni berlaku apabila sorang mamat ni yg
bernama Glenn Johnson meletak gasolin ke dalam
mesin basuhnya utk menghilangkan kesan gris pada bajunya.
Menurutnya lagi, dia dah 25 thn mengpraktiskan cara tersebut
utk menghilangkan gris pada pakaiannya. Dia letak detergen, air
dan sedikit gasolin utk tujuan tersebut. Katanya ayah dia yg ajar...
tapi dia mengaku dia dah terlebih letak gasolin menyebabkan
ada gas2 gasolin yg terbebas keluar dari mesin basuh tu yg mungkin
menyebabkan letupan terjadi....