Al-Quran

Listen to Quran

Selasa, 19 Oktober 2010

Kalau nak sihat, elakkan makan krimer (non dairy creamer

Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun
akhir.
Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya.
Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan
oleh saya sebagai seorang penasihat akademiknya.
Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan.

Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad
menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah
dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya.
Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat dikenalpasati:

Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba
jantung / dada berdebar dengan laju.

1. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh
2. Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.
3. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun
mencungap.
4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau
kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.
5. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang
namun
kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu kali
serangan dalam setiap 2/3 hari.
6. Tapak tangannya.semakin basah.

Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat
permakanannya. Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun memberikan
penjelasan "Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau sudah
bermasalah. Punca masalah engkau ini adalah kerana engkau kerap meminum
Nescafe 3 in one. Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang
manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat merosak jantung.
Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit
(non dairy creamer)"

Selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara berikut untuk
merawat jantungnya:

1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan
sama
sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy
creamer)
2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer
3.Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimer yang tinggi 4. Elakkan
susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu.
5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine
6.Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala
yang
sewaktu dengannya
7. Elakkan mandi selepas makan
8. Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira
10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa
membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini
dan amalkan amalan ini setiap hari.
9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang
sudah siap diproses atas nama habbatussauda 10. Amalkan makan sayuran pahit
seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya.
11. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana
mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini
kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.

Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah lama
bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.

Sekian wassalam wallahuaqlam