Al-Quran

Listen to Quran

Ahad, 24 Oktober 2010

Harus pakai gelang perubatan

APAKAH hukum seorang lelaki memakai gelang atau rantai bukan emas seperti perak, tembaga, batu jed (zamrud) yang kononnya untuk tujuan perubatan kerana perkara ini telah menjadi satu trend masa ini.

JAWAPAN:

Harus bagi lelaki memakai gelang atau rantai bukan daripada emas yang bertujuan untuk perubatan setelah mendapat nasihat daripada doktor pakar perubatan Islam. Asalkan ia tidak memudaratkan kesihatan individu berkenaan.

Sah solat guna pewarna rambut halal

SAYA ada kemusykilan sedikit. Kalau seseorang itu mewarnakan rambut, apa hukumnya? Boleh ke dia mandi wajib dan solat dengan yakin tetapi rambutnya masih berwarna? Cukupkah sekadar yakin sahaja?

JAWAPAN:

Mewarnakan rambut untuk tujuan kecantikan dan menunjuk-nunjuk kepada orang lain adalah haram. Dalam keadaan tertentu seperti beruban belum tiba masanya, dibolehkan menggunakan pewarna hitam bagi menutup keaiban.

Oleh itu, berkenaan dengan mandi wajib, sekiranya pewarna rambut yang digunakan itu mempunyai logo halal Jakim, ia dijamin suci, telap air (boleh dibawa berwuduk) dan boleh dibawa ketika solat. Maka, mandi wajib sah jika menggunakan pewarna yang mempunyai ciri-ciri yang disebutkan itu.

Seelok-eloknya gunakanlah barangan yang ada tanda halal Jakim/Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) atau barangan yang tidak mendatangkan keraguan agar dapat menghindarkan perasaan syak atau ragu.

Tidak batal wuduk tersentuh wanita haid

ADAKAH batal wuduk seseorang wanita apabila bersentuhan dengan wanita yang sedang didatangi haid?

JAWAPAN:

Tidak batal air wuduk seorang wanita bersentuhan dengan wanita yang kedatangan haid.

Bayar hutang pada waris atau Baitulmal

SAYA ingin menyatakan kemusykilan tentang hutang dari segi Islam. Apa hukumnya dan bagaimanakah cara untuk melangsaikan hutang sekiranya orang yang memberi hutang tidak dapat dicari?

JAWAPAN:

Dari sudut pandangan Islam setiap orang yang berhutang wajib melunaskan hutang piutangnya.

Sekiranya orang yang memberi hutang tidak dapat dicari, anda dinasihatkan supaya mencari waris terdekat kepada pemiutang dan sekiranya tidak dijumpai, hendaklah diserahkan kepada Baitulmal yang berdekatan.