Al-Quran

Listen to Quran
Memaparkan catatan dengan label Tips/Petua. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips/Petua. Papar semua catatan

Sabtu, 30 Oktober 2010

PETUA NENEK & KATA IBU (ADA RAHSIA TERSEMBUNYI)

nasihat untuk diri anda dan juga saya sendiri.. sekadar memanjangkan. ..  

Pada yang belum berkahwin tu, simpan nasihat ni baik² kerana insyaAllah one day bila dah jadi orang punya tu tau le apa yg patut di buat dan 
sebaliknya.. .. bagaimana petua org tua2 dpt membantu kita membena rumahtangga yg harmoni serta penuh kasih sayang...Insya Allah, dipermudahkan kita oleh NYA mendapat petunjuk dan jalan... 

Membasuh pakaian, sekarang rasanya 95% dari kita semua ada mesin basuh, ok tak apa suruh maid basuh baju kita, tapi yg 'kecik'2 terutama kita punya dan suami tu, sebaik2nya kita basuh sendiri. Sedapat mungkin bila kain baju sudah dibasuh dan siap diangkat, masa melipat pun, kita pilih yg patut kita lipat dan uruskan sendiri.. ada rahsia tu). 

Juga bilik. Bilik tidur kita sepatutnya adalah kawasan larangan terutama kpd penbantu rumah. NO ENTRY !!!!. apa pun yg ada didlmnya adalah hanya dlm pengetahuan kita dan suami.Terutama tempat tidur (katil), minta sangatlah kita yg bergelar ISTERI ini yg mengemasnya. Usah sesekali dibiarkan pembantu yg menguruskannya. ada rahsia tu), 

APA RAHSIA NYA??? 

AIR TANGAN!!!!.. . itulah rahsianya, air tangan kita sebagai isteri dan sebagai ibu. Tak ada cara yg saintifik yg mampu menjelaskan kehebatan 
serta 'powernya' air tangan seorg ibu dan isteri itu terhadap keluarganya, tapi dapat dijelaskan melalui kaedah rohaniah. Kalau kita masih keliru dan kurang yakin, cuba kita fikir (bagi yg merantau selalunya terasa sangat), kita sering teringat masakan ibu, kemana pun kita pergi dan bertemu dgn masakan yg serupa, namun rasanya masih tidak dapat menyamai dari apa yg terhidang hasil 'air tangan ibu'. Walaupun 
sekadar mee maggie!!!. 

Begitu juga memberi makan anak, suapan kemulut anak dgn tangan kita itu membawa banyak kesan yg akan hanya kita nikmati 10 - 15 thn akan datangnya. Bila anak² sudah pandai bergaul sendiri, sudah tahu memilih teman, kebanyakan mereka 'kurang mendengar' apa yg kita ibu bapa pesan dan ingatkan, namun baraqah dari 'air tangan' (usaha ibu bersusah payah mendidik dan menyediakan keperluan anak²) sedikit sebanyak, kalau pun anak² itu ingin mengikut 'kehendak sendiri' namun dia, Insya Allah pada akhirnya akan tetap mencari 'restu siibu' dlm hidupnya. Pecayalah... 

Tak dapat lakukan sepanjang hari kerana kita bekerja, mungkin pada sebelah malamnya kita dapat lakukan, sekurang²nya sekali sehari pun 
memadai, kalau dapat selalu lebih baik lagi. Sebab dgn suapan kita itu sambil kita berdoa ' air tangan' yg masuk keperut anak, Insya Allah akan 
membentuk darah daging yg baik, berkat doa dan tangan ibu. 

Kebajikan Suami juga, kenapa harus biarkan pembantu yg beriya² menggosok baju dan seluarnya, melipat pakaian dlmnya. Kita isteri, sentuhan kita pada brg² suami sebenarnya ada 'roh' nya, jika 'roh' itu sentiasa di belai oleh org lain... apa akan jadi, sudah pasti daya tarikan itu beralih arah. Tu sebab kadangkala terjadi suami yg segak kacak dan tampan serta isteri yg jelita, bekerjaya hebat serta pandai pun, bermadu dan madu nya pula hanya seorg pembantu rumah yg rupanya alahai... (ni bukan kes menghina fitrah rupa manusia yg dijadikan Allah swt, ini kes nak menunjukkan bahawa si isteri jelita pun, kalau kurang beri perhatian dan belaian suami boleh berubah angin!!!). 

Jadi berhati²lah dlm mengizinkan org lain menguruskan barangan / kebajikan suami. Begitu juga dlm hal makan minum, kansudah dipesan org 
tua bahawa nak jaga suami jaga perutnya terlebih dahulu. Dan antara dua lututnya... (syahwatnya) . Insya Allah, suami sentiasa sayang dan 
merindui kita. Bayangkan suami balik dari kerja, sudahlah lapan jam diluar, makan mungkin beli di kedai, dah tentu org masak. Balik kerumah 
pun kita minta 'sunarti' buatkan air???. So bila masa kita dapat 'belai roh' suami agar dekat dgn kita??? Jadi kalau setakat secawan/ seteko air, tolonglah buat sendiri. 

Penat usah cerita, semua kita penat, samada bekerjaya diluar atau sekadar surirumah. Namun itulah salah satu dari beribu² cara yg boleh 
diguna pakai. Yg kadangkala kita anggap remeh serta tak masuk akal. 

Lagi satu bab pakaian kecik, kalau org moden² sekarang mungkin dia rasa.... apalah mana ade logik, tapi cubakita lihat org tua dulu² kat 
mana agaknya dia sorok pakaian dlm dia ya? Tak kantak pakai pula kan, tapi kalau mereka basuh pun mereka sidai dlm satu tempat khas jauh dari penglihatan org lain. Masa saya kecik² dulu, nenek sidai pakaian dlm dia, dibelakang rumah, dlm satu ruang yg berpagarkan mata punai dan terbuka berangin) so, semua yg kecil² (pakaian dlm) nenek sidai di sini, jauh dari penglihatan org ramai yg lalu lalang. Sampai hari ini ibu juga sidai pakaian dlm berasingan dgn baju² lainnya. 

Berbanding kita sekarang, sidai pakaian dlm, bergayutan diampaian dan kalau duduk apartment lagi seronok, sidai di ruang yg menghadap kejalan raya lagi.... semua mata boleh memandang. Sorok²lah sikit...malu org tenguk...tak boleh bagi alasan tak ade ruang cuba adjust, ... kita buat diakan, bukan dia yg buat kita... 

Pakaian dlm ini (maaf TM kena berterus terang sikit....tapi rasanya masih bahasa yg berlapik) bekas kita 'menyorokkan' aurat (bahagia 
sulit) kita suami isteri. Sekali lagi, sebaik²nya dijaga / diurus hanya oleh siisteri. Usah sekali² membiarkan maid / pembantu membasuh 
(walau guna mesih) dan menyidai lalu melipatkannya. Bukan payah sangat pun, saiznya pun kecik² saja ye tak...kenapa musti bagi org lain 
menguruskannya' ??? 

Dan ini yg paling penting, bisik nenek ketelinga, "bilik tidur kamu ibaratkan tubuh kamu sendiri, usah dibiarkan orang lain menyentuhnya 
sewenang², rahsia suami isteri ada didlmnya terutama di katil (ranjang). Jadi usahakan sedapat mungkin tangan sendiri yg mengemasnya! !!. 
Betul juga tu, bukankah saban malam kita bersama suami baring disitu, 'bersama' juga disitu, justeru 'roh' yg ada pada nya hanyalah antara 
suami dan isteri, peliharalah 'keserasian dan hubungan mesra antara keduanya agar kekal sampai bila². 

Pesan Harlene-selalu selalulah suap anak dengan tangan sendiri. Makanan yang ibu masak & disusuli dengan suapan tangan sendiri ke mulut anak akan menambahkan ingatan anak kepada ibu sentiasa. Hubungan akan lebih erat & anak akan makan lebih banyak berbanding dengan suapan sudu. Cubalah saya telah sedikit melihat hasilnya. Alhamdullilah.

Petua hilang mengantuk ketika memandu

Semua orang, apabila memandu kereta terutama untuk perjalanan jauh spt balik kampung berhariraya, travelling kerana tugas rasmi dsbnya, akan merasa mengantuk yg teramat sangat ketika memandu.

Hal ini boleh mengundang padah kerana hanya sedetik shj anda terlelap ketika memandu, kemungkinan untuk anda ditimpa kemalangan adalah 99% kerana ketika terlelap itu, otak anda tidak lagi berfungsi dan sedar, mata tertutup dan anggota tangan dan kaki tidak lagi dpt mengawal kenderaan yg dipandu.

Berdasarkan pengalaman saya, sepotong ayat Al Quran di dalam Ayat Qursi boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan rasa mengantuk ini. Potongan ayat tersebut berbunyi...

"LA TAKKHUDZUHU SINATUW WALA NAUM..."

(maknanya: [DIA - ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR")

Selain itu, amalan mustajab untuk mengelak berlakunya kemalangan adalah dengan membaca Ayat Qursi 3x sebelum memasukkan gear pertama mahu memulakan perjalanan anda ditambah dengan ayat"

"BISMILLAHIL LADZI LA YADHURUHU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDHI WALA FISSAMAA' WAHUWASSAMIUN 'ALIIMM" 3X.

Semoga bermenfaat!

Isnin, 25 Oktober 2010

Petua buang angin

Petua yang dikongsi dapat melalui email, 

Salam semua.

Saya nak kongsi 1 petua dengan anda. Petua ni saya dapat hasil daripada pembacaan saya semasa berada di kampung.

Petuanya ialah petua bagaimana untuk mengurangkan masalah angin dalam badan.


Petua ini bersumberkan daripada kata-kata Saidina Ali Bin Abi Tholib karramallahuwajhah.

Saidina Ali berkata ;“Apabila anda hendak makan epal, hidulah baunya dan kemudian barulah makan epal tersebut.

Kerana apabila anda melakukan demikian, setiap penyakit dan bahaya akan dihilangkan dari tubuh anda dan segala sesuatu yang disebabkan oleh ANGIN akan lenyap.”

Epal berkhasiat membuang angin dalam badan. Haaa, mudah saja petua Saidini Ali ni kan.

Apa yang perlu anda buat ialah,
1. Cium atau hidu lah bau epal.
2. Kemudian, makanlah epal tersebut.*

Pastikan anda hidu atau cium dulu bau epal sebelum makan. Itulah petua yang diajarkan oleh Saidina Ali karramallahu wajhah..

Khamis, 21 Oktober 2010

Petua

Air panas/Api/minyak panas

Apb terkena air panas atau minyak masak:-

-Asahkan kulit kura kura dgn air dan sapu ditempat terkena itu.Atau,
-sapukan madu asli,atau
-sapukan susu hidup atau susu pekat,sapukan ketempat itu,atau
-sapukan ubat gigi,atau
-sapukan putih telur

Aids
-Minum air rebusan akar pokok kemboja,atau
-minum air rebusan/perahan akar pokok tembikai

Alahan mengandung
-Ambil pokok beka,kikis dan buang kulit arinya,tumbuk dan perah dan minum airnya,kalau kurang mujarab campurkan dgn daun gading.

Anemia(kurang darah merah)
-Ambil 3kerat lempoyang,dibasuh, diparut dan ditumbuk hingga halus(jgn kupas kulitnya)lalu direbus dgn air sebanyak 3gelas dan dicampur gula jawa secukup rasa,biarkan mendidih hingga tinggal 1gelas,setelah dingin minum sblm tidur,3 bulan akan sembuh.
--

Petua

Bernanah jari disebabkan jarum/duri/tulang ikan.

Ambil 3 sulur bawang merah,tumbuk, jgn terlampau lumat,masukkan satu sudu besar minyak kelapa dan dibungkus menggunakan daun pisang, kemudian dipanaskan diats api,apb sudah pana tampalkan pd tempat yg sakit dan dibalut dgn kain pembalut luka-3 hari sembuh.


Bengkak2 dibadan/terkena ulat.

Bengkak yg disebabkan oleh ulat serangga dan sbg.
Ambil sepotong kunyit,perut, masukkan kapur sireh dan air,panaskan ramuan tersebut dan apb sudah sejuk letak ditempat bengkaka, 5mint sembuh.

Barah pd daging

Ambil getah pokok pulai (bunganya berwarna putih) dan disapukan tempat yg terlibat(kulitnya) ,buat sehingga hilang.

Barah pd kemaluan dan sbg (imporstate)
Ambil:
1.akar pokok delima
2.akar pokok inai
3.akar rumput kepala lalat
4.akar rumput lalang laut

rebus semuanya sehingga tinggal airnya setengah cerek/periuk. Setelag sejuk minum airnya 2 kali sehari, lakukan selama 2 minggu.

Atau...,

Ambil:
1.Akar poko mata ayam
2.akar pokok cenerai
3.akar pokok larak merah
4.akar pokok belimbing buluh
5.kulit akar pokok sengkuang
6.akar pokok kedudut
7.akar pokok tapa besi

campur kesemuanya dan rebus hingga didih, setelah itu minum air rebusan itu 2 kali sehari, lakukan selama seminggu.
Bagi penyakit bengkak paru2 juga ramuanya sama, cuma tambah:
8.Akar pokok melada pahit (direbus dgn diatas).

Barah darah/leukemia.
sentiasa makan sayur petola dan labu.Atau,

Ambil 20gram kemunting cina (bunga warna putih atau merah) yg sudah dijemur kering lalu direbuskan,setelah dingin airnya minumlah 2x sehari sehingga sembuh.

Barah rahim

Ambil pohon benalu teh yg tumbuh di dataran tanah tinggi,setinggi 750 meter dr laut.Rebus dan minum air nya,lakukan selama 3 bulan,stelah 3 bulan silalh berjumpa doktor,lihat apa mereka kata.

Atau,

Ambil getah gambir,getah keladi gatal,air asahan akar pokok melor susun dan akar melor biasa dan air/buih gumpalan pokok pegaga besi, pagaga biasa dan air asahan kemenyan putih.Semua bahan tersebut dicampur,diratakan lalu dilumur ke rahim melalui lubang faraj.

Barah gigi/gusi

Ambil akar pokok penar akar pokok mata ayam dan akar pokok cap perdik, asahkan kesemuanya bersama kemenyan lalau lumurkan kebahagian siratan gigi yg membengkak dan berkumur(jangan ditelan airnya).

Gusi berdarah

Ambil beberapa helai daun bacang dan masukkan ke dalam periuk berisi air,campurkan bebrapa helai daun inai,kemdian rebus,setelah didih masuk sedikit asam gelugor dan garam.

setelah airnya suam masukkan kedalam mulut dan biarkan selama 3minit, lalu berkumur.Buat 2x sehari pagi/malam 3 hari berturut turut.

Buasir

Ambil satu perdu (satu pokok termasuk akar,daun dan buah) pokok belimbing tanah dan bukit (bukan belimbing buluh)capur semua dan rebuskan sehingga airnya mendidih,minum air tersebut 2x sehari,dua hari akan sembuh.

Batuk seratus hari

Ambil akar pokok kemunting cina yg bunganya berwarna putih (bukan ungu) asahkan pada buntut pasu (letak sedikit air) kemudian asahkan sedikit kemenyan bersamanya.Minum air tersebut 2kali sehari,2-3 hari akan sembuh.

batuk biasa(bronkitis)

Ambil sepotong cikur sebesar ibu jari, garam sedikit kemudian kunyah2 dan telan airnya.
5 menit gatal akan hilang.

batuk rejan pada kanak2.

batuk yg tidak henti henti pada kanak2.
Ambil air perahan daun peria dan peri minum pd anak tersebut,disebabkan air ini terlalu pahit,kahak akan keluar, buat berulang kali jika perlu.

batuk biasa
Ambil daun lidah buaya, ambil isi dlm nya, hiris halus2 sebanyak 20gram,siramkan madu asli ketasnya sebanyak 40cc.makan 2x sehari,buat selama 2 minggu.

Bisul kepala

Ambil 5 duri pokok kabu asahkan bersama air sehingga air pekat,sapu pd tempat bisul,buat sehingga beberapa kali.

Menghilangkan tanda bisul awal
bila badan anda ditumbuhi bisul bisul yg baru,gosokkan dgn bawang putih.

Atau,

telan 1biji buah kadak hacing(warna kuning) yg biasanya tumbuh diladang getah,akan sembuh selamanya.

Atau,
Ambil kepala ikan keli(lele) kemudian bakar hingga hangus dan tumbuk hingga hancur,campurkan dgn air pinang atau minyak kelapa (minyak benar) lalu dilumurkan kebahagian kepala bisul yg sakit itu.

Bengkak bengkak(kaki) watu hamil
Ambil kacang cambah(taugeh) bersihkan dan masuk dlm kuali/periuk, masuk 1 gelas air panas kedlm nya, ambil airnya yg sudah kurang panas-hangat2 kuku dan minum, ulang hingga kaki menjadi surut.

Busung
Ambil kacang lohor bersama daunya setakat yg anda mahu atau 3 genggam,2 ekor burung puyuh padang/kampung yg disembelih, kemudian rebuskan semua danjadikan sbg sayur, lalu diberi makan pada pesakit,lakukan beberapa kali.

Bertih (cacar air)
Ambil segera 5 helai daun jarak,rebus, apb sudanh hangat kuku, mandi dgn air tersebut dan gosokkan daun jarak yg direbus itu kpd kulit pesakit.Lakukan selama 3 hari berturut.

Bintik hitam kesan campak dimuka atau lain kesan dibahagian lain.

Ambil jagung muda, parutkanya kemudianya gosok ke tempat terlibat,buat bebrapa hari atau seminggu.

Bengkak,sakit urat (param mustajab) dan rasa sakit pada punggung.
Ambil daun kecubung sapu kapur sireh pd nya dan tumbuk sampai halus, kemudian tampalkan ke tempat sakit.