Al-Quran

Listen to Quran

Rabu, 26 September 2012

Warna Kehidupan Jangan Dikeluhkan

 Alhamdulillah, indah dan uniknya ciptaan Allah. Penuh dengan keperlbagaian dan variasi yang tersendiri. Pada setiap kejadian ada perbezaan dan persamaan yang tidak sama. Walaupun seakan kelihatan sama, namun tetap berbeza. Seperti seorang lelaki dengan lelaki yang lain.

Walau kejadiannya adalah sama, namun setiap lelaki tidak sama. Ada perbezaannya. Demikianlah juga perempuan dan seluruh makhluk yang diciptakanNya. Hatta pasangan kembar seiras juga tetap ada perbezaannya walaupun kelihatan sama.

Unik kan? Subhanallah... Agung sungguh ciptaan Allah.

Cuba kita renungkan... seorang pereka fesyen, pereka grafik.. pada satu saat akan terasa berat memikirkan idea dan ilham mencari design-design yang terbaru. Kadang-kadang seakan mati akal mencari design yang pelbagai. Tidak mahu design yang sedang disiapkankan mempunyai kriteria yang sama dengan design yang terdahulu. Namun, Allah walau ciptaanNya tidak dapat dihitung lagi, tidak ada satu pun yang sama ciptaannya.


Buktinya, lihat sahaja ibu jari kita. Berjuta, berbilion manusia tidak ada seorang pun yang memiliki garis ibu jari yang serupa. Begitu jugalah Allah ciptakan manusia ini pelbagai ragam. Pelbagai sifat.. Pelbagai perangai..

.MasyaAllah, ajaibnya ciptaan Allah... Penuh dengan warna-warni dalam penciptaanNya.

Kehidupan dan Ujian

Kenapa perlu kita keluhkan..

''Aih... aku tak suka lah cam ni...aku tak suka lah dia tuh... dia tak buat macam ni''

"Aku geram lah dengan dia ni... Pinjam barang tak bagitahu dulu. Lepas tu jadikan hak milik pula"

Kenapa kita marah orang sesuka hati

'' Kau ni kenapa lambat sangat nak faham... kenapa kau macam ni..?''

" Engkau pergi mana tadi? Tahu tak aku dah lama tunggu kat sini?"

Mungkin kita pernah terlepas kata. Mengeluh dan memarahi tanpa usul periksa. Waktu itu, apa yang kita fikir hanya tentang diri kita sahaja. Kita utamakan perasaan kita. Lantas kita luahkan ketidak puasan hati kita. Kita mengeluh. Marah dan berlalu dengan muka masam mencuka.

Kenapa tidak kita nasihati jika sahabat itu melakukan kesalahan? Mengapa tidak kita tanamkan redha pada setiap ujian yang Allah berikan untuk kita? Bukankah setiap apa yang mendatang itu adalah ujian buat kita. Sama ada ujian itu berbentuk nikmat, apatah lagi berbentuk perkara yang tidak kita sukai dan senangi. Mengapa kita tidak muhasabah diri dulu sebelum memuhasabah, memarahi orang di hadapan kita?

Kita terlupa, saat itu sebenarnya Allah menguji keimanan kita. Kesabaran kita. Demikianlah kehidupan dan ujian yang hadir dalam hidup kita. Ujian juga adalah warna- warni yang mewarnai hidup kita. Dan warna warni inilah yang akan mencorakkan kehidupan kita. Jika kita mewarnakan kehidupan kita dengan warna gelap kehitaman, maka lakaran corak hidup kita tidak seindah yang di rasa. Begitu jugalah kehidupan kita, jika kita mewarnakan ia dengan pelbagai warna, maka kehidupan kita pasti menawan rasa.

Bukankah pelangi itu indahnya pada biasan warnanya yang pelbagai? Begitulah juga dengan kehidupan. Jika kehidupan itu diwarnakan dengan pelbagai warna, maka keindahan itulah yang dapat nikmati.



''Dengan Mengingati Allah Jiwa Akan Menjadi Tenang"'

Kadangkala kita terlepas pandang. Apabila ditimpa musibah, kita mendahulukan manusia dari Allah. Sedangkan musibah itu datangnya dari Allah. Maka, mengapa manusia yang perlu didahulukan. Adakah kita lupa tentangnya..???

Istighfarlah sahabat.. Kadang kala hadirnya musibah itu kerana berpunca dari diri kita sendiri. Musnahnya kehidupan flora dan fauna bukan dari sesiapa, tetapi puncanya dari tangan-tangan manusia. Banjir kilat, tanah runtuh, dan pelbagai lagi ujian alam yang menduga adalah kita pemulanya. Maka, jangan mengeluh jika musibah itu beralih arah kepada diri kita sendiri. Kerana itulah perlunya beristighfar, memohon keampunan kepada Tuhan agar diampunkan segala kekhilafan dan keterlanjuran diri.

Demikianlah jika ada sahabat-sahabat kita yang membuatkan kita tidak senang dengan sesuatu perkara. Jangan mengeluh dan marah sesuka hati. Mungkin saja ianya sebagai asbab diri kita sendiri. Sebelum kita menuding jari kepada orang di hadapan kita, dahulukanlah menuding jari ke arah diri sendiri.

Jangan juga dipinta seseorang mengikuti kehendak kita sedangkan tahap dirinya tidak tercapai. Tidak termampu olehnya. Mungkin ada sebab sesuatu yang kita tidak tahu mengapa dan kenapa demikian hal yang berlaku. Yang penting, mohonlah keampunan kepada Allah, dan pintalah moga Allah jauhkan kita dari sifat amarah. Sesungguhnya amarah itu adalah dari syaitan dan syaitan itu adalah dari api.

Ayuh muhasabah.. Jangan dikeluhkan ujian yang Allah berikan. Didiklah diri agar bersabar sentiasa dan hiasi hati itu dengan keindahan bersangka baik. Sesungguhnya itulah ciri-ciri mukmin yang membahagiakan dan menyenangkan orang lain.

Barangsiapa yang baik akhlaknya di dalam muamalatnya pasti akan dimuliakan oleh orang lain. InsyaAllah~



Warna-warni kehidupan

Wahai sahabat... Cuba kita renungkan bersama. Jika semua orang ragamnya adalah sama sahaja dengan kita.. Apakah akan terjadi dengan kehidupan kita...????

Bosan bukan? Tapi mengapa..??

Kerana tiadanya warna -warni (ujian) yang mewanai kehidupan kita. Kehidupan yang penuh dengan warna warni pasti indah seterusnya akan memberi keindahan dan kebaikan pada sekeping hati (iman). Iman itu jika tiada musibah atau ujian, maka sifatnya hanya mendatar dan mungkin saja akan menurun selayaknya. Namun, sekiranya iman itu dihadirkan dengan ujian dan cabaran, maka iman itu akan meningkat sesuai dengan tahap iman yang ada. Semakin iman itu mantap, maka semakin hebatlah pula ujian yang mewarnainya.

Yakinilah janji Allah bahawa setiap apa yang Dia rencanakan tetap punyai hikmahnya.

Maka, Usah dikeluhkan ujian pada sebuah kehidupan.

10 Permintaan Syaitan

10 PERMINTAAN SYAITAN.
Ceritanya Rasulullah sedang berbicara kepada iblis dan bertanya apa saja permintaan iblis yang sampai saat ini dikabulkan Allah SWT. Ada 10 permintaan iblis yang dikabulkan Allah .. Apa saja?

Nabi Muhammad : Berapa hal yang kau pinta dari Tuhanmu?
Syetan : 10 macam
Nabi muhammad : Apa saja?
Syaitan :

1. Aku minta agar Allah membiarkan aku berbagi dalam harta dan anak manusia, Allah mengizinkan.
Allah berfirman : “Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak. dan janjikanlah mereka”, tidaklah janji syaitan kecuali tipuan.” (QS Al-Isra :64)
Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari makanan haram dan yang bercampur dengan riba, aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah.

2. Aku minta agar Allah membiarkan aku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan isterinya tanpa berlindung dengan Allah, maka syaitan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaitan.

3. Aku minta agar boleh ikut bersama dengan orang yang menaiki kenderaan bukan untuk tujuan yang halal.

4. Aku minta agar Allah menjadikan kamar mandi sebagai rumahku.

5. Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai masjidku.

6. Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai Al Qur’anku.

7. Aku minta agar Allah menjadikan pemabuk sebagai teman tidurku.

8. Aku minta agar Allah memberikanku saudara, maka Ia jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku.
Allah swt berfirman, “Orang-orang boros adalah saudara-saudara syaitan.” (QS Al-Isra : 27).

9. Wahai Muhammad, aku minta agar Allah membuatku bisa melihat manusia sementara mereka tidak bisa melihatku.

10. Dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia.
Allah menjawab, “silakan”, dan aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat. Sebahagian besar manusia bersamaku di hari kiamat.”
Iblis berkata : “Wahai muhammad, aku tak bisa menyesatkan orang sedikitpun, aku hanya bisa membisikkan dan menggoda. Jika aku bisa menyesatkan, tak akan tersisa walau seorang pun…!!!
Sebagaimana dirimu, kamu tidak bisa memberikan hidayah sedikitpun, engkau hanya Rasul yang menyampaikan amanah. Jika kau bisa memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir pun di muka bumi ini. Kau hanya bisa menjadi penyebab untuk orang yang telah ditentukan sengsara hidupnya. Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak di perut ibunya. Dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya.”
Rasulullah SAW lalu membaca ayat :
“Mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah SWT” (QS Hud :118 – 119)
“Sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku” (QS Al-Ahzab : 38)
Iblis lalu berkata:
“Wahai Muhammad Rasulullah, takdir telah ditentukan dan pena takdir telah kering. Maha Suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para nabi dan rasul, pemimpin penduduk syurga, dan yang telah menjadikan aku pemimpin makhluk-makhluk celaka dan pemimpin penduduk neraka. Aku si celaka yang terusir, ini akhir yang ingin aku sampaikan kepadamu dan aku tak berbohong

16 Kegunaan Ubat Gigi Yang Kita Tidak Ketahui



Kegunaan ubat
gigi selain untuk menggosok gigi. Ini kerana ubat gigi selain dari memutih, mencerah, menghilangkan kotoran dan mengembalikan dan melindungi enamel. Artikel ini saya terima melalui email.

1. Mengurangkan rasa sakit sekaligus mengubati di sengat serangga dan menghindarkan dari terluka
2. Mengurangkan rasa sakit sementara apabila terbakar kecil dan melecur terkena api.
3. Mengecilkan jerawat. Letakkan satu titik kecil ubat gigi ke jerawat pada malam hari sebelum tidur. Mencucinya di pagi hari.
4. Mengilatkan kuku
5. Sebagai gel rambut apabila gel rambut anda habis.
6. Menghilang bau di tangan seperti bau bawang, hanyir ikan dan sebagainya.
7. Membuang dakwat pen di pakaian. Gosok kawasan yang terkena dakwat sebelum membilasnya dengan air dengan segera.
8. Untuk kasut kulit, ubat gigi juga boleh membersih malah mengilatkan kasut.
9. Membuang kesan krayon di dinding. Gosokkan kain basah dengan yang sudah diletak ubat gigi dengan lembut pada dinding.
10. Membuat perhiasan perak berkilau. Gosokkan ubat gigi ke perhiasan perak dan biarkan semalam. Lap bersih dengan kain yang lembut keesokan harinya.
11. Menghapuskan kesan calar pada DVD dan CD. Letakkan lapisan yang nipis ubat gigi ke disk dan gosok perlahan, kemudian bilas dengan air bersih.
12. Menghilangkan bau masam pada botol bayi. Ingat supaya membilasnya dengan sabun dan air sehingga bersih.
13. Henghilang kesan terbakar pada besi seperti sudu dan seterika.
14. Membersihkan cermin mata menyelam (google) supaya terang. Penyelam, perenang, dan para atlit mungkin sudah tahu tentang trick ini. Gosokkan setitik ubat gigi di kacamata kemudian bilas dengan rata.
15. Membersihkan Casing Monitor/Laptop. Letakkan ubat gigi dan dicampurkan dengan sedikit air kemudian gosok monitor/casing/laptop dengan perlahan-lahan dan berhati-hati. Kemudian lap semula dengan kain lembut dengan berhati-hati.
16. Untuk menampal dinding simen yang berlubang kerana kesan paku dan sebagainya.

Kenapa Kita Bawa Air Semasa Majlis Bacaan Yasin?

Kenapa Kita Bawa Air Semasa Majlis Bacaan Yasin?
Olahan Syafiq Ahadin pada 4/26/2012 12:15:00 PM
Views

Kenapa Kita Bawa Air Semasa Majlis Bacaan Yasin?

Salam. Tajuk tu memang time di PASUM lagi fikir mau tulis. Sebab ada sorang penceramah motivasi ni datang bagi ceramah kat budak-budak PASUM. Hari tu hari Khamis, macam biasa orang-orang kita biasanya akan mengadakan majlis bacaan Yasin dan Doa Selamat. Itu yang aku nampak la. Kat kampung buat, kat rumah buat, kat masjid buat. Kalau tak buat rasa macam salah pula sebab dah jadi macam adat.

Biasanya kalau majlis bacaan Yasin ni, tok imam yang mengetuai bacaan akan mengingatkan, kita perbetulkan niat bacaan kita. Kita baca Yasin ni bukan sebagai adat dan tradisi tapi memohon keredaan Allah. Huhu! :)

Kalau ikut betul lah kan, surah Yasin sepatutnya dibaca setiap malam, mengikut beberapa riwayat. Dan pada malam Jumaat pula, lebih disyorkan untuk membaca surah Al-Kahfi. Tapi aku pun tak buat. ==' Kalau aku salah, betulkan apa yang aku tulis. Kang nanti kena cop bagi ajaran sesat. Woha!

Okeh, itu lah kelemahan aku. Kalau nak tulis post, mesti pendahuluan panjang berjela-jela tapi tak kena mengena dengan tajuk langsung. Huhu! Ok, meh aku kupas kenapa kita perlu bawa air time majlis baca yasin. Kenapa mak kau suruh bawa air kalau nak baca yasin. Huhu!

Body Composition. Hehe!



Seperkara yang penting, komposisi badan kita terdiri daripada 70% kandungan air. Aku telah menggunakan perkataan Melayu. Komposisi. Teehee! :) So, berikutan dengan itu, apa yang kita minum akan menjadi darah daging kita, sama macam apa yang kita makan akan jadi darah daging kita. Pastikah apa yang kita ambil tu halalan toyyiban. Halal lagi baik.

Dan seperkara lagi, mungkin korang dah lebih expert, bahawa molekul air boleh berubah-ubah mengikut environment sekeliling. Ni part yang aku rasa best time ceramah hari tu.

Subhanallah! :)



Sorang Profesor dari Jepun, kalau tak silap nama dia Prof. Emoto. Kalau bukan Prof, Dr. Emoto. Haaa! Lantak laa gelaran dia, yang penting dia sorang Non-muslim, mengkaji pasal air. Beliau ada buat seminar time di UKM or UPM, aku kurang ingat, banyak sangat semut yang termakan. Woha!

Ni ke pula Dr. Masaru Emoto. Haha!



Dalam seminar tu, before tu, dia dah berjaya buktikan bahawa molekul air boleh berubah-ubah. So, time seminar tu, beliau telah membahagikan para peserta kepada dua kumpulan. Kumpulan A dan kumpulan B. Setiap orang dalam kumpulan tu kena bagi sebotol air mineral. Kumpulan A diberi tugasan untuk cakap benda-benda baik kat air tu manakala Kumpulan B diberi tugasan untuk cakap kat air tu, benda-benda yang kurang enak didengar halwa telinga (ceh ayat! Haha!)

Lepas beberapa lama, kumpulan A punya air kena imbas di bawah elektron mikroskop. Apa yang mengejutkan (woha!!!) adalah molekul air tu berubah menjadi sangat-sangat cantik. Aku pun tak dapat bayang, sebab tak nampak dengan mata sendiri. So, depa kena tanya, apa yang depa dok sebut kat air tu. So, diorang cakap benda-benda baik seperti Baik, bagus, pandai, syukur.

Kemudian, air dari Kumpulan B pula punya giliran untuk diimbas. Apabila dilihat di bawah mikroskop tu, sangat mengejutkan juga, sebab molekul air tu berubah menjadi sangat-sangat hodoh. Oh, I couldn't imagine that. Tapi just bayangkan lah macam air longkang hitam yang bertakung tu kat belakang rumah korang. Woha! So, kena tanya lah, apa yang depa dok sebut kat air tu. Diorang sebut perkara-perkara yang sangat teruk. Seperti kata-kata makian seharian. Babi, Sial, Bodoh, Bangang, Bongok, Brengsek, Gila, Butu pak hang, kima, kitai dan sebagainya. Wah! Kalau perkataan buruk dan teruk banyak pula aku tau kan. Hehe! ;)

So, berbalik pada tajuk, tu haa pasal kita perlu bawa air time pergi baca Yasin, or lebih umum semua majlis keagamaan. Sebab apa yang kena cakap time majlis-majlis camni, InsyaALLAH akan memberi manfaat pada kita semua. Letak, air kat depan kita, kalau nak baca Yasin, baca Quran, memberi ceramah. Sebab ikut kajian tu, dah terbukti dah pung. Apa lagi yang nak disangkal. Huhu! Subhanallah, maha suci engkau ya Allah. So, kalau kita minum, air dalam badan kita akan jadi baik-baik punya.

Oh ya! Satu lagi, badan kita ni 70% kandungan air. Kalau lah kita ni dok cakap benda-benda yang kotor, flirting setiap masa, sudah tentu molekul die pun berubah. Kan? Haaaaa! Aku dah bagitau! Jangan buat, ko buat juga! Ngeh3! Aku terasa. Sekian. Kalau kita kawan dengan dorang yang banyak maki, mungkin kita akan terjoin sama, sebab molekul dah berubah jadi sangat hodoh, lalu mempengaruhi perlakuan kita.

Air Zam Zam

Sumber: Sarazaqea (hangpa leh cek kat sini ada tambahan info)


Satu lagi. Apa molekul air yang sangat cantik? Jawapan dia memang semua orang dah tau kan. Sudah semestinya AIR ZAMZAM. Sebab utama molekul air zamzam sangat cantik, dan sesuai dijadikan air untuk perubatan, adalah kerana ianya Mukjizat yang diberikan kepada Nabi Ismail. Nak cerita pasal tu, cari kat internet sudah. Huhu! Dan salah satu sebab juga, sebab ianya terletak di Mekah, kat Mekah 24 hours orang cakap benda-benda yang baik. Sentiasa berkumandang suara-suara mereka yang sentiasa memuji Allah, suara bacaan Al-Quran. Dah paling sure punya akan jadi cantik molekul air tersebut. Aku pernah minum beberapa kali air zamzam. Tapi belum pernah berkesempatan untuk ke Tanah Suci. InsyaALLAH before age of 30. Amin. With parents. And wife! Woha! :)

Penat menulis. Sambung balik. Huhu!

Ok, meh kita tengok dalam kehidupan seharian kita pula terutamanya di sekolah. Di sekolah, kali ini kita bincangkan pasak orang Cina pula. Perasan tak, Chinese students akan sentiasa bawa botol air kalau pergi ke kelas. Perasan tak? Aku tak perasan sebab aku sekolah di sekolah semua bumiputera, takde Chinese, kalau bermata sepet tu ada lah. Woha! :P

Chinese Student. Hehe!



Kalau perasan, diorang akan sentiasa bawa air ke kelas, dan satu lagi yang akan anda perasan, bahawa botol air tu tidak pernah diorang letak di bawah. Mesti diorang letak di bahagian atas. Di atas meja. Tidak sesekali diorang akan letak di bawah meja, atau di bawah kerusi atau di mana-mana bahagian, selain bahagian atas.

Kenapa camtu?

Then, aku tak rasa diorang sedar atau tidak apa yang diorang buat tu. Sebab dah jadi kebiasaan kot.

Mak diorang cakap before pergi sekolah, "Nak, letak air kat atas meja keh! Jangan letak kat bawah."

Dah jadi kebiasaan sedari kecil. Lemme explain why. Macam yang di atas tu, kalau apa benda yang kita cakap tu akan mempengaruhi struktur molekul air tu kan. Kalau cakap benda baik, maka cantik lah water molecule tersebut, dan begitulah sebaliknya. So, kalau dalam kelas, siapa yang paling banyak bercakap? Student ataupun cikgu mahupun lecturer?

Sudah pasti dan sudah semestinya Cikgu atau Lecturer kan?!! Haaaaa! Kalau cikgu/lecturer, diorang bagi ucapan yang baik-baik atau jahat teruk kejam? Mesti yang baik maaaa... Dan, dari sana, kalau dah cakap baik, water molecules tu akan jadi cantik kan, kalau minum mesti bermanfaat kan?! Yer dak?! Please lah cakap Yaaaaa! :P

Itu antara kesilapan terbesar kita. Kalau orang kita pula, bawa air ke kelas, kalau ada yang bawa pun tak ramai. Sebab ramai yang tak tahu pasal rahsia ini. Bawa botol air, tapi letak kat bawah. Kita tak tau sebenarnya.

Duduk kat bahagian depan time kelas sangat baik. Yeah! Semua orang tak akan menyangkal bahawa duduk bahagian depan lebih banyak berkat. Lecturer/cikgu pun selalu ulang cakap camtu, soh duduk depan. TBut we refused. Takut. Tak best, jadi perhatian. Aku pula tak suka duduk depan sebab tak dapat tidur. Woha! :P

Dan Chinese students, they always sit at the front. And put the water bottle on top of the table. Listen and focus to their lessons. Woha! Dan diorang pun minum lah air tu. Nampak keberkatan sana? Hehe! Eventough, they are not Muslim, but they knew it. Weeeeeeeeehooo!

So, apa yang ingin disimpulkan di sini. Kita tak perlu bawa air time ada majlis bacaan Yasin je seperti kebiasaan kita buat. Huhu! Tapi kalau boleh bawa ke mana-mana. Dan ingat, kalau nak cakap benda-benda yang tak baik tu, dalam badan kita ni ada 70% air. Bayangkan dalam badan kau tu airnya lumpur. Kau nak?! So, kena cakap benda-benda baik. InsyaALLAH. Aku tulis ni pun aku kutuk diri sendiri juga. Siapa lah yang sempurna di dunia ini.

Wait! Minum kencing syaitan? Sah-sah nama pun teruk. Dah memang dia punya molekul air tu najis syaitan. Apa tunggu lagi? Stop it! Yeah! And you'll be fine. InsyaAllah.

Ada banyak pengajaran (kot!) yang boleh korang amek, nanti-nanti kalau ada masa, boleh lah komen kat bawah ni ek. Sebagai penambahbaikan.

Lastly, kalau apa yang aku tulis ni menyinggung perasaan sesiapa, mohon maaf banyak-banyak sangat. Tapi apa yang benar harus diluah. Aku ingat kata-kata yang entah dari mana, tapi dia cakap, Biar cakap yang benar, walau ia pahit untuk diluah. Seriously. Sorry my friends and readers!

Wassalam!

Ubat Penyakit Takbur



Imam al-Ghazali ada mencatatkan lima cara untuk mengikis sikap takbur dalam diri seseorang iaitu dengan cara:

Apabila kita bersuara dengan anak-anak kecil, maka kita anggaplah yang sebenarnya dia lebih bersih dan mulia daripada kita kerana mereka masih belum mempunyai dosa-dosa berbanding dari kita yang telah dewasa.

Apabila kita bersuara dengan orang tua pula, maka kita anggaplah yang sebenarnya doanya lebih mulia daripada kita kerana dia lebih lama beramal ibadah kepada Allah dari kita.

Apabila kita bersuara dengan orang alim pula, maka kita anggaplah yang sebenarnya beliau lebih mulia daripada kita kerana insan sebegini memiliki lebih banyak ilmu yang beliau ketahui tetapi kita belum mengetahuinya.

Apabila kita bersuara dengan orang jahil pula, maka kita anggaplah yang sebenarnya dia lebih mulia dari kita kerana dia melakukan dosa disebabkan kejahilannya, sedangkan kita berdosa akan tetapi memiliki ilmu pula dengan sengaja kita melakukannya walaupun hakikatnya kita tahu yang mana satu perkara buruk dan baik.

Apabila kita bersuara dengan orang kafir pula, katakanlah dalam hati bahawa suatu hari nanti mungkin dia akan insaf dan akan memeluk islam. Maka semua dosa yang dilakukan sebelum dia masuk Islam akan diampunkan oleh Allah s.w.t. Sedangkan kita pula sebagai umat islam sejak lahir terus-menerus melakukan dosa tanpa mengenal balasan Allah yang bakal tiba kelak.
..Dan yang sebenarnya telah banyak manakah dosa dan pahala yang tidak mampu kita pastikan..?
Dari itu segeralah kita kembali kepadaNYA semoga amalan kebaikan kita didunia ini akan dibalas kegembiraan diakhirat kelak. Renung-renungkanlah wahai sahabatku.

Panduan berhadapan dengan suami yang panas baran

Saya ingin berkongsi dengan anda satu artikel mengenai Panduan berhadapan dengan suami yang panas baran.

Blogger adalah alat menerbitkan blog secara percuma daripada Google untuk memudahkan anda berkongsi pendapat dengan seluruh dunia. Blogger memudahkan untuk mengirim teks, foto dan video ke dalam blog peribadi atau kumpulan anda.

Baca, fahamkan dan cuba amalkan selagi boleh. Pastu sebar-sebarkanlah info berguna ini kepada seberapa ramai orang yang boleh.

1. Wujudkan Empati dalam Diri
Sudah menjadi lumrah manusia mudah selesa dan tenang apabila mengetahui ada individu lain yang memahaminya. Lantaran itu, cubalah letakkan diri anda dalam situasi suami. Empati yang wujud dalam diri anda sebenarnya secara tidak langsung boleh meredakan kemarahannya. Apabila berpeluang, tanyalah suami dengan soalan terbuka (open ended question). Namun, pada masa yang sama anda perlu ingat. Cara dan nada anda bertanya penting dalam mempengaruhi emosi suami. Setelah selesai bertanya, diamlah seketika untuk memberi laluan kepada suami meluahkan rasa marahnya. Kemarahannya akan beransur-ansur reda.

2. Alihkan Perhatian
Perasaan marah jika dibiar dan dilayan tentu menjadi bertambah parah. Apabila menyedari ada tanda-tanda baran suami akan muncul, berusahalah untuk mengalihkan perhatiannya. Sebagai isteri, anda tentu maklum tentang perkara-perkara yang mampu menarik perhatian suami anda. Jadi, anda boleh memancingnya dengan berbicara tentang hal-hal tersebut. Kebijaksanaan anda melakukannya mampu membuatkan dia terlupa sebentar tentang kemarahan yang sudah berputik tadi.

3. Usah Simbah Minyak ke Api
Umumnya, kemarahan boleh menjadi bertambah hebat jika ada yang merangsangnya. Oleh itu, usah cuba-cuba membakarkan lagi amarahnya. Ini boleh memburukkan keadaan. Dan tidak mustahil juga nanti, tangannya akan singgah ke muka anda.
Oleh itu, hadapilah suami anda dengan tenang. Apabila anda ingin bersuara, ucapkanlah dengan nada yang rendah dan perlahan. Tindakan ini boleh menjadikan dia lebih relaks sekaligus membuatkan dia tidak jadi untuk terus marah. Cara ini mungkin kurang efektif jika baran suami anda memuncak kerana pengaruh dadah ataupun alkohol. Walau bagaimanapun, setidak-tidaknya ia dapat mengelakkan situasi daripada bertambah teruk.

4. Buatkan Dia Tersenyum
Ketawa bukan sekadar pengubat duka. Namun, kalau kena pada gayanya ia mampu menjadi penawar kemarahan suami. Apatah lagi jika sememangnya suami anda mempunyai unsur humor dalam dirinya. Apabila anda lihat ada riak wajah marah ataupun terdapat tanda-tanda dia akan baran, cubalah bergurau dan berbuat jenaka dengannya. Cara anda yang spontan sedikit sebanyak boleh memadamkan api kemarahannya. Namun jika suami anda seorang yang serius, cara ini mungkin tidak sesuai.

5. Bernafaslah dengan Relaks
Tidak dapat tidak, hati anda akan mula berdebar apabila melihat tingkah laku suami yang baran. Perasaan anda juga tentu bercampur baur. Sebaik-baiknya anda cuba relaks. Kemudian tarik nafas dalam-dalam secara perlahan-lahan. Selepas itu, lepaskan nafas dengan cara yang sama. Sedikit sebanyak cara ini mampu membuatkan anda lebih bertenang. Kandungan oksigen yang mencukupi di samping perjalanan darah yang lancar membolehkan ‘cerebral cortex’ anda dirangsang. Ini membolehkan anda berfikir lebih rasional selain memberikan anda keupayaan untuk menguruskan tekanan akibat baran suami anda.

6. Kenal Pasti Punca
Akur ataupun tidak, setiap kemarahan pasti ada puncanya. Lantaran itu, cubalah anda selami sebab baran suami anda terutamanya jika selalu benar dia begitu. Mungkin anda boleh kenal pasti dengan cara berbual dan berbincang sewaktu dia berada dalam keadaan tenang. Kemudian, anda boleh cuba memperbaiki keadaan. Kejayaan anda menyelesaikan punca sebenar tentu boleh mengelakkan suami anda menjadi baran sebagai suatu tabiat.
7. Berjumpa Orang Ketiga
Berhadapan dengan suami yang panas baran memang memeningkan kepala. Apatah lagi jika tabiat tersebut seolah-olah sudah sebati dengannya. Pelbagai cara telah diambil, namun suami masih begitu. Cubalah minta bantuan orang ketiga yang rapat dengannya sekaligus turut dihormati oleh suami. Mintalah orang tersebut menasihati suami anda. Jika tiada pilihan lain, anda dan suami juga boleh pergi bertemu dengan kaunselor bagi mendapatkan bantuan dan khidmat kaunseling.

8. Berdoa pada Allah
Bukan mudah mengubah sikap seseorang terutamanya kalau sudah sebati dengan dirinya. Oleh itu, berdoa dan berserahlah diri kepada Allah SWT. Minta petunjuk daripada-Nya agar suami anda tergerak hati untuk berubah.
Sumber : Blog Sofira

Kelebihan dan nikmat disebalik ciuman



ciuman.jpg


Setelah membuka email petang tadi, saya tertarik dengan satu email yang bertajuk ‘Fadhilat Bercium‘. Saya pun membuka dan membacanya.

“Hmmm, menarik juga info ni. Bolehlah kongsi.”

Itulah kata hati saya setelah membaca kandungan email tersebut. Disebabkan artikel tersebut ditulis dalam Bahasa Indonesia, maka saya telah lakukan proses meng’edit’ struktur ayat agar ianya lebih mudah difahami oleh semua.



Berikut ini saya kongsikan info tersebut untuk panduan kita bersama.

Kelebihan dan rahsia disebalik ciuman

Ahli perubatan mendapati bahawa bercium itu baik untuk kesihatan. Bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa seronok dan nikmat, tapi ciuman juga dikatakan berkesan untuk melawan pelbagai jenis penyakit.

Berikut ini adalah beberapa kelebihan dan keistimewaan ciuman;
1. Berciuman dalam waktu yang lama boleh membantu sistem pengaliran darah kita. Ketika berciuman, degup jantung makin cepat hingga mencapai 110 kali degupan jantung seminit.

2. Setelah bercium, paru-paru akan bekerja lebih keras. Jika dibanding dalam keadaan normal, tarikan nafas setelah bercium adalah kira-kira 60 tarikan nafas seminit (nafas normal hanya 20 kali tarikan nafas seminit). Maka bercium adalah baik untuk mencegah penyakit lemah paru-paru.

3. Sesetengah doktor gigi percaya bahawa bercium dapat mencegah daripada gigi mudah berlubang. Ciuman akan membuatkan rembesan air liur berlaku yang mana ianya boleh meneutralkan cecair berasid yang menyebabkan kerosakan gigi.

4. Proses ciuman yang berlaku lebih dari 3 minit membantu seseorang daripada tekanan hidup atau stress. Bercium dalam jangka waktu yang lama boleh menyahkan rembesan hormon yang menyebabkan tekanan atau stress.

5. Pasangan yang mengamalkan tabiat bercium ketika berpisah hendak pergi kerja setiap pagi contohnya dikatakan mampu memberikan lebihan masa hidup 5 tahun lebih lama daripada mereka yang tidak melakukan rutin bercium.

6. Ciuman mampu memberikan keyakinan diri dan rasa dihargai. Ciuman akan membuatkan seseorang merasa dihargai dan memberikan ketenangan diri kepada pencium.

7. Ciuman dapat membakar kalori sehingga 2~3 kalori seminit dan ia meningkatkan metabolisma. Malah ada yang mendakwa bahawa ciuman yang dilakukan dengan penuh ghairah sebanyak 3 kali sehari (iaitu sekurang-kurangnya 20 saat setiap kali bercium), boleh membantu mengurangkan berat badan.

8. Ciuman dapat menghilangkan kepenatan dan ketegangan dalam badan. Ciuman yang dilakukan dengan penuh perasaan mampu menghilangkan ketegangan, menghilangkan tenaga negatif, membangkitkan rasa sihat dan juga mengurangkan rembesan hormon yang menyebabkan tekanan.

9. Aktiviti bercium memerlukan otot dan saraf di bahagian muka melakukan beberapa gerakan. Dikatakan tidak kurang 30 otot wajah akan bergerak-gerak dan ini boleh mencegah otot pipi daripada menjadi kendur. Otot pipi yang menegang semasa ciuman ghairah dilakukan dikatakan mampu membantu kulit menjadi lebih halus dan meningkatkan peredaran darah.

10. Bercium adalah sangat baik untuk jantung kerana ia menurunkan tekanan darah dan kolesterol.

11. Mereka yang sering berciuman didapati jarang menghadapi masalah-masalah perut.

12. Semasa bercium, antibiotik akan dirembeskan keluar melalui air liur. Air liur ini dikatakan bertindak sebagai anestetik yang membantu mengurangkan kesakitan pada tubuh.

Haaa…setelah baca artikel ini, maka bolehlah dipraktikkan oleh mereka yang layak (suami isteri). Yang masih belum ada pasangan yang sah, walaupun mungkin ada keinginan yang membuak-buak untuk bercium, saya harap anda bersabarlah yer. Tunggu dah kahwin nanti baru boleh cium puas-puas. Jangan sekali nak cuba-cuba cium orang yang bukan hak anda. Nanti padahnya jawabnya. huhuhu

Sekian, selamat bercium. ngeh ngeh ngeh