Al-Quran

Listen to Quran

Selasa, 19 Oktober 2010

Fakta kesihatan

USAP RAMBUT PUNCA RAMBUT GUGUR
Tahukah anda?
Mengusap rambut dengan tapak tangan punca rambut gugur. Ini disebabkan terdapat banyak kotoran di tapak tangan melekat ke rambut dan kulit kepala yang akan melemahkan akar umbi rambut sehingga menggugurkan rambut.


PENTINGNYA SARAPAN
Sarapan penting untuk kecergasan fikiran seseorang.Kajian ke atas pelajar Amerika membuktikan seramai 12 peratus pelajar yang tidak mengambil sarapan kurang tumpuan dalam akademik. Sarapan membekalkan zat makanan supaya otak boleh berfungsi dengan baik terutama bagi pelajar berusia 9 hingga 11 tahun.


CEGAH KAVITI PADA GIGI
50% hingga 60% kanak-kanak yang minum air mengandungi florida mempunyai gigi yang sihat kerana florida dibekalkan ke dalam dan permukaan gigi disamping mencegah kaviti. Penggunaan ubat gigi dan cecair kumur mulut yang mengandungi florida juga mencegah serangan kaviti terhadap gigi.

LEMBUTKAN KULIT TANGAN
Ambil sedikit tepung jagung dan dicampurkan ke dalam air suam. Kemudian,setelah anda selesai membuat semua kerja-kerja rumah yang berasaskan air,rendamkan tangan anda di dalam air tadi selama 5 minit.Cubalah selalu dan anda akan lihat hasilnya..

MENEGANG DAN HALUSKAN KULIT MUKA
Bagi wanita yang inginkan kulit muka yang cantik dan halus,caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu mengambil bedak sejuk dan putih telur. Campurkan kedua-dua bahan tersebut dan kacau sehingga sebati. Sapukan pada kulit wajah setiap malam sebelum tidur. Selamat mencuba..