Al-Quran

Listen to Quran
Memaparkan catatan dengan label Pendidikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pendidikan. Papar semua catatan

Selasa, 26 Oktober 2010

MENGAPA ANAK DERHAKA

APA PUNCA ANAK DERHAKA

  

Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu salah... 

  

"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka". 

  

Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. 

  

Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita... 

  

  

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL 

  

Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. 

Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah. 

  

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT 

  

Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa. 

  

Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita." 

  

HUBUNGAN DENGAN BAPA 

Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu.. .. 

Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua." 

  

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA 

Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya. 

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. "Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami.. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak danayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. 

 Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada dirumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. 

Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain. 

  

Ada banyak tips yang diberikan untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak kita sebagai winners…..insyallah 

   

 APA yang membezakan antara winners dan losers 

Adalah mudah iaitu:- 

  

Winner’s percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri Mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri Mereka tidak boleh. 

  

Tips 

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan). 

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk) 

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran) 

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya) . 

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. 

  

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali). 

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. 

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap) 

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya . 

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya. 

  

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. . 

12. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. 

13. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain). 

14. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali. 

15. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri. 

  

16. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.. 

17. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.. 

18. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam, 

19. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. 

20. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga. 

  

  

21. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.. 

22. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.  

  

selamat maju jaya……..semoga anak anda menjadi seorang anak yang soleh…… 

amin 

 

Kesalahan bahasa Melayu yang lazim

Kesalahan bahasa dalam penulisan sering berlaku sama ada disedari ataupun tanpa disedari. Kesalahan bahasa pasti berlaku jika kita tidak mengetahui hukum tatabahasa. Oleh itu, dalam bahagian ini disenaraikan beberapa kesalahan bahasa yang biasa dilakukan sebagai panduan dan hukum tatabahasa sebagai rujukan bagi meminimumkan kesalahan bahasa yang berlaku semasa menulis.
 
 
3.1 Kesalahan dari segi kata, frasa dan imbuhan
 
Kesalahan dari segi kata, frasa dan imbuhan ialah kesalahan menggunakan kata atau frasa atau imbuhan di tempat yang tidak sepatutnya. Kesalahan dari segi kata, frasa dan imbuhan paling kerap kita lakukan dalam penulisan. Terdapat banyak kesalahan dari segi kata, frasa dan imbuhan yang dapat saya kesan dalam bahan terbitan. Yang berikut merupakan kesalahan kata, frasa dan imbuhan yang lazim berlaku.
 
 
3.1.1 Kata, frasa dan imbuhan kata nama
 
i. Penggunaan kata nama khas di tempat kata nama am
 
a. Bahasa Inggeris dan bahasa Inggeris 
Ejaan b huruf besar bagi ejaan Bahasa Inggeris digunakan apabila merujuk kepada subjek atau mata pelajaran. Jika tidak, b bagi ejaan bahasa Inggeris perlu dieja dengan huruf kecil. Begitu juga bagi bahasa Melayu.
 
 
ii. Penggunaan kata dan frasa nama yang tidak tepat
 
a. Teladan ATAU Tauladan 
Penggunaan kata teladan adalah betul. Hal ini demikian kerana kata tauladan adalah salah mengikut tatabahasa. 
 
b. Pusat beli-belah ATAU Pusat membeli-belah
Penggunaan kata yang betul ialah pusat beli-belah. Hal ini demikian kerana pusat membeli-belah membawa maksud kompleks tersebut berjalan untuk melaksanakan urusan jual beli.
 
c. Kata alu-aluan ATAU Kata-kata aluan
Penggunaan kata yang betul ialah kata alu-aluan. Hal ini demikian kerana dalam kamus tidak terdapat perkataan aluan.
 
 
iii. Penggunaan imbuhan Pe-...-an di tempat imbuhan PeR-...-an
 
a. Persaraan ATAU Pesaraan 
Kata pesaraan tidak terdapat dalam kamus. Oleh itu, kata persaraan adalah betul.
 
b. Perdamaian ATAU Pedamaian 
Kata pedamaian tidak terdapat dalam kamus. Oleh itu, kata perdamaian adalah betul.
 
 
iv. Penggunaan imbuhan PeR-...-an di tempat imbuhan Pe-...-an
 
a. Pelantikan ATAU Perlantikan 
Kata perlantikan tidak terdapat dalam kamus. Oleh itu, kata pelantikan adalah betul.
 
b. Peletakan ATAU Perletakan
Kata perletakan tidak terdapat dalam kamus. Oleh itu, kata peletakan adalah betul.
 
NOTA: 
 
Bagi menentukan sama ada satu-satu perkataan itu menerima Pe-...-an atau PeR-...-an, perkataan itu boleh diuji dengan imbuhan beR-.... Jika perkataan tersebut boleh menerima beR-... dan meN-..., hal ini bermakna perkataan tersebut juga boleh menerima imbuhan PeR-....-an. Jika perkataan tersebut dapat menerima imbuhan meN-..., hal ini bermakna perkataan tersebut boleh menerima imbuhan Pe-...-an. 
 
 
v. Kesalahan penggunaan imbuhan kata nama
 
a. Penstrukturan ATAU Pengstrukturan 
Penstrukturan adalah betul. Hal ini demikian kerana kata pinjaman yang bermula dengan huruf s dan t menerima imbuhan pen- dan bukannya peng-.
 
b. Pergolakan ATAU Pergolakkan 
Kata pergolakan adalah betul. Hal ini demikian kerana kata nama hanya menerima imbuhan apitan peR-...-an dan bukannya peR-...-kan. 
 
c. Pengklasifikasi ATAU Penklasifikasi 
Pengklasifikasi adalah betul. Hal ini demikian kerana kata pinjaman yang bermula dengan huruf k akan bergabung dengan imbuhan peng- dan bukannya pen-.
 
 
vi. Hukum D-M
 
a. Hal-hal lain ATAU Lain-lain hal 
Penggunaan yang betul ialah hal-hal lain. Hal ini demikian kerana kata hal-hal merupakan unsur yang diterang manakala kata lain pula merupakan unsur yang menerang. Begitu juga bagi frasa lain-lain perkara dan lain-lain agenda. Frasa yang betul ialah perkara-perkara lain dan agenda-agenda lain. 
 
b. Janji temu ATAU Temu janji 
Penggunaan yang betul ialah janji temu. Hal ini demikian kerana kata janji merupakan unsur yang diterang manakala kata temu pula merupakan unsur yang menerang. Sesungguhnya, kita membuat janji untuk bertemu dan bukannya bertemu untuk berjanji. 
 
c. Pendingin hawa ATAU Penghawa dingin 
Penggunaan yang betul ialah pendingin hawa. Hal ini demikian kerana kata pendingin merupakan unsur yang diterang manakala kata hawa pula merupakan unsur yang menerang.
 
NOTA:
 
D-M bermaksud diterangkan (D) dan menerangkan (M). Dalam peraturan itu, unsur yang diterangkan merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama dan unsur penerang pula hadir pada kedudukan kedua.
 
Contohnya:
 
Diterangkan (D) Menerangkan (M)
sos cili
restoran Aminah
lampu suluh
dapur gas
perpustakaan mini
 
 
Maklumat lanjut berkenaan buku CARA MUDAH MENGENAL PASTI KESALAHAN LAZIM DALAM BAHASA MELAYU ini boleh didapati di www.books.perintis. com.my atau sila berhubung dengan Cik Nor di talian 03-9019 5303.
 
 
Jualan 1
 
Jualan penghabisan stok pelbagai siri buku cerita kanak-kanak kembali lagi.
 
Stok terhad. Diskaun hebat sehingga 70%. Jangan lepaskan peluang untuk memiliki buku-buku cerita kanak-kanak pada harga yang hebat!
 
 
Jualan 2
 
Jualan buku kondisi bekas pameran turut diadakan.
 
Buku yang dijual adalah dalam keadaan sedikit kotor atau terlipat pada bahagian kulit buku. Bahagian isi buku masih elok dan tidak terjejas.
 
Stok terhad. Diskaun hebat sehingga 50%. Jangan lepaskan peluang untuk memiliki buku kerjaya dan peningkatan diri pada harga yang hebat!

Khamis, 21 Oktober 2010

Mendidik Anak Tanggungjawap Bersama

Mendidik Anak Tanggungjawap Bersama
Hari masih gelap lagi, namun kelihatan seorang ibu muda telah keluar ke tempat kerja dan ketika matahari terbenam, barulah si ibu pulang ke rumah. Senario ini bukan lagi asing bagi wanita bekerjaya. Peranan menyara anak bukan lagi dipukul oleh bapa sahaja, sebaliknya dikongsi bersama wanita bergelar isteri.

Mereka memberi tumpuan kepada keluarga dan dalam masa sama, membina kerjaya. Kedua-duanya harus dipukul dan kadang-kala, tidak mampu berjalan seiringan. Dalam membina kerjaya, tanpa disedari tumpuan kepada anak semakin berkurangan. Ada yang berpendapat keruntuhan nilai moral golongan muda berpunca daripada ibu moden yang gagal melaksanakan tanggungjawap mereka. Wanita dikatakan berlumba-lumba dengan kaum lelaki untuk mendirikan kerjaya masing-masing hingga mengabaikan tanggungjawap di rumah.

Jangan menuding jari

Tidak dinafikan bahawa ada kebenaran pada kata-kata ini. Memang ada para ibu moden yang mengabaikan tanggungjawap sebagai ibu. Ini adalah kerana mereka belum fakham erti kejayaan yang sebenarnya di dalam hidup. Mereka asyik mengejar kejayaan kerjaya dan mengabaikan tanggungjawap membesarkan anak-anak. Hidup mereka menjadi tidak seimbang dan anak-anak serta rumahtangga menjadi mangsa.

Dalam masa yang sama sebagai seorang yang insaf dan tawaduk, kita tidak mahu menuding jari kepada satu pihak sahaja. Ini bukan merupakan akhlak yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Ar-Rasul mengajar kita untuk melihat apa yang berlaku pada diri kita dan sekeliling kita sebagai cermin diri kita. Bila sesuatu yang kurang kira senangi berlaku, kita perlu menanyakan kepada diri sendiri, apakah tanggungjawap saya di sini? Bagaimana saya boleh memperbaiki keadaan? Bagaimana kita boleh membawa kembali keseimbangan kepada apa yang berlaku di sekeliling kita ini?

Keruntuhan moral dan penyakit sosial ini adalah tanggungjawap bersama. Memang mudah mengatakan bahawa anak-anak menjadi tidak keruan kerana tiada pendidikan daripada ibu mereka kerana masyarakat telah akur bahawa hal mendidik anak ini hanyalah tugas para ibu. Persoalannya, adakah ini benar? Bukankah di dalam sebuah keluarga, para suami adalah ketua dan tanggungjawap mendidik keluarga terletak di atas bahu suami? Kadang-kadang suami lebih banyak menuntut dan menyalahkan isteri apabila ada hal-hal yang dianggapnya tidak baik. Misalnya, ketika anak malas belajar atau beribadah, suami biasanya akan menyalahkan isteri. Kata-kata seperti, "Hah! Itulah awak, tak pandai jaga anak!" sangat biasa dilemparkan oleh seorang suami kepada isterinya. Isteri dianggap tidak mampu memperhatikan anak, tidak mampu mendidik, dan sebagainya. Padahal, persoalan mendidik anak bukan tanggungjawab isteri semata-mata. Tidak sedikit rumah tangga yang menganggap pendidikan anak hanya tanggungjawap (pekerjaan) ibu, sementara suami lebih sibuk mencari nafkah. Padahal sosok ibu hanya sebahagian daripada potensi rumahtangga. Memang mencari nafkah bagi suami adalah kewajipan bahkan ibadah. Namun sesungguhnya, kewajiban suami itu bukan hanya mencari wang atau mencari nafkah lahir, tetapi seorang suami juga mempunyai kewajiban untuk menanamkan visi dalam rumah tangga. Untuk menunjukkan betapa beratnya tanggungjawap ini, Allah kiaskan di dalam solat jenazah. Cuba lihat di mana kedudukan imam pada jenazah lelaki dan di mana pula pada jenazah perempuan? Dan tanyalah mengapa sedemikian ketentuanNya? Tentu ada rahsia yang tersirat!

Lengkap-melengkapi

Mahu tidak mahu, kita perlu akur juga kepada keadaan di mana ramai juga anak-anak menjadi liar disebabkan perhubungan yang tidak baik dengan para bapa. Scenario ini berlaku kerana ada pada bapa yang mengambil mudah tanggungjawap memimpin isteri dan keluarga. Ada yang tidak berpengetahuan dan sekadar mengikut apa yang dilihatnya orang lain buat. Ada pula kerana tidak faham erti menjadi seorang bapa yang bertanggungjawap. Terdapat juga para suami yang meninggalkan isteri mereka dan jadilah isteri-isteri itu ibu-ibu tunggal yang perlu keluar pagi balik malamhanya kerana mahu mencari sesuap nasi untuk anak-anak yang ditinggalkan bapa. Lantaran itu, anak-anak terbiar juga. Hati merekasakit juga. Anak-anak yang sakit ini mencari ubat mereka di luar dan yang mereka jumpa adalah syaitan bertopengkan tabib!

Adalah tidak sihat juga jika pihak perempuan mengatakan semua yang terjadi salah lelaki. Sama juga tidak sihatnya untuk pihak lelaki mengatakan semua nin salah perempuan. Allah jadikan kita lelaki dan perempuan supaya kita sama-sama saling lengkap-melengkapi satu sama lain dan bukan menyalahkan satu sama lain. Di situ jugalah betapa pentingnya ibu dan bapa untuk pertumbuhan sihat diri anak-anak.

Sebuah masyarakat yang meletakkan tanggungjawap membesarkan anak-anak hanya di bahu ibu, akan perlu mejawap natijah pegangan itu. Anak-anak memerlukan kelembutan si ibu dan ketegasan si bapa di dalam mendidik mereka.

Bagi yang menyalahkan para wanita di dalam keruntuhan masyarakat, nanti dulu! Sebelum anda meneruskan hujah, cuba cari jawapan mengapa wanita-wanita ini keluar rumah begitu lama? Adakah semuanya kerana mahu mengejar umpan kerjaya? Pada pendapat saya, ini tidak benar. Ramai para wanita perlu keluar dan mencari pekerjaan kerana suami yang sepatutnya menjadi pelindung, tidak mampu berbuat demikian dan ada yang tidak mahu berbuat demikian. Anak-anak hampir kebuluran, maka hati seorang ibu tudak sanggup melihat anak-anaknya terus menderita. Wanita yang menerima nasib sebegini terpaksa menyelesaikan tanggungjawap yang sebenarnya bukan tanggungjawapnya.

Bermula di rumah

Sekali lagi, marilah sama-sama kita menyedai bahawa tanggungjawap mendidik seorang anak adalah tanggungjawap bersama. Malah ada sebuah pepatah yang berbunyi lebih kurang begini, "seluruh kampung perlu bekerjasama untuk membesarkan seorang anak dengan sempurna."

Marilah kita kaum ibu dan bapa melihat lebih dalam bagaimana kita boleh membantu para ibu dan bapa yang masih belum faham untuk melaksanakan tanggungjawap mereka dengan baik. Begitu juga dengan hati yang rendah, saya sarankan kepada para lelaki untuk melihat bagaimana mereka boleh menjadi pemimpin keluarga dan dunia dengan lebih baik. Dan seharusnya, kepimpinan bermula di rumah. Cuma hati yang dipenuhi kasih sayang terutama kepada Penciptanya akan mengambil tanggungjawap ini dan menghalang diri mancari kesalahan orang lain.

Jadikanlah kata-kata di bawah ini sebagai azimat hidup kita, baik para lelaki mahupun wanita, iaitu, "Saya mambawa perbezaan ke dunia ini!". Apabila setiap dia antara kita sedar dan mengambil langkah bahawa kita bertanggungjawap terhadap melahirkan generasi cemerlang, barulah generasi cemerlang itu terbina.

Hadith Nabi s.a.w.:
Daripada Salman bin 'Amir r.a., Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sedekah kepada golongan miskin, ganjarannya hanyalah sekadar pahala sedekah; sedangkan sedekah kepada mereka yang mempunyai hubungan silaturrahim terdapat dua ganjaran, iaitu pahala sedekah dan pahala menjalin hubungan silaturrahim. "

Hadith riwayat al-Tirmizi

hari ini, remaja2 kita kehulu ke hilir dengan pasangan masing.kebanyakan mereka berumur belasan tahun.yang jelas,mereka tidak tahu apa itu jodoh atau perkahwinan. berkepit dengan perasaan riang gembira.seolah dunia dia yang punya.

jadi,pergaulan seumpama ini perlu dihentikan dengan apa cara sekalipun.guru- guru di sekolah perlulah berleter hal ini kepada anak-anak murid mengenai akibat buruk perbuatan mereka ini.para ibu bapa mungkin tidak perasan dengan perangai anak-anak mereka atau mereka sudah tiada boleh apa-apa lagi dengan tabiat kepala batu anak mereka.jiran yang menegur perbuatan anak-anak seperti ini mungkin terjadi perkara yang tidak diduga seperti diserang oleh ibu bapa mereka atau anak-anak ini akan merosak harta benda jiran yang perihatin ini.pepatah melayu ada menyatakan " beranak seorang- seorang tetapi mendidiknya beramai-ramai " perlu dihayati dan diamalkan sepanjang masa.

Mari Kenali Ciri-ciri Kanak-kanak Pintar

Mari Kenali Ciri-ciri Kanak-kanak Pintar

Oleh : Mohd Shahrul Naim


Sejujurnya saya memang berminat dalam mengkaji topik "kanak-kanak pintar". Izinkan saya berkongsi dengan sahabat-sahabat semua maklumat yang saya dapat:

Ciri-ciri positif dari aspek fizikal, psikologi dan tingkahlaku kanak-kanak pintar cerdas

Pengamatan tinggi
• Menyedari sesuatu dengan lebih teliti berbanding dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya yang mungkin akan terlepas pandang

Keinginan untuk tahu tinggi
• Ingin mengetahui semua hal seperti objek, idea, keadaan situasi atau sesuatu acara

Minat mendalam
• Mungkin akan menfokus sesuatu perkara yang diminati dalam jangka masa sebulan atau mungkin setahun serta akan menjadi terlampau dalam hal tersebut

Menerima infomasi dengan pantas
• Selalu diandaikan seperti span,menyerap segala maklumat dengan cepat dan banyak

Ingatan yang tinggi
• Selalu dikatakan mempunyai ruang simpanan memori yang luas untuk pelbagai topik serta mampu mengingati semula dengan cepat

Mungkin dapat membaca lebih awal
• Kebanyakannya dapat membaca sebelum umur 5 tahun

Kerap membaca serta meluas
• Suka membaca bacaan yang meluas dan pelbagai subjek serta membaca dengan pantas

Tatabahasa yang tinggi
• Memiliki penggunaan tatabahasa yang canggih serta banyak dan suka menggunakan perkataan yang baru dan unik

Tahap penumpuan yang lama
• Berbanding kanak-kanak normal mereka ini dapat memberi tumpuan yang lebih lama dalam sesuatu perkara kecuali aktiviti tersebut tidak menggunakan daya pemikiran

Kebolehan menyelesaikan masalah
• Kanak-kanak pintar cerdas ini mampu untuk menyelesaikan masalah yang sukar untuk ditafsirkan serta memiliki kemahiran berfikir yang tinggi

Suka bertanya dengan lebih teliti
• Kebolehan untuk mencipta teori baru terhadap sesuatu benda yang berlaku

Keupayaan imaginasi yang tinggi
• Mampu untuk membayangkan sesuatu samada baik atau buruk dan boleh mencipta cerita yang bagus serta boleh menyatakan segala kebimbangannya

Minat dalam falsafah dan isu-isu sosial
• Sebagai contoh, perjalanan galaksi,masalah- masalah berkaitan populasi dunia,isu-isu alam sekitar

Sangat sensitif dari segi emosi dan emosi tingkah laku
• Mudah kecewa walaupun dalam hal-hal yang kecil tetapi boleh mengalir air mata apabila melihat keindahan matahari terbenam atau mendengar lagu serta sanggup untuk berhenti makan daging kerana sangat simpati terhadap haiwan

Sangat menitikberatkan hal-hal keadilan
• Sangat teliti dalam hal-hal betul atau salah bukan sahaja untuk diri sendiri malah untu orang lain

Bersemangat dan bertenaga
• Mereka ini kurang tidur berbanding rakan sebaya mereka tetapi mereka masih mampu dan mempumyai tenaga untuk meneruskan kehidupan seharian

Pandai berjenaka
• Mampu mencipta suatu situasi jenaka dan melakukan jenaka yang mana rakan-rakan sebayanya langsung tidak memahami

Sangat teliti dan mementingkan kesempurnaan
• Tidak suka melakukan kesilapan dan mudah kecewa bila sesuatu tidak dapat dilakukan dengan sempurna

Perkembangan asynchronous
• Perkembangan fizikal intelektual, emosi dan sosial adalah tidak sekata sebagai contoh kanak-kanak berumur 6 tahun mungkin seperti kanak-kanak 10 tahun inteleknya, kanak-kanak berumur 8 tahun seperti sosialnya dan kanak-kanak 6 tahun dari segi emosinya

Ciri-ciri negatif dan cabaran yang dihadapi oleh kanak-kanak pintar cerdas

Permasalah dari segi perkembangan asynchronous

1. Kanak-kanak pintar cerdas ini boleh memahami secara intelektuel mengenai perkara-perkara abstrak tetapi tidak mampu menagani perkara-perkara yang melibatkan konsep emosi yang mana akan membawa mereka ke arah kebimbangan seperti kematian masa hadapan seksualiti dan isu-isu yang lain

2. Perkembangan fizikal kanak-kanak pintar cerdas mungkin akan membataskan perkara atau kerja yang mereka berupaya menyelesaikannya melalui gambaran intelek mereka.
Sikap teliti dan mementingkan kesempurnaan boleh mendorong mereka kearah kekecewaan

3. Mereka boleh terlibat sama dalam perbualan orang dewasa seperti isu-isu global untuk satu minit tetapi selepas itu mereka akan menangis kerana mainan kegemaran mereka diambil oleh seseorang

Permasalahan dari segi pertuturan yang kehadapan dan kebolehan memberi alasan

1. Kanak-kanak pintar cerdas ini biasanya bersikap tidak mahu mengalah dalam apa-apa perkara. Walaupun begitu mereka tetap kanak-kanak dan memerlukan disiplin yang betul sengguh pun mereka itu bijak

2. Mereka boleh mempengaruhi orang lain. Ibu bapa dan orang dewasa lain perlu mangambil berat supaya mereka tidak menjadi orang yang mampu mempengaruhi orang lain kearah keburukkan.

3. Mereka juga akan cuba bersikap tunjuk pandai terhadap ibu bapa dan guru

Permasalahan dari segi sikap teliti dan kesempurnaan serta masalah emosi yang sensitif

1. Sikap kesempurnaan boleh membawa mereka kepada takut terhadap kegagalan sehingga mereka menjadi seorang yang putus asa

2. Mereka ini memerlukan data-data yang lengkap sebelum manjawap soalan-soalan yang diberikan, mereka sebenarnya lebih suka mencari jawapan sendiri kerana mereka malas untuk bersosial

3. Sikap sensitivity dan juga perkembangan minda mereka mampu untuk memikirkan hal-hal seperti peperangan, kebuluran, pencemaran, ketidak adilan dan keganasan. Jika mereka terlampau memikirkan isu-isu ini mereka akan mengalami masalah ‘introverted’ dan mungkin menjurus kearah “existential depression”.

Didik Anak Dalam Kandungan

Didik Anak Dalam Kandungan
Rab, 20 Okt 2010 15:44 | Fathi Yusuf & Ros Izanuri | Editor: kasihsayang


Kenapa remaja Hari ini lebih sukakan dendangan muzik Dan lagu-lagu dari alunan al-Quran? Mereka boleh bertahan berjam-jam mendengar muzik dengan earphone tersumbat ditelinga. Terhenjut-henjut tangan, juga kaki. Berapa lama mereka boleh tahan jika mendengar alunan al-Quran?

"Ustaz, bukan remaja belia saja minat lagu, 'remaja tua' pun sama. Mana nak dengar sangat al-Quran dalam kereta. Yang mereka pasang radio atau CD lagu-lagu," kata kawan saya, bila borak pasal muzik.

"Memang la Sham, kalau Kita tak biasakan dengar Quran, macam mana nak timbul rasa seronok. Memang la susah. Tambah pula kalau dari kecik lagi seronok dengan lagu. Kena pulak ibu bapa tak minat Quran," saya menambah

"Aha, tengok la ni, Ada pulak program realiti (hakikatnya: 'fantasi') TV untuk budak sekolah. Tergedik-gedik menyanyi. Mak bapak sokong pulak TU..." ulasnya lagi.

"Betul TU. Berhibur memang tak salah, tapi bila melampau sangat, hilang haluan. Sebenarnya dari dalam perut lagi Kita kena tarbiyah anak jadi soleh," balas saya.

Allah jadikan telinga punya tujuan. Lantas, ibu bapa perlulah didik anak agar menggunakan telinga untuk tujuan yang betul. Sejak dari awal lagi ibu bapa berlu membuat persediaan untuk mendidik anak menggunakan teliga Dan segala pancaindera dengan betul.

Suatu yang pasti, pasangan ibu bapa perlu membuat persediaan awal sebelum menyambut kelahiran anak. Persediaan yang penting bukan sahaja dari sudut kewangan Dan kesihatan, bahkan juga dari sudut kerohanian Dan pendidikan.

Keinsafan ibu Dan bapa tentang besarnya tanggungjawab sebagai pendidik Dan ketua perlu ditanam agar anak yang lahir nanti menerima layanan Dan asuhan yang sepatutnya. Antara persediaan awal termasuklah mendedahkan kepada janin dengan alunan yang murni di samping bersedia memilih nama yang sesuai untuk anak itu.

Seseorang anak sudah perlu dididik ketika dia masih dalam kandungan ibunya. Walau pun anak itu belum mampu berkata-kata atau melihat, namun dia dipercayai sudah boleh mendengar, merasai Dan menerima gelombang perasaan dari ibunya atau orang-orang yang berhampiran.

Oleh yang demikian, ibu Dan bapa digalakkan banyak menenangkan perasaan dengan membaca al-Quran, berzikir Dan bertafakur. Ayat-ayat suci yang dibacakan itu dapat mendamaikan hati ibu seterusnya membantu perkembangan jiwa murni anak. Suara bacaan al-Quran juga mampu mendatangkan barakah Dan rahmah dalam pembentukan anak.

Bahkan Ada juga yang berpendapat pengaruh pengajaran yang terdapat dalam ayat-ayat al-Quran yang dialunkan itu mampu menyelinap masuk ke dalam sanubari janin, lantas membentuh potensi peribadi soleh sebagaimana terkandung dalam pengajaran ayat itu. Sebab itulah, terdapat gesaan agar anak dalam kandungan tadi diperdengarkan bacaan Surah Luqman yang mengandungi pengajaran-pengajaran ke arah menjadi anak soleh, di samping surah-surah lain seperti Surah Al-Fatihah, Surah Al-Insyirah, Surah Al-Alaq, Surah Maryam Dan Surah Yusuf.

Si ibu juga dianjurkan agar bertaubat Dan membersihkan jiwa serta mengelakkan dari terjebak dalam maksiat Dan lagha sepanjang mengandung. Perasaan ibu perlulah damai. Jika tertekan, bayi boleh menjadi lemah.

Wujudkan suasana girang, gembira Dan syukur. Elakkan kemuraman, pertengkaran Dan kalimah-kalimah yang kotor. Oleh itu peranan bapa selaku lelaki yang paling hampir dengan ibu amatlah penting. Bahkan bapa disarankan juga perlu bergilir-gilir membaca al-Quran Dan berzikir bagi menceriakan halwa telinga anak yang di dalam kandungan.

Harap Kita semua boleh laksanakan, agar nanti Kita dapat anak-anak yang soleh Dan solehah – bukan anak-anak yang derhaka pada Kita.

Ahad, 17 Oktober 2010

Mengajar Anak Bersopan Santun

Entry ni bukanlah bertujuan untuk mengajar anda apa yang saya buat. Malah saya adalah dalam proses untuk mengajar anak2 saya supaya bersopan santun berbudi bahasa budaya kita. Manalah tau apa yang saya fikirkan ini salah dan anda boleh membantu kan?

Dalam mendidik anak, benda major yang paling kita kena ingat adalah : JANGAN HARAP KAU AJAR SEKALI ANAK TERUS PANDAI NOOO... sebab anak2 adalah mudah lupa dan proses mengulang2 adalah perlu supaya mereka dapat lazimkan benda tu dan akhirnya menjadi satu budaya. So, disebabkan kena ajar berulangkali makanya pulak : KAU JANGANLAH CEPAT2 JADI TARZAN KALAU ANAK KAU MASIH TAK HADAM APA YANG KAU AJAR. :P

Nak ajar bersopan santun ni selalunya memang ada dalam list perancangan kita sebagai mak ayah ni kan cuma idea nak ajar atau kat mana nak mula tu yang selalu jadi dilema. Udah namanya budak2 ye, macam anak2 ai baru umur 6 tahun yang paling sulung kans, umur tu pun belum pandai lagi kalau kita buat sistem ala2 kuliah dalam dewan kuliah, atau sistem Halaqah sebab apa yang mereka perlukan adalah SEDIKIT AYAT SIMPLE dan kemudiannya top MODEL.

Kalau pun nak ajar anak tentang manners dengan teknik kuliah atau halaqah usrah, apa yang perlu ada adalah buku bergambar. Saya bagi contoh paling best sekali adalah majalah Asuh, Ana Muslim, Upin Ipin dan lain-lain yang sama waktu dengannya. Senang bagi contoh ikut gambar katun2 ni sebab anak minat. Berbanding dengan kita bagi diorang tgk CD atau Youtube. Susah maa.. nak kena pause untuk bagi penerangan. Kalau buku ni direct aje.

Lepas tu, jangan amik banyak2 topik sekali ajar. Sebagai contoh, arini ajar tunduk bila berjalan depan orang tua, esok baru ajar jangan makan sambil bercakap pulak. Jangan la kita heret anak2 satu rumah untuk tunjuk dia banyak2 benda sekali. Dah la mereka itu belum lancar mengingati. Bubuh pulak banyak2 input. Nanti anak2 akan rasa teraniaya. (Alamak..semalam saya dah menganiaya Asmaa'..lepas mengaji saya paksa pulak dia baca 1 ms buku..huhu.. .)

Sopan santun ni adalah perkara yang ibubapa ajar dengan memberi contoh setiap hari. Sama ada kita sedar atau tak, mereka sedang memerhatikan kita. Semasa berbicara dengan pasangan, cakaplah dengan bersopan santun. Kalau dapat pesanan dari waiter di restoran, ucapkan terima kasih. Anak2 sentiasa memerhatikan kita dan mereka selalu mahu menjadi seperti kita. Dan kaedah ini lebih berjaya dari ajar mereka melalui buku, atau bawa mereka ke tempat ceramah.


Sopan santun di meja makan
Hehe..macam la kat rumah ai ada meja makan kan nak cakap pasal meja makan. Walaupun kami makan atas lantai, kami cuba jugakla ajar anak2 agar bersopan santun kan. Kalau diorang2 yang selalu bawak anak pergi dinner kat hotel ke atau kat majlis2 formal kenalah jugak kot ajar etika makan kan. Benda basic yang patut diajar adelah, jangan bercakap dengan mulut yang penuh dengan makanan dan kalau nak paskan makanan, pas elok2 jangan main lempar aje dalam pinggan orang. Kalau nak lauk yang jauh jugak takleh sampai nampak gelojoh tapi mintak baik2.

Berbual Dengan Orang Yang Baru Dikenali
Kalau ikut budaya kita, selalu dah nak sampai atau dah nak balik, kita akan suruh anak kita salam dengan tuan rumah atau tetamu yang datang ke rumah kita. Boleh juga praktikkan kenalkan mereka dengan orang itu. Kalau teringat ada baiknya juga kita pesan kepada mereka supaya menjaga tingkah laku semasa berada di rumah orang.

Menerima Hadiah
Tidak kira apa saja yang diberikan orang kepada kita, haruslah ajar untuk mengucapkan terima kasih. Kadang2 spoil jugak bila tetiba je diorang berlaku jujur dengan mengatakan, "Ala...barang ni saya dah ada, saya nak yang lain!" So, jadi tugas kitalah untuk mengajar anak menerima seadanya pemberian orang tapi jangan le sampai nampak terhegeh2 pulak nak kan mende tu kan. Ia adalah sebagai tanda kita menghargai orang lain.

Berkongsi
Satu benda yang kita kena ajar, walaupun kita galakkan mereka untuk berkongsi permainan mereka, jangan pulak sehingga mereka rasa permainan orang lain juga adalah hak mereka. Permainan mereka bolehlah mereka offer pada orang tapi jangan mereka mintak benda orang lain pulak. Kalau ada sesetengah orang yang datang rumah kemudian rasa macam barang kita itu dia yang punya, maka ajarlah anak rela2 kan barang itu (pilih2 la weih...takkan dia mintak TV nak bagi jugak kan??) tapi kalau anak kita nak bawak balik barang orang, jangan bagi langsung. Ini pendapat saya lah. Sebab kami pun tak banyak barang dan kalau orang nak bawak mainan anak2 pun rasanya kami tak terkilan sebab barang2 kami biasa2 aje...takde yang branded pun. Tapi kalau nak bagi barang kita tu, tanyalah dulu pada anak. Kalau dah perasan dia asyik usung satu benda tu je ke hulu hilir jangan pulak bagi kat orang mainan tu. Nanti dah besar dia tulis blog mcm Isabelle tulis dalam link ni:P

6 Sifat buruk isteri yang mesti dirawat

1. Wanita Ananah: banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.
2. Wanita Mananah: suka membangkit-bangkit terhadap suami. wanita ini sering menyatakan,”Aku membuat itu keranamu”.

3. Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

4. Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

5. Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6. Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Dicatat oleh Imam Al-Ghazali

Ujian Allah : Tanamkan Kesabaran

Penat berjalan melalui rutin dan hidup hari demi hari. Terasa sakit dan pening kepala memikirkan semua benda yang perlu dilangsaikan. Itu hanya sakit lahiriah, bukan pada batinnya pula! Memikirkan diri sendiri dan ummah lebih membimbangkan. Apakah kesudahan.

Hah. Begitulah hidup kita dalam dunia ini. Allah sering sapa diri kita dengan ujian. Tidak dinamakan seseorang itu hamba Allah jika tidak menerima ujian yang Allah berikan. Dan tidak dapat dikatakan seseorang itu beriman jika tiada sifat sabar. Dan tiadalah dikatakan seseorang itu SABAR jika tiada dugaan yang akan menguji kesabarannya.

Kadang-kadang, kita cepat sangat untuk mengeluh dan merasa lelah atas semua apa yang telah menimpa dan apa yang telah kita lakukan. Lambat laun, keluhan yang keluar dari bibir dan penat yang dituturkan akan membuahkan sifat malas dan rasa putus asa dalam diri seseorang.


Ujian Allah = Kasih Sayang-Nya

Dalam menempuh hidup disertai dengan ujian daripada Allah, perlu kita ingat, ujian dan dugaan itu adalah tarbiah Allah. Cuba ingat kembali apakah hikmah selepas ujian Allah itu, adakah kita merasa lebih tenang dalam kesenangan? Atau merasa lebih susah dalam kesusahan? Saya yakin deh! Kita semua boleh berfikir dan renung sejenak, disetiap ujian yang Allah turunkan, ada kebaikan akhirnya. Cuma, mahu tidak mahu sahaja untuk kita berfikir.

Ujian yang Allah berikan itu datang daripada pelbagai arah. Sama ada kita dipermainkan, dihina, dimaki dan dikhianati oleh hamba Allah yang kita kasihi, cintai, sayangi dan yang kita kenali, juga suatu penyakit yang Allah turunkan. Itu semua adalah kasih sayang Allah.

Allah sebenarnya ingin mengajar kita untuk lebih tabah dan tetap teguh dengan pendirian kita yang kita pegang. Allah ingin memberitahu kita banyak sangat perkara yang boleh membuat kita mendapat tiket untuk ke syurga-Nya.

Apabila ujian datang menimpa, kadangkala, kita terasa ujian yang Allah berikan itu datangnya seperti hujan, tidak henti-henti sudahnya. Dan juga, kadangkala terasa seperti diri kita sahaja yang Allah berikan ujian seperti itu.

Kita sering terlupa, bahawa setiap manusia telah dan akan Allah uji dengan cara yang lain. Kita terlupa, bahawa ada hamba Allah yang lain yang lebih teruk dan hebat ujian diri mereka. Begitulah sifat kita sebagai manusia. Seringkali terlupa. Rasanya ungkapan Tun Mahathir yang berbunyi ‘Melayu Mudah Lupa’ patut digantikan dengan ungkapan ‘Hamba Allah Mudah Lupa’.




Hamba Allah Mudah Lupa


Sabar : Orang-orang Yang Hebat

Seringkali, apabila kita teruji dan mungkin menangis menumpang adu kepada sahabat, ungkapan SABAR seringkali kedengaran dan menunjukkan bahawa kekuatan sabar itu adalah KUAT. Ada orang yang sudah lali dengan perkataan sabar yang diungkapkan oleh orang lain.. Ada orang akan mendapat semangat daripada perkataan sabar yang disebut oleh orang lain.

Dan bagi diri saya sendiri, apabila saya memujuk diri saya untuk bersabar, seakan-akan ada suatu semangat yang sukar untuk saya gambarkan. Begitu juga apabila sahabat-sahabat yang lain memberikan sedikit semangat untuk diri saya.

Perlu kita renung sejenak dan tanam dalam hati. Sifat SABAR itu adalah salah satu sifat yang paling tertinggi di sisi Allah. Bukan semua orang boleh bersabar dengan dugaan yang dihadapi, boleh bertenang sambil tersenyum dalam menjalani kehidupan hari demi hari. Tiada sifat seorang muslim yang paling tinggi di sisi Allah melainkan sifat sabar. Sabar adalah kekuatan. Ia tidak mengira keturunan atau darjat yang ada pada diri seseorang itu.

Pesanan buat diri saya sendiri. Saya seringkali memujuk diri. Saya yakin dengan janji Allah.

Allah tetap akan memandang hamba-hamba yang sabar itu lebih dari segalanya. Allah akan tetap memandang dengan pandangan yang penuh kasih sayang melalui pandangan rahmat-Nya. Malah, para malaikat juga akan turut mendoakan hamba yang sabar, Insyaallah.

Percaya dan yakinlah dengan Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan menimpakan sesuatu cubaan kepada kita melainkan kita mampu untuk menanggungnya. Allah tidak zalim untuk menyeksa kita dengan ujian yang Allah memang tahu kita tidak mampu untuk memikul ujian itu. Cuba renungkan kembali, atas dasar apa kita dilahirkan ke dunia dan apa niat kita di atas muka bumi ini.

Dengan sifat yang sabar, kita boleh menjadi seperti seteguhnya karang yang ada di laut. Tidak akan goyah walau dihempas badai yang melanda. Kita tetap akan menjadi lemah-lembut sepertimana rumput akur dengan belaian angin, tetapi kita tidak akan luruh dan tumbang akibat ditampar dengan ribut taufan yang sengaja datang untuk menyapa kekuatan SABAR yang kita ada.

Apabila sebarang musibah datang melanda, cepat-cepat bersuci dan menghadap Tuan Punya Dunia. Mengadulah, menangislah. Memang sifat kita lemah apabila berada di hadapan-Nya. Pujuk jugalah hatimu untuk melunturkan ego agar dirimu lembut untuk menitiskan airmata dihadapan-Nya. Ingatlah wahai diriku, secubit ujian yang Allah berikan, bergumpal-gumpal pahala sebagai ganjaran Allah kepada hamba-Nya. Syaratnya adalah dengan BERSABAR.


Kita Semua Adalah Pejuang

Kita semua adalah askar! Kita semua adalah pejuang! Dan seorang pejuang itu ada perjuangan yang wajib untuk dia selesaikan hingga ke akhir hayat. Hamba Allah, perjuangan kita sebagai hamba Allah adalah untuk menegakkan kalimah Allah di muka bumi sepertimana perjuangan Rasulullah s.a.w dahulu. Dan dengan perjuangan inilah kita akan mendapat keredhaan Allah.

Ingatlah, dalam barisan perjuangan kita ini memerlukan semangat yang tinggi, pengorbanan yang banyak. Semua itu tidak akan dapat kita selesaikan seandainya kita tiada sifat sabar dalam diri. Maka dengan itu, suburkanlah sifat sabar dalam jiwa.

Buangkan sejauh-jauhnya sifat amarah, jauhilah dendam jika dikhianat orang, dan maafkanlah kesalahan orang walaupun perbuatan itu sesuatu yang tidak dapat kita lupakan. Sesungguhnya, Allah juga sangat kasih kepada hamba yang pemurah dengan memaafkan kesalahan orang lain.


Pejuang Hidup Kerana Berjuang!

Seorang pejuang tetap wajib tegar di jalan perjuangan. Seorang pejuang tidak boleh berputus asa dengan perjalanan hidup yang masih panjang walaupun umur kita hanya Tuan Punya Dunia. Apabila seorang pejuang itu rebah kerana berputus asa, bermakna kita memberi peluang kepada iblis dan syaitan untuk bersorak kegembiraan kerana ada anak Adam yang lemah padahal syurga telah Allah janjikan bagi mereka yang penyabar.

Rebah seorang pejuang itu, memang keinginan syaitan laknatullah. Ketahuilah wahai diriku, seisi alam ini, haiwan-haiwan, tumbuh-tumbuhan dan para malaikat turut mendoakan kesejahteraan manusia yang baik-baik, yang tetap teguh seperti seteguh karang di jalan perjuangan ini.

Moga qalam ini dapat membuat diri saya berfikir kerana ku menulisnya untuk peringatan diriku sendiri. Aku perlu untuk tetap berdiri di jalan yang penuh duri yang berbisa. Aku perlu. Aku wajib! Kerana, aku hanya mendambakan redha Allah. Dan untuk mendapatkan redha Allah, aku perlu bersabar seiring melalui rintangan perjuangan yang tidak terduga.

Mutiara Kata

Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.

Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.

Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan.

Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama.

Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap.

Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar.

Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.

Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia.

Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.

Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.

Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan.

Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian.

Hiasilah kehidupan ini dengan gurau senda kerana ia melambangkan kehidupan yang harmoni. Jangan jadikan diri anda ibarat sekumpulan tisu-tisu kerana tugasnya adalah untuk mengesat benda -benda yang kotor "buah akal ialah ilmu pengetahuan,buah jiwa adalah iman dan buah fizikal ialah kemajuan" "cinta kepada bunga akan layu,cinta kepada manusia akan berpisah dan cinta kepada ALLAH s.w.t akan abadi" Wanita itu sendiri adalah rahsia Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya. Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

Cara-cara menggalak anak untuk berdaya tahan

DIBAWAKAN OLEH PERSATUAN PEMUDI ISLAM SINGAPURA
Cara-cara menggalak anak untuk berdaya tahan

Oleh
Shahida Sarhid

1.Tarbiahkan Tawakkal

dan Bersangka Baik

Bezanya di antara seseorang yang berdaya waja dan yang pendek akal adalah cara mereka melihat keadaan.

Orang yang berdaya waja tidak mudah berkeluh-kesah, mencari kesilapan ataupun berputus asa.

Mereka bersangka baik bahawa setiap cabaran itu adalah anugerah Allah untuk mempertingkat diri.

Jika anak anda menghadapi kegagalan atau sesuatu cabaran, galakkan dia melihat kepada yang positif.

Terapkan nilai bertawakkal bahawa segala usaha kita perlukan bantuan Allah untuk mencapainya.

2. Terapkan Minat Menimba Ilmu

Ilmu itu penyuluh kehidupan. Setiap cabaran akan dapat diatasi jika kita tahu di mana untuk mencari huraiannya.

Galakkan (bukan paksa) anak untuk membaca. Baca bersama mereka.

Jadilah contoh dengan menunjukkan kepada anak bahawa anda juga minat membaca. Jawab soalan yang mereka utarakan walaupun ia remeh pada penilaian anda.

Jika anda tidak tahu menjawabnya, pastikan anda merujuknya ke seseorang yang boleh membantu.

Rangkaian kenalan yang luas juga memberinya peluang untuk menimba ilmu dari pengalaman mereka.

3. Usaha

Jika anak anda perlukan sesuatu, galakkan mereka berusaha untuk mendapatkannya daripada anda memberikan dengan mudah .

Beri tugasan yang dia boleh lakukan untuk mendapatkan wang tambahan.

Tunjukkan fadhilat menabung kepada anak. Dari sini, anak anda akan kenal erti ketabahan.

4. Berikan Rangsangan

Setiap kita perlukan kata-kata rangsangan untuk menghadapi cabaran.

Tunjukkan kepada anak anda kasih sayang anda dengan belaian dan kata-kata rangsangan.

Elak dari menggunakan cacian (walaupun anda tidak berniat begitu) sebagai cara merangsang.

Anak anda tidak akan dapat menyelam isi hati anda dan akan menyangka bahawa anda benar-benar kecewa dengan kegagalan beliau.

5. Sabar dan Solat

Bukankah Allah telah menjanjikan pertolongan kepada mereka yang memohon dengan sabar dan solat? Solat memberi kekuatan dalam diri anak anda.

Masa yang dihabiskan dalam solat adalah peluang untuk anak anda menikmati ketenangan dan keluar dari cabaran kehidupan harian.

Solat juga memberi anak tempat mengadu yang paling sesuai apabila menghadapi kesukaran.

Tips Melatih Anak Berpuasa

Tip Melatih Anak Berpuasa

Ramadan tiba lagi. Lebih mengujakan, tahun ini si kecil mulai belajar berpuasa! Namun, melatih si kecil berpuasa tidak boleh dilakukan secara paksa. Perlu dilakukan secara bertahap kerana si anak belum memiliki kewajiban berpuasa penuh . Beberapa cara yang boleh membantu dalam melatih si kecil berpuasa. Semoga Allah s.w.t memudahkan niat anda untuk mendidik buah hati tercinta. Jika sukar mendidi knya usah putus asa. Sesungguhnya Allah s.w.t dekat dengan hamba-Nya yang bertaqwa.

1. Memberi pemahaman tentang kepentingan Ramadhan. Seeloknya dilakukan sebelum tiba bulan Ramadhan lagi. Gunakan kata-kata yang jelas intonasinya, lambat, dan menggunakan bahasa yang sederhana sesuai dengan umur anak. Jelaskan apa itu puasa, bila waktunya untuk berpuasa, apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan ketika berpuasa. Akan tumbuh niat yang kuat dalam diri si kecil saat tibanya Ramadhan.

2. Sambutlah bulan Ramadan dengan wajah yang berseri-seri dan penuh ceria. Si kecil pasti akan bersemangat untuk berpuasa dan akan dipraktikkan dengan mudah hingga mereka meningkat dewasa.

3. Menetapkan waktu tidur si kecil bagi memudahkan mereka bangun sahur.

4. Tidak meletakkan makanan mahupun minuman secara terbuka di hadapan mereka. Letak jauh daripada perhatian si kecil.

5. Seeloknya jauhkan si kecil daripada bergaul dengan kawan-kawannya yang malas berpuasa sebaliknya galakkan si kecil bergaul dengan kawan-kawannya yang rajin berpuasa.

6. Menjanjikan hadiah sebagai rangsangan. Di samping penghargaan dan pujian sebagai anak yang sabar, hadiah berupa peralatan pembelajaran boleh juga diberikan.

7. Beritahu tentang pahala dan syurga Allah s.w.t. kepada si kecil. Mereka pasti akan merasa senang sekaligus dapat berbakti kepada kedua ibu bapanya.

8. Memberi alternatif pengisian waktu yang tepat dan positif. Contohnya, waktu tidur atau memberi permainan yang mendidik agar si kecil lupa dengan rasa haus dan lapar. Anda juga boleh mengajaknya mengaji Al Quran bersamasama dan membacakan kisah-kisah teladan para Nabi dan Rasul.

9. Mengajak si kecil menyemarakkan syiar Islam seperti solat terawih berjemaah di masjid, mengaji dan mengkaji Al Quran dan sebagainya.

10. Manfaatkan semaksima mungkin pembiasan puasa di bulan Ramadhan bagi anak-anak sejak awal usia mereka. Perhatian yang berterusan dengan pengendalian yang bijak dapat mencambahkan kesedaran serta minat si kecil untuk berpuasa. Mendidik anakanak adalah satu tanggungjawab. Kesedaran anak-anak merupakan tabungan ibadah bagi anda sebagai ibu bapa yang telah mendidik mereka dengan cara yang sewajarnya.

5 Petua Lahir Anak Soleh

Allah SWT berfirman dalam surah ar-Rum ayat 30 yang bermaksud: “(Tetaplah atas) fitrah Allah yang menciptakan manusia menurut fitrah itu. (Hukum-hukum) ciptaan Allah tidak dapat diubah. Itulah agama yang benar. Tapi sebahagian besar manusia tidak mengetahui.”

Dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari daripada Abu Hurairah : “Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud, “setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (tidak mempersekutukan Allah) tetapi orang tuanya yang menjadikannya seorang Yahudi atau Nasrani atau Majusi.”

Sebenarnya, setiap manusia yang lahir ke dunia dalam keadaan suci bersih dan yang membentuknya menjadi baik atau buruk adalah kedua ibu bapanya sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Namun, sebelum mahu membentuk anak menjadi salih, ibu atau bapa hendaklah berusaha menjadi ibu yang salihah dan bapa yang salih.
Justeru, pertama, perlu kita mempertingkatkan ketakwaan kepada Allah SWT agar anak meniru sikap yang kita paparkan. Jangan sekali-kali meninggalkan sembahyang atau apa-apa disyariatkan kita lakukan.

Kedua, banyakkan memohon kepada Allah SWT dengan menggunakan doa yang ma’thur iaitu doa daripada al-Quran atau Hadis.

Antaranya doa terbaik yang dipetik daripada al-Quran iaitu ayat 38 surah ali-Imran : “Rabbi Hab li Min Ladunka Zurriyatan Toiyibatan, innaka sami’ud du’a.” Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik, sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.”

Begitu juga surah Ibrahim ayat 40: “Rabbij’alni muqiimas solati wamin zurriyati rabbana wa taqabbal du’a.” Maksudnya: “Wahai Tuhanku Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankan doa permohonan ku.”

Ketiga, suami isteri perlu hindarkan diri daripada sering bertengkar. Ini disebabkan, pertengkaran itu boleh menyebabkan wujud suasana tidak harmoni dalam hubungan suami isteri dan dibimbangi mempengaruhi anak.

Keempat, jauhi daripada melakukan perkara fasik atau maksiat. Apabila ibu atau ayah sukakan perkara maksiat boleh membawa kerosakan besar dalam hubungan suami isteri, begitu juga anak. Berusahalah mewujudkan suasana baik sebagai mana firman-Nya dalam surah ar-Rum ayat 21 yang bermaksud: “Dan antara tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati (Sakinah) dan hidup mesra dengannya dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang (mawaddah) dan belas kasihan (rahmah)…”

Kelima, banyakkan membaca al-Quran ketika mengandung. Tidak semestinya membaca ayat pilihan seperti surah Yusuf dan surah Maryam. Sebaik-baiknya, baca sehingga khatam kemudian diulang. Begitu juga apabila anda ingin membesarkan anak, dengarkan anak dengan bacaan al-Quran kerana ia boleh mempengaruhi jiwanya.