Al-Quran

Listen to Quran
Memaparkan catatan dengan label Amalan Hidup. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Amalan Hidup. Papar semua catatan

Khamis, 4 Oktober 2012

Sifat Sombong Merugikan

Apabila kita tidak berilmu, kita harus mengamalkan sifat merendahkan diri untuk belajar. Kita tidak boleh menjadi orang sombong, kerana dengan kesombongan itu, kita akan menjadi orang bodoh. Sekalipun seseorang itu mempunyai ilmu yang mencapai tahap ijazah kedoktoran (PhD), jika dia sombong, ijazah kedoktorannya itu tidak akan menjadikan dia lebih bijaksana. Hal ini kerana, orang sombong dengan ilmunya tidak akan suka ditegur dan dibetulkan. Dia merasakan dirinya sentiasa benar dalam semua perkara. Maka jika dia tersalah, dia akan kekal dalam kesalahan itu. Dia juga tidak suka menadah ilmu daripada orang yang dirasakannya lebih rendah tahap ilmunya. Maka ilmunya tidak akan meningkat dan berkembang, tetapi akan beku atau hanya menjurus pada satu-satu bidang yang dia pakar sahaja.

Lain halnya dengan ahli ilmu yang tawaduk atau merendah diri. Seorang yang tawaduk akan sanggup menadah ilmu daripada siapa saja. Dia juga rela ditegur dan dikritik. Kepada orang yang merendah diri, Allah akan berikan padanya hati yang lapang, fikiran yang cerdas dan perasaan yang tenang untuk mendapat ilmu yang banyak.

Ilmu akan meninggikan darjat seseorang di sisi Allah dan manusia tetapi dengan syarat, orang itu merendah diri. Namun sekiranya dia angkuh, tunggulah, ilmu itu yang akan menghenyaknya ke bawah. Ingatlah, rasa tidak berilmu adalah pakaian peribadi orang yang benar-benar berilmu.

Dari Allah datang semuanya

Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya.
Dia menyambung semula kerjanya.

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya.Lelaki itu menoleh ke kiri,kanan dan disekelilingnya.Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.

Tidak lama kemudian,lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama,dia mengambil dan menyimpannya.
“Rezeki aku!” kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar,logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu.

Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya.Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan,cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.

Namun,jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut.Dek kerana itulah,ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas.Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah,lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.

Lantas,ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai.Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.
Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu.Setelah merasa sakit dan terganggu,lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi.

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

P/s : Sahabat sekalian,kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta.Tanpa sedar,Allah sering menjatuhkan ‘syiling’ lambang rezeki,rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.

Tuhan menjatuhkan ‘syiling’ itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya.Tetapi,kita acap kali lalai untuk ‘mendongak’ ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi,apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian,lalu Dia jatuhkan pula ‘batu’ yg berupa musibah,kegagalan,keperitan dan pengalaman yg menyakitkan.

Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.

Rabu, 26 September 2012

Warna Kehidupan Jangan Dikeluhkan

 Alhamdulillah, indah dan uniknya ciptaan Allah. Penuh dengan keperlbagaian dan variasi yang tersendiri. Pada setiap kejadian ada perbezaan dan persamaan yang tidak sama. Walaupun seakan kelihatan sama, namun tetap berbeza. Seperti seorang lelaki dengan lelaki yang lain.

Walau kejadiannya adalah sama, namun setiap lelaki tidak sama. Ada perbezaannya. Demikianlah juga perempuan dan seluruh makhluk yang diciptakanNya. Hatta pasangan kembar seiras juga tetap ada perbezaannya walaupun kelihatan sama.

Unik kan? Subhanallah... Agung sungguh ciptaan Allah.

Cuba kita renungkan... seorang pereka fesyen, pereka grafik.. pada satu saat akan terasa berat memikirkan idea dan ilham mencari design-design yang terbaru. Kadang-kadang seakan mati akal mencari design yang pelbagai. Tidak mahu design yang sedang disiapkankan mempunyai kriteria yang sama dengan design yang terdahulu. Namun, Allah walau ciptaanNya tidak dapat dihitung lagi, tidak ada satu pun yang sama ciptaannya.


Buktinya, lihat sahaja ibu jari kita. Berjuta, berbilion manusia tidak ada seorang pun yang memiliki garis ibu jari yang serupa. Begitu jugalah Allah ciptakan manusia ini pelbagai ragam. Pelbagai sifat.. Pelbagai perangai..

.MasyaAllah, ajaibnya ciptaan Allah... Penuh dengan warna-warni dalam penciptaanNya.

Kehidupan dan Ujian

Kenapa perlu kita keluhkan..

''Aih... aku tak suka lah cam ni...aku tak suka lah dia tuh... dia tak buat macam ni''

"Aku geram lah dengan dia ni... Pinjam barang tak bagitahu dulu. Lepas tu jadikan hak milik pula"

Kenapa kita marah orang sesuka hati

'' Kau ni kenapa lambat sangat nak faham... kenapa kau macam ni..?''

" Engkau pergi mana tadi? Tahu tak aku dah lama tunggu kat sini?"

Mungkin kita pernah terlepas kata. Mengeluh dan memarahi tanpa usul periksa. Waktu itu, apa yang kita fikir hanya tentang diri kita sahaja. Kita utamakan perasaan kita. Lantas kita luahkan ketidak puasan hati kita. Kita mengeluh. Marah dan berlalu dengan muka masam mencuka.

Kenapa tidak kita nasihati jika sahabat itu melakukan kesalahan? Mengapa tidak kita tanamkan redha pada setiap ujian yang Allah berikan untuk kita? Bukankah setiap apa yang mendatang itu adalah ujian buat kita. Sama ada ujian itu berbentuk nikmat, apatah lagi berbentuk perkara yang tidak kita sukai dan senangi. Mengapa kita tidak muhasabah diri dulu sebelum memuhasabah, memarahi orang di hadapan kita?

Kita terlupa, saat itu sebenarnya Allah menguji keimanan kita. Kesabaran kita. Demikianlah kehidupan dan ujian yang hadir dalam hidup kita. Ujian juga adalah warna- warni yang mewarnai hidup kita. Dan warna warni inilah yang akan mencorakkan kehidupan kita. Jika kita mewarnakan kehidupan kita dengan warna gelap kehitaman, maka lakaran corak hidup kita tidak seindah yang di rasa. Begitu jugalah kehidupan kita, jika kita mewarnakan ia dengan pelbagai warna, maka kehidupan kita pasti menawan rasa.

Bukankah pelangi itu indahnya pada biasan warnanya yang pelbagai? Begitulah juga dengan kehidupan. Jika kehidupan itu diwarnakan dengan pelbagai warna, maka keindahan itulah yang dapat nikmati.



''Dengan Mengingati Allah Jiwa Akan Menjadi Tenang"'

Kadangkala kita terlepas pandang. Apabila ditimpa musibah, kita mendahulukan manusia dari Allah. Sedangkan musibah itu datangnya dari Allah. Maka, mengapa manusia yang perlu didahulukan. Adakah kita lupa tentangnya..???

Istighfarlah sahabat.. Kadang kala hadirnya musibah itu kerana berpunca dari diri kita sendiri. Musnahnya kehidupan flora dan fauna bukan dari sesiapa, tetapi puncanya dari tangan-tangan manusia. Banjir kilat, tanah runtuh, dan pelbagai lagi ujian alam yang menduga adalah kita pemulanya. Maka, jangan mengeluh jika musibah itu beralih arah kepada diri kita sendiri. Kerana itulah perlunya beristighfar, memohon keampunan kepada Tuhan agar diampunkan segala kekhilafan dan keterlanjuran diri.

Demikianlah jika ada sahabat-sahabat kita yang membuatkan kita tidak senang dengan sesuatu perkara. Jangan mengeluh dan marah sesuka hati. Mungkin saja ianya sebagai asbab diri kita sendiri. Sebelum kita menuding jari kepada orang di hadapan kita, dahulukanlah menuding jari ke arah diri sendiri.

Jangan juga dipinta seseorang mengikuti kehendak kita sedangkan tahap dirinya tidak tercapai. Tidak termampu olehnya. Mungkin ada sebab sesuatu yang kita tidak tahu mengapa dan kenapa demikian hal yang berlaku. Yang penting, mohonlah keampunan kepada Allah, dan pintalah moga Allah jauhkan kita dari sifat amarah. Sesungguhnya amarah itu adalah dari syaitan dan syaitan itu adalah dari api.

Ayuh muhasabah.. Jangan dikeluhkan ujian yang Allah berikan. Didiklah diri agar bersabar sentiasa dan hiasi hati itu dengan keindahan bersangka baik. Sesungguhnya itulah ciri-ciri mukmin yang membahagiakan dan menyenangkan orang lain.

Barangsiapa yang baik akhlaknya di dalam muamalatnya pasti akan dimuliakan oleh orang lain. InsyaAllah~



Warna-warni kehidupan

Wahai sahabat... Cuba kita renungkan bersama. Jika semua orang ragamnya adalah sama sahaja dengan kita.. Apakah akan terjadi dengan kehidupan kita...????

Bosan bukan? Tapi mengapa..??

Kerana tiadanya warna -warni (ujian) yang mewanai kehidupan kita. Kehidupan yang penuh dengan warna warni pasti indah seterusnya akan memberi keindahan dan kebaikan pada sekeping hati (iman). Iman itu jika tiada musibah atau ujian, maka sifatnya hanya mendatar dan mungkin saja akan menurun selayaknya. Namun, sekiranya iman itu dihadirkan dengan ujian dan cabaran, maka iman itu akan meningkat sesuai dengan tahap iman yang ada. Semakin iman itu mantap, maka semakin hebatlah pula ujian yang mewarnainya.

Yakinilah janji Allah bahawa setiap apa yang Dia rencanakan tetap punyai hikmahnya.

Maka, Usah dikeluhkan ujian pada sebuah kehidupan.

Ubat Penyakit Takbur



Imam al-Ghazali ada mencatatkan lima cara untuk mengikis sikap takbur dalam diri seseorang iaitu dengan cara:

Apabila kita bersuara dengan anak-anak kecil, maka kita anggaplah yang sebenarnya dia lebih bersih dan mulia daripada kita kerana mereka masih belum mempunyai dosa-dosa berbanding dari kita yang telah dewasa.

Apabila kita bersuara dengan orang tua pula, maka kita anggaplah yang sebenarnya doanya lebih mulia daripada kita kerana dia lebih lama beramal ibadah kepada Allah dari kita.

Apabila kita bersuara dengan orang alim pula, maka kita anggaplah yang sebenarnya beliau lebih mulia daripada kita kerana insan sebegini memiliki lebih banyak ilmu yang beliau ketahui tetapi kita belum mengetahuinya.

Apabila kita bersuara dengan orang jahil pula, maka kita anggaplah yang sebenarnya dia lebih mulia dari kita kerana dia melakukan dosa disebabkan kejahilannya, sedangkan kita berdosa akan tetapi memiliki ilmu pula dengan sengaja kita melakukannya walaupun hakikatnya kita tahu yang mana satu perkara buruk dan baik.

Apabila kita bersuara dengan orang kafir pula, katakanlah dalam hati bahawa suatu hari nanti mungkin dia akan insaf dan akan memeluk islam. Maka semua dosa yang dilakukan sebelum dia masuk Islam akan diampunkan oleh Allah s.w.t. Sedangkan kita pula sebagai umat islam sejak lahir terus-menerus melakukan dosa tanpa mengenal balasan Allah yang bakal tiba kelak.
..Dan yang sebenarnya telah banyak manakah dosa dan pahala yang tidak mampu kita pastikan..?
Dari itu segeralah kita kembali kepadaNYA semoga amalan kebaikan kita didunia ini akan dibalas kegembiraan diakhirat kelak. Renung-renungkanlah wahai sahabatku.

Wirid Melapangkan Pintu Rezeki



Salam semua..
Saya kongsikan sebuah kisah tentang pengamalan wirid yang bisa melapangkan pintu rezeki umat islam..

Jom kita hayatinya bersama-sama..

Beberapa baris wirid yang dibaca selepas solat, selain dipetik dari Al-quran, ada ‘asbabun nuzul’ atau rentetan dari sebuah peristiwa tersendiri yang membawa kepda pengamalnya. Barangkali dari itulah ia diangkat menjadi bacaan yang diambil dari surah Ali Imran, ayat 26 dan 27.

Rasulullah s.a.w. telah mengkabarkan kepada Sayaidina Muaz Bin Jabal r.a akan kelebihan wirid tersebut. Baginda juga telah memberikan sebuah doa kepada seorang sahabat yang bernama Abu Umamah r.a. Dan doa itu mengandungi khasiat yang sama seperti wirid yang telah diajarkan kepada Muaz Bin Jabal.


Mari kita selami kisah ini bersama-sama..

“Aku tidak melihatmu di masjid semalam,” Rasulullah s.a.w. menegur Sayidina Muaz Bin Jabal r.a, sesesai berjemaah Zuhur.

“Maafkan aku, wahai Rasulullah. Aku tidak berpeluang untuk menunaikan solat Jumaat semalam. Semasa dalam perjalanan ke masjid, aku telah dihalangi oleh seorang kaum Yahudi. Aku dikurung dirumahnya dan tidak dibenarkan ke mana-mana,” jawab Sayidina Muaz dengan panjang lebarnya.

“Kenapa?”

“Aku telah banyak berhutang kepadanya,” akui Sayidina Muaz terusterang. “Sehinggalah aku merayu dan berjanji akan menjelaskan hutang-hutangnya apabila beroleh wang nanti, barulah aku dilepaskan,”

Rasul tersenyum sambil menepuk-nepuk bahu Saydina Muaz berkata, ” Aku ajarkan kepadamu dua potong ayat. Jika engkau mahu mengamalkannya, Allah akan meluaskan rezekimu untuk menjelaskan semua hutangmu, walaupun hutangmu sebesar gunung banyaknya.”

“Mahu..mahu, wahai Rasulullah,” jawab Saydina bersungguh-sungguh.

Rasulullah s.a.w. pun membacakan dua ayat al-Quran dari Surah Ali Imran iaitu ayat 26-ayat 27. Sayidina Muaz mendengarnya dengan cermat dan teliti, sebelum ikut membacanya semula. Selepas itu dia terus mengamalkannya dua potong ayat yang banyak khasiatnya itu. Sehingga Saydina Muaz menjadikan ayat tersebut sebagai wirid hariannya.


Surah Ali Imran Ayat 26.
Katakanlah, “Ya Allah, yang merajai kerajaan, Engkau memberikan kerajaan kepada siapa yang Engkau mengkehendaki, dan melucutkan kerajaan daripada siapa yang Engkau mengkehendaki, dan Engkau memuliakan siapa yang Engkau mengkehendaki, dan Engkau menghinakan siapa yang Engkau mengkehendaki. Di tangan Engkau yang baik; sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuatu.

Surah Ali Imran Ayat 27.
Engkau menjadikan malam memasuki ke dalam siang, dan Engkau menjadikan siang memasuki ke dalam malam, dan Engkau mengeluarkan yang hidup daripada yang mati, dan Engkau mengeluarkan yang mati daripada yang hidup, dan Engkau memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau mengkehendaki tanpa perhitungan.”

Berkat daripada kata-kata Rasulullah tersebut, akhirnya Sayidina Muaz telah menjadi orang yang berjaya dan maju dalam bidang perkerjaannya. Dengan jayanya itu membolehkan ia melunaskan semua hutangnya.
Petikan oleh: Muhammad Widad

Dua Puluh Amalan Membuka Pintu Rezeki

Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Diantaranya:


1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah .a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas .a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-ra’d: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.


9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”


10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.


11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)


12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)


13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas .a.)


14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .


15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)


16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7)
Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)


17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.


18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.


19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.


20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab .a.)


Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)


Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.
Sumber: hanan.com.my

Sabtu, 30 Oktober 2010

Jauhi daripada perbuatan yang mendatangkan bala

Jauhi daripada perbuatan yang mendatangkan bala

SESUNGGUHNYA bala Allah S.W.T akan menimpa hamba-hambanya yang bersekongkol dalam melakukan maksiat dan kemungkaran.

Sebuah hadith yang diriwayatkan Abu Daud dan at-Tirmidzi, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Sesungguhnya apabila manusia melihat manusia lain melakukan kezaliman lalu tidak melarangnya, (maka dikhuatiri Allah akan menimpakan azab-Nya secara umum tanpa ada yang terselamat sama ada yang melakukan kezaliman atau yang melihatnya tanpa mencegahnya. ”

Huraian:

Selaku umat Islam kita hendaklah sentiasa berwaspada daripada melibatkan diri dengan perbuatan-perbuatan yang salah sama ada di sisi agama mahupun undang-undang kerana semuanya ini akan memberikan imej yang tidak baik terhadap Islam di samping menunjukkan contoh yang buruk kepada yang bukan Islam.

Adalah menjadi kewajipan untuk kita menegur sebarang perkara yang buruk sebelum ianya berlarutan menjadi satu budaya dalam masyarakat seperti maksiat, penindasan dan sebagainya kerana dibimbangi jika dibiarkan suatu masa kelak bala Allah akan menimpa yang akan mengenai seluruh makhluk di sekitarnya. (Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)

Khamis, 21 Oktober 2010

43 Perkara Ringan Yg Menyekat Rezeki.

43 Perkara Ringan Yg Menyekat Rezeki.
Bismillah..

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.

1. tidak sembahyang atau solat.
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri..
5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38.. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.

Menguap

MENGUAP MENURUT ISLAM

Daripada Abu Hurairah r. a. bahawasanya Baginda Rasulullah saw bersabda
bermaksud: “Sesungguhnya Allah swt suka orang yang bersin, dan membenci orang
yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan
'Alhamdulillah' , maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula
mengucapkan 'Yarhamukallah! '.

Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap,
hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila
seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya. (Hadith Riwayat Bukhari)

Daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang
bermaksud: “Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya
pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang
terbuka.” Riwayat Imam Muslim

Nabi Muhammad saw bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah suka kepada orangorang
yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang
kamu menguap, jangan sampai berbunyi, kerana yang demikian itu daripada syaitan
yang mentertawakanmu.” Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi

Daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Rasulullah saw yang
bermaksud: “Sesungguhnya Allah swt membenci sesiapa yang mengangkat suara
ketika menguap dan bersin.” Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi

Pengajaran daripada maksud hadith, antara adap-adap menguap dan bersin:
1. Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama ketika solat
2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di
luar solat.
3 Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika menguap atau bersin.
4. Sunat ketika bersin mengucapkan
“Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya pula mengucapkan “Yarhamukallah” .
5. Sunat mengucapkan “Astaghfirullah” selepas menguap.

Jangan mengeluh

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

And here is the rest of it.

QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "

- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."

- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"

- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?

- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "

- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."

- Surah Yusuf ayat 12

Nota:
Peringatan ini saya terima dari sahabat yang prihatin pada saya. Saya sebarkan peringatan ini untuk ingat mengingati kepada kebenaran.

Jangan delete, mungkin ada yang memerlukan.. .........

Regards,

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Amalan Terbaik

AMALAN TERBAIK DALAM HIDUP



1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan - Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.
2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatandalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.
4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.
7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akandi kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
8. Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.
9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.
10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi
11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.
12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makandengan 3 jari(ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan
13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi
14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh
15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.
16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah
17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum
18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu
19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman
20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana
21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung
22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalazii m) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah
24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan - Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah
25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA
26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al- Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) - Bukhari
27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH
28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur
29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan
30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihatNabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang terdedah aurat) - Bukhari
31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW
32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) - Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh
33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari
34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalazi im) tiga kali - Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) - bukhari
36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang
37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) - Abu Dawud
38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya
39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Abu Naim
40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya - Bukhari
41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya
42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya - Muttafaq Alaih
43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih
44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain
45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketikaberoleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH - Abu dawud
46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya
47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali - Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar
48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah seban yak 10 kali setiap selesai solat Maghrib
49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami
50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.

Cara2 mengatasi ketika marah

Bagaimana menghilangkan Marah

Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego
seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan
seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak
hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan
menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan
kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.

Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki.
Kenapa kita mesti marah ? Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait syair:

"Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi. Istirehatkan
hati dari kata-kata "Barangkali" dan "Kalau".

Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah mahu
melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan
mengucapkan " Inna lillahi wainna lillahi raji'un.". Pernah ditanya Ahnaf
bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu.
Ahnaf menjawab : " Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari
sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi
yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempat daging itu
diletakkan dihadapan Qias, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu
jatuh terkena anak kecil Qais. Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan
kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan
tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman " Aku
bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi muali hari ini aku akan
membebaskan kamu." Begitulah sopan santunnya dan pemaafnya Qais bin Asim"
Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya.

Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala
kejadian itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka
hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan
kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau
atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia " tuan" kerana apa yang ada
padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai ketikanya Allah akan
ambil kembali.

Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa rasa
"ketuanan" kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun
nafsi. Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah
ialah :

a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s.w.t akan segala tindak-tanduk
kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.

b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang
hina.

c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan
kita daripada sifat marah.

d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa
kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya
lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam
keadaan yang marah.

f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas
Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu keranawudhu dapat menenangkan
api kemarahan yang sedang membara.

h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah
tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada
tidur

i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan
akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.

Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah
orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah
dengan lemah lembut dan kasih sayang.

Wassalam


Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka
duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insha Allah kemarahan akan
mulai reda.

Dengan cara demikian, seperti ulasan saudara fansuri, keegoan akan
berkurangan. Tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang bersandar
akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah
tidak dapat dikawal.

Wassalam..


Marah ertinya gerakan nafsu diri,seketika meluap darah jantung dari suruhan
syahwat utk mempertahankan diri dan utk melepaskan dendam. Cuma kemarahan
itu tidak boleh timbul kalau tidak pada tempat dan waktunya. Bila kemarahan
telah timbul tidak ditahan dgn fikiran dan akal sebelum
dia menjalar,tidak ubahnya dia dengan api yg membakar, darah naik laksana
wap, memenuhi otak,sehingga gelap menyelubungi hati sehingga tidak
sanggup
berfikir.Menyelimut i seluruh urat saraf, penglihatan nampak kecil bila
memandang orang,ketika itu pertimbangan hilang,akal
tertutup,fikir tersentak,angan- angan habis.

Orang yg marah adalah laksana gua batu yg terbakar
api terkurung di dalamnya dan angin masuk juga mengipasnya
sehinggalah terkumpullah di dalam gua asap
dan wap yang menambahkan panas..
Kedengaran api memakan kelilingnya habis menjadi bara
Meskipun diusahakan menyiram..
maka air penyiram itu akhirnya akan menjadi minyak tanah
menambah kerasnya api.

berbanyak-kanlah. .beristighfar itulah senjata orang2 mukmin.

wassalam

Atasi baran dengan bacaan ruqyah

Saya mempunyai suami yang panas baran. Dulu tidaklah sebaran ini, ia masih boleh dikawal. Sekarang tak boleh tanya atau tegur sikit pasti dia melenting. Kalau bergaduh dia suka keluar malam dan balik pukul 2-3 pagi. Saya cuba berlembut dengan mengikut rentak dia tapi saya rasa tertekan. Beban keluarga diletakkan di atas bahu saya. Anak sakit, perbelanjaan anak-anak, duit dapur hampir semua saya yang urus.

Perasaan syak kuat menguasai saya. Mana tidaknya dia pernah ada perempuan lain. Banyak kali perkara ini terjadi tapi saya maafkan dia kerana fikirkan anak-anak. Saya cuba berbincang tapi semua usaha saya berakhir dengan pergaduhan. Sikapnya itu membuatkan saya tawar hati dengannya. Namun saya masih sayangkan dia dan pernah ajak dia dapatkan kaunseling tapi saya dimarahi.

Kadang-kadang hendak rasanya berpisah dengan dia tapi memikirkan anak-anak, saya batalkan niat itu. Hingga sekarang saya cuma mampu bersabar dan berdoa supaya dia lembut hati dan menjadi suami yang penyayang serta prihatin kepada keluarga. Apa yang merisaukan saya, kadang-kadang marah saya agak keterlaluan dan menyimpan perasaan dendam terhadapnya. Rasa bersalah memang ada tapi bila bergaduh semua itu saya tolak tepi. Apa yang perlu saya lakukan?

Jawapan:

Saya turut bersimpati di atas apa yang terpaksa puan tempuhi. Namun, begitulah pahit maung ujian kehidupan, bukan hanya puan seorang malah setiap insan yang dilahirkan di bumi ini pasti ada suratan ujian masing-masing yang tidak dapat dielakkan seperti firman Allah dalam surah al-Mulk, ayat 2: Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup – untuk menguji dan menzahirkan siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya; dan Dia Maha Berkuasa, lagi Maha Pengampun. (67:02)

Walau bagaimanapun, Allah SWT telah memaklumkan kepada kita mengenai hal ini seperti firman-Nya dalam surah al-Baqarah, ayat 155: Bahawasanya, Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut serta kelaparan, dan menghadapi masalah kekurangan harta benda, kehilangan jiwa dan berkurangannya hasil tanaman serta buah-buahan. Maka berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.

Allah SWT kemudiannya ‘mendidik’ kita tentang apa yang perlu dilakukan apabila ujian kehidupan mengundang dalam ayat seterusnya (2:156): (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa sesuatu kesusahan (musibah), mereka lantas berkata: “Sesungguhnya kami ini adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami akan kembali.

Jadi, perbanyakkanlah lagi sabar sambil berzikir ayat ini: “Inna lillahi wa inna ilayhi raaji’un”. Allah SWT telah menjanjikan orang-orang yang membuat amalan ini dengan tiga perkara: 1. Doa (kurniaan), 2. Rahmat dan 3. Hidayah daripada-Nya di dalam ayat seterusnya (2:157): Mereka itulah orang-orang yang akan dilimpahi dengan berbagai-bagai kurniaan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang sentiasa mendapat petunjuk hidayah-Nya.

Bagi mengatasi masalah baran suami puan, cubalah membaca ruqyah (sejenis doa atau ‘jampi’ syar’ie) dengan ayat 69 dalam Surah al-Anbiyaa’ ini semasa barannya muncul: Wahai api, jadilah engkau sejuk kepada Ibrahim dan peliharalah kesejahteraannya! (21:69)). Mudah-mudahan Allah menyejukkan barannya seperti mana api yang membakar Nabi Ibrahim disejukkan dengan izin Allah. Amin.

Apabila berhadapan dengan sikap keras hati suami puan, bolehlah mencuba bacaan ruqyah dari Surah al-Naml, ayat 30: Sesungguhnya (perutusan itu) dari Nabi Sulaiman, dan kandungannya (seperti berikut): Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (27:30).

Ia bersempena kisah Nabi Sulaiman yang mengajak Ratu Saba’ yang bernama Balqis agar memeluk Islam. Akhirnya, hati baginda menjadi lembut untuk memeluk Islam setelah membaca kepala surat perutusan daripada Nabi Sulaiman di atas. Mudah-mudahan bacaan ruqyah puan walaupun dalam diam akan melembutkan hati suami puan untuk kembali bertanggungjawab kepada keluarga dan bersedia untuk berbincang elok-elok dengan puan dengan izin Allah. Amin.

Bagi pihak puan juga, perlulah melakukan muhasabah diri. Contohnya mengkaji sama ada waktu puan mengajukan cadangan untuk berbincang itu sesuai atau tidak. Orang lelaki biasanya ada anginnya yang tersendiri terutamanya tidak mahu diganggu ketika sedang sibuk dengan sesuatu, dan biasanya apabila puan bertanyakan sesuatu ketika dia lapar, mengantuk, bersedih, penat atau tertekan akan membangkitkan kemarahannya.

Puan juga digalakkan memperbanyakkan istighfar kerana dalam Surah Hud, ayat 3 Allah menjanjikan kebahagiaan dan kesenangan bagi orang-orang yang memohon keampunan dari-Nya dan bertaubat (pulang menyerah diri untuk taat kepada-Nya)

Berdoa adalah sinonim dengan kehidupan seseorang Muslim, hatta solat itu pun maksud asalnya doa. Amalan berdoa menjadi simbol penyerahan diri kita kepada Allah dan betapa kita sentiasa memerlukan Allah al-Samad – tempat bergantung. Puan boleh bermunajat kepada-Nya, pohonlah apa jua permintaan puan dalam bahasa Melayu sekalipun di mana-mana dan bila-bila masa sahaja. Allah kan Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Serulah dari 99 Nama-nama-Nya yang Indah (Asma’ Allah al-Husna) dalam doa puan, seperti Ya Razzaq Ya Fattah agar Allah melimpahkan rezeki keluarga puan dan seumpamanya, semoga ia segera dimakbulkan. Amin.

Sebagai satu alternatif, puan juga boleh mencuba bacaan ruqyah dari ayat 200, Surah Ali Imraan yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (dalam menghadapi segala kesukaran), kentalkanlah daya kesabaranmu, sabarkanlah di antara kamu, perkukuhkanlah ikatan sesama kamu dan bertakwalah kepada Allah. Semoga Allah Menentukan kamu akan Berjaya (akhirnya). (3:200)).

Satu lagi amalan baik untuk perlindungan keluarga puan, bacalah Bismillahillazi la yadhurru ma’asmihi shay’un fil ardhi wa la fissama’ wa huwassami’ul alim. (Maksudnya: Dengan nama Allah yang terpelihara segala sesuatu dengan nama-Nya daripada apa-apa yang memudaratkan sama ada di bumi atau di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.) Menurut baginda, sesiapa yang membacanya tiga kali pada waktu pagi maka tiada apa yang boleh memudaratkannya sehingga waktu petang; begitu jugalah apabila ia dibaca tiga kali pada waktu petang, maka tiada apa yang boleh memudaratkannya sehingga waktu pagi. [Sumber: Sunan Abu Daud, juzu' 3, hal. 132, bil. 5088].

Semoga keluarga puan terpelihara di dalam perlindungan Allah terutamanya anak-anak puan daripada mudarat perceraian. Amin

~ Utusan

BERHATI-HATI MENJAGA HATI

BERHATI-HATI MENJAGA HATI

الا وان في الجسد مضغة اذا صلحت صلح الجسد كله واذا فسدت فسد الجسد كله الا وهى القلب
" Sesungguhnya didalam jasad manusia ada seketul daging, seandainya ia baik maka baiklah anggota badannya, seandainya ia rosak maka rosaklah anggota badannya, ketahuilah! ianya hati "( HR:Bukhari &Muslim )

Sepertimana penyakit zahir yang menyerang tubuh badan kita yang berpunca dari bakteria, kuman dan virus secara perlahan dan berperingkat yang mampu menjadi kronik dan akhirnya menjadi asbab kepada kematian.

Maka begitu jugalah dengan hati kita yang sentiasa diserang virus, bakteria dan kuman dosa yang mampu menjadi tenat secara beransur-ansur dalam berbagai peringkat sehinggalah mematikan hati kita.

Peringkat kuman dosa yang merosakkan hati :

1) Merasa bersalah bila berbuat dosa
Pertama kali melakukan dosa, hati rasa menyesal, bersalah dan resah, kerana perbuatan jahat adalah sesuatu yang berlawanan dengan fitrah kejadian manusia yang tercipta dalam kesucian.

2) Merasa biasa bila berbuat dosa
Namun rasa berdosa tidak bertahan lama apabila dosa diulang-ulang. Rasa berdosa akan hilang sedikit demi sedikit dan hati sudah terbiasa dengan kehadiran dosa. dulu, bila berdosa temannya airmata tapi sekarang alah bisa tegal biasa. Hati rela dan tega dalam dosa.

3) Merasa seronok bila berbuat dosa
Dosa itu kuman disalut keindahan. Sesudah hati terbiasa dengan dosa maka timbul rasa seronok melakukannya. Rasa ketagih, gian, kemaruk mengulangi dosa. Dosa sudah bertukar dari racun menjadi nikmat. Dosa kini sudah bertakhta didalam dada.

4) Menjadi pembela kepada Dosa
Inilah nafsu yang tak pernah puas, begitu juga syaitan yang berjuang menghasut manusia tanpa kendur dan mundur. Dari rasa berdosa, kemudian biasa dengan dosa, kemudian seronok berbuat dosa dan akhirnya menjadi pejuang dan pembela dosa. Mereka sudah ditahap kritikal kerana mereka mempromosi, menjadi duta kepada dosa. Jika ada ahli agama menegur, maka mereka sedia bangun mempertahankan serta membela perlakuan dosa mereka.

" Hati semakin sakit, semakin keras, menjadi buta, menjadi barah membawa virus munafiq, syirik dan kafir dan akhirnya hati mati "

" Oleh itu hendaklah kita berhati-hati menjaga hati "

Firman Allah : Al-Isra' ayat ; 72

ومن كان في هذه أعمى فهو فى الأخراة أعمى واضل سبيلا
" Dan sesiapa didunia ini buta hatinya, maka diakhirat nanti juga akan buta, dan lebih sesat lagi jalannya "

By ustaz Amran

Adab Bersin

Adab bersin

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah SWT sukakan bersin dan benci pada menguap. Jika salah seorang kamu bersin dan memuji Allah SWT, hendaklah orang Islam yang mendengarnya mengucapkan "Yarhamukallah". Sedangkan menguap itu adalah daripada syaitan. Maka jika seorang kamu menguap hendaklah ia mengembalikannya (menahannya) sedapat mungkin, kerana apabila kamu menguap, syaitan akan ketawa melihatnya." (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Tasymid dan Tahmid Dari Anas bin Malik r.a. katanya: "Dua orang laki-laki bersin dekat Nabi SAW. Lalu yang satu ditasymitkan oleh baginda sedangkan yang satu lagi tidak. Maka bertanya orang yang tidak ditasymitkan, tetapi aku bersin tidak kamu tasymitkan. Mengapa begitu, ya Rasulullah?" Jawab baginda, "Yang ini sesudah bersin dia memuji Allah sedangkan kamu tidak." (Sahih Muslim)

Huraian:
1. Islam selaku agama yang mulia amat menekankan kesopanan dan kesantunan dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besarnya sama ada dalam pergaulan, percakapan ataupun tingkah-laku refleks seperti menguap, bersin dan sebagainya.
2. Ketika menguap terdapat adabnya yang tersendiri iaitu hendaklah meletakkan tangan di mulut ketika menguap untuk menutup pandangan yang tidak elok ketika mulut terbuka dan juga untuk menghalang sesuatu daripada masuk ke dalam mulut. Selain itu kita disuruh mengurangkan bunyi ketika menguap, seboleh-bolehnya tidak kedengaran langsung.
3. Manakala apabila bersin pula kita hendaklah memalingkan muka ke arah lain sambil menutup mulut dan hidung untuk mengurangkan bunyi bersin tersebut selain untuk mengelak daripada terkena jangkitan pada orang lain. Selepas bersin hendaklah mengucapkan "alhamdulillah", sebagai rasa bersyukur dengan memuji Allah. Dan orang yang mendengarnya hendaklah mengucapkan "yarhamukallah" sebagai mendoakan kesejahteraan orang yang bersin itu agar dia agar dirahmati Allah. Serta dibalas pula oleh orang yang bersin dengan mengucapkan "Yahdiinaa wayahdiikumullah". Namun begitu sekiranya orang yang bersin itu tidak mengucapkan 'al-hamdulillah' selepas bersin maka dia tidak berhak untuk diberikan ucapan tersebut.
4. Menjawab orang yang bersin (jika dia mengucapkan hamdalah) hukumnya wajib, dan wajib pula menjawab orang yang mengucapkan "Yarhamukallah" dengan ucapan "Yahdiina wayahdii kumullah", dan jika seseorang yang bersin itu terus menerus bersin lebih dari tiga kali, maka kali keempatnya hendaklah diucapkan "Afakallah" (Semoga Allah menyembuhkan anda) sebagai ganti dari ucapan "Yarhamukallah".
5. Bersin yang terlalu kerap melebihi 3 kali menandakan seseorang itu kemungkinan diserang selsema manakala menguap yang terlampau kerap menandakan seseorang itu tidak cukup tidur selain menunjukkan ciri-ciri kemalasan yang patut dihindari dengan melakukan aktiviti senam ringan dan sebagainya.
Sumber: JAKiM

15 Anugerah Allah pada Wanita

Ditulis Oleh Mohd Yusof Hadhari Bin Saidon


1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. Keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. Lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,”Tidak” Sabda Baginda “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah Dan tidak Ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah Dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.

2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan DOA keberkatan.

3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.

4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah ( Kaabah).

5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit Dan bumi.”

6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat Dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di Hari akhirat.”

8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang Dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar Dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”

9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka Dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka Dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat Dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di Mata orang-orang yang memerhatikannya.”

10. Sabda Nabi s.a.w. : ” Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut Dan janggut suaminya, memotong misai Dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut Dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga Dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka Dan selamatlah IA melintas Titian Shiratul Mustaqim.”

11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar Dan berjuang ke jalan Allah Dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat Dan bidadari Dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga Dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang diperbuat daripada permata yakut.

13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan Dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya Dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

15. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya IA menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya IA mentaati perintah tersebut Dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau Dan dirinya. Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

http://seutastasbih.blogspot.com/2010/10/15-anugerah-allah-pada-wanita.html

Petua Mencuci Hati

Dr. Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini Ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat Dan banyakkan berdo'a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah Dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan Kita Dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati Dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-Allah" sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap Hari.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam Mata, katakan di dalam hati : "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – cubalah!!

8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Mengingati mati – Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa.

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang shubhah.(diragui halal Dan haramnya.)

14. Berkawan dengan ulama'.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi.)

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pacaindera (Mata, telinga, mulut Dan lain-lain.)

Faedah susu ibu

Islam menggalakkan supaya setiap bayi diberikan susu ibu sejak bayi dilahirkan lagi. Allah menjelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 233 yang bermaksud , "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap,iaitu bagi mereka yang hendak menyempurnakan penyusuan itu."

Banyak kajian membuktikan kelebihan susu ibu berbanding susu sintetik/susu buatan dari lembu. Walaupun kajian demi kajian dilakukan untuk menyakan khasiat dengan susu ibu sendiri,tapi susu sintetik ini tidak dapat menandingi kehebatan Dan manfaat yang terdapat dalam susu ibu. Susu ibu adalah makanan yang terbaik sekali bagi pembesaran baik semenjak IA dilahirkan lagi.

Begitu agungnya Allah, sebaik bayi dilahirkan, proses pengeluaran susu ibu juga bermula. SubhanAllah, susu ibu mengandungi khasiat yang betul. Sebaik bayi dilahirkan,susu pertama berwarna kekuningan,IA dikenali sebagai KOLOSTRUM Dan mempunyai 3 kali lebih khasiat Dan antibodi serta sel darah putih yang tinggi.

KOLOSTRUM mampu melawan penyakit Dan amatlah rugi bagi ibu-ibu yang tidak menyusukan anak-anak mereka di awal waktu kelahiran. Susu ibu bersih Dan dapat menghapuskan bakteria,tambahan pula susu ibu menganduing DHA Dan AA(yang seperti Kita biasa dengar dalam iklan tin-tin susu). Kandungan DHA Dan AA dalam susu ibu adalah yang terbaik berbanding susu buatan.

Faedah Penyusuan Bayi :

1. Kita sering melihat bayi kecil menangis tanpa hent. Hal ini kerana besar kemungkinan pada masa itu perutnya telah kembung. Sekiranya bayi disusui dengan susu ibu selama tiga bulan masalah ini dapat diatasi,Insya-Allah. Selain itu, susu ibu dapat menentang penyakit biasa seperti sembelit,lelah Dan ekzema.

2. Susu ibu tersedia bila-bila masa Dan telah disteril secara neutral Dan bebas dari sebarang kuman Dan bakteria,walaupun diperam berapa lama dalam badan si ibu,susu ini tidak akan basi.

3. Mampu meningkatkan kecerdasan bayi Dan penumbuhan sel-sel otak sehingga 10-15 kali lebih cepat berbanding mereka yang meminum susu lembu.

4. Mencegah dari penyakit rabun malam.

5. Mencegah bayi dari mendapat alahan.

6. Menggelakkan taun.

7. Menggelakkan jangkitan telinga.

8. Susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic Dan Asid Arachidonic yang berguna bagi penumbuhan sistem otak Dan saraf. Ia tidak terdapat dalam susu tiruan.

Sekian sahaja ilmu yang dapat saya kongsikan untuk anda semua,mudah-mudahan ilmu yang sikit ini mendapat berkat Dan sebarkan demi kebaikan bayi-bayi Kita.

Derita sakit pinggang

Bersama Pakar Urologi Prof Madya Dr Zulkifli Md Zainuddin, Ketua Unit Urologi, Pusat Perubatan UKM, Cheras

Saya mengalami gejala sakit pinggang kira-kira dua bulan yang lalu. Saya terasa amat sakit setiap kali duduk terlalu lama terutama pada pinggang sebelah kiri.

Kaki saya juga terasa sakit ketika memijak lantai. Saya ingin tahu apakah ini berbahaya atau cuma sementara. Saya mohon secepat mungkin saya diberitahu kerana saya sudah tidak tahan menanggung sakit.
------------ --------- -
DARI apa yang saudara ceritakan, ada dua masalah kesihatan yang perlu dipastikan sebelum rawatan diberi. Ini membabitkan sama ada saudara mengalami masalah tulang belakang atau masalah batu karang ginjal. Dari segi simptom yang saudara hadapi, iaitu sakit pinggang yang menjadi lebih teruk jika saudara duduk terlalu lama serta kaki sakit semasa memijak, saya merasakan kemungkinan besar saudara mengalami masalah yang berkaitan dengan tulang belakang. Masalah yang paling sering berlaku ialah masalah slipped interveterbral disc atau prolapsed interveterbral disc.

Dalam kedua-dua masalah ini, apa yang terjadi ialah pelapik yang terletak di antara tulang belakang terkeluar dan menekan saraf yang keluar di sisi tulang belakang. Ini boleh terjadi akibat trauma pada bahagian belakang, misalnya terjatuh atau cedera semasa bersukan.

Seseorang itu akan mengalami sakit pada bahagian pinggang selalunya pada bahagian tengah tulang belakang. Sakit ini menjadi lebih teruk semasa bergerak, duduk lama, berdiri lama atau di dalam posisi tertentu seperti membongkok.

Sakit ini boleh dikurangkan dengan baring atau rehat atau dengan memakan ubat tahan sakit. Sering juga sakit ini juga akan menjalar turun ke bahagian paha dan kaki. Pesakit selalunya menggambarkan kesakitan ini seperti aliran elertrik turun ke kaki. Pada peringkat yang teruk, ia boleh menyebabkan kebas-kebas pada bahagian paha dan kaki malah kaki juga boleh menjadi lemah dan lumpuh.
Sakit yang berpunca dari batu garang ginjal juga boleh mempunyai tanda tanda yang sama iaitu sakit belakang yang teramat sangat. Bgaimanapun, ia akan dirasai pada bahagian di mana batu itu berada iaitu sama ada di sebelah kiri atau kanan tulang belakang.



Sakit yang berpunca dari batu karang ini berbentuk memulas dan tidak ada kaitan dengan pergerakan atau posisi badan. Malah ia boleh berlaku ketika seseorang sedang berehat.

Ada setengah pesakit akan mengalami loya dan muntah. Jika batu karang mula bergerak turun ke dalam ureter, sakit yang memulas ini akan dirasakan turun ke bahagian bawah abdomen.

Pada kaum lelaki, sakit ini boleh dirasakan hingga ke buah zakar atau penghujung kepala zakar. Kebanyakan pesakit juga akan mendapati air kencing akan bercampur dengan darah.

Ada juga yang mengatakan terdapat ketulan batu atau pasir dilihat keluar bersama-sama dengan air kencing .Kencing juga akan menjadi pedih dan tidak lawas sekiranya air kencing dijangkiti kuman.

Untuk mendapat penyelesaian punca masalah sakit belakang saudara, saya ingin menasihatkan saudara berjumpa pakar orthopedik terlebih dulu. Beberapa penyiasatan seperti x ray dan mungkin Magnetic Resonance Imaging perlu dilakukan untuk mengetahui status sebenar tulang belakang saudara.

Untuk mengetahui sama ada saudara menghadapi masalah batu karang ginjal pula, ujian seperti xray dan ultrasound ginjal perlu dilakukan. Bagi sesetengah pesakit yang disyaki mengidap masalah batu dalam ureter pula, siasatan seperti intravenous urogram (IVU) atau CTU perlu dilakukan.


Info Kesihatan

Kesan negatif akibat masalah tulang belakang

1. Osteoporosis (bagi wanita)
2. Stress
3. Migrain
4. Rabun dekat/jauh
5. Sakit mental
6. Lemah tenaga batin
7. Kurang aktif atau kurang stamina
8. Cepat letih
9. Cepat marah
10. Lambat berfikir
11. Sakit pinggang
12. Masalah buah pinggang

Faktor Diska Tergelincir

* Mengangkat barang berat tanpa mengikut cara atau kaedah yang betul.
* Melompat dari tempat yang tinggi.
* Terbabit dalam kemalangan jalan raya.
* Kurang bersenam sehingga menjadikan tulang belakang tidak kuat.
* Sering melakukan aktiviti lasak.

Simptom

* Sakit bahagian belakang pinggang.
* Sengal dan kebas punggung dan kaki.
* Lemah kaki.
* Kesakitan berdenyut-denyut pada paha dan kaki.
* Jika diska tengkuk terbabit, kesakitan akan dirasai sehingga ke tangan dan kebas kaki.

Rawatan

PESAKIT yang mendapatkan khidmat tukang urut, biasanya hanya pulih untuk seketika tetapi selepas beberapa hari, keadaan itu boleh menjadi bertambah serius.

Justeru, pesakit dinasihatkan supaya menemui doktor dan menjalani pemeriksaan sinaran-X serta Magnetic Resonance Image (MRI). Melalui MRI, doktor dapat melihat dengan jelas dan mengenal pasti diska yang terkeluar dari kedudukan asal.

Selepas disahkan diska menekan urat saraf, doktor akan menjalankan rawatan peringkat awal, iaitu rawatan konservatif ke atas pesakit. Pesakit dinasihatkan supaya banyak berehat, tidak melakukan kerja berat atau mengangkat barang berat.

Pesakit juga diberi ubat-ubatan dan jika kesakitan beransur kurang, mereka dinasihatkan melakukan senaman ringan untuk menguatkan otot. Lazimnya, pesakit akan menjalani rawatan konservatif di antara tiga dan enam minggu.

Bagaimanapun, jika tidak ada sebarang perubahan selepas tempoh itu, doktor akan menasihatkan pesakit supaya menjalani pembedahan discectomy. Melalui pembedahan ini, doktor akan mengeluarkan sedikit diska yang tergelincir supaya tekanan ke atas saraf dapat dikurangkan.

Biasanya, selepas pembedahan, pesakit akan pulih dalam tempoh kira-kira dua minggu hingga satu bulan. Mereka juga berasa lebih selesa untuk melakukan aktiviti harian.

Bagaimanapun, pesakit dinasihatkan supaya bersenam dan tidak melakukan aktiviti yang boleh menyebabkan diska tergelincir.

Tahukah anda?

SERAMAI 2.2 juta penduduk Britain dilaporkan menerima rawatan sakit belakang setiap tahun dan sebahagian besarnya didapati kurang cergas serta jarang bersenam.

Menurut pakar biokimia Hospital Royal Free, London, Prof Donald Grieve, pekerjaan yang hanya memerlukan seseorang itu duduk terlalu lama, dipercayai menjadi punca sakit belakang, selain kurang bersenam yang menyebabkan lemah otot dan mudah mengalami kecederaan.

# Elak baring terlalu lama.
Mengurangkan sakit belakang

# Berehat.
Sebaik-baiknya berbaring di atas katil yang rata dan letakkan bantal di bawah lutut.

Cara itu dapat mengurangkan ketegangan otot. Cuba lakukan kaedah ini tiga hari berturut-turut.

Terlalu lama baring pun tidak elok kerana ia boleh menyebabkan otot menjadi lemah dan ini mendedahkan ketegangan.

# Mandi air suam
Mandi atau berendam di dalam air suam boleh melegakan sakit belakang.

Sebaik-baiknya rendam dalam air suam selama kira-kira 20 minit setiap hari.

Bagaimanapun, wanita mengandung tidak digalak menggunakan kaedah ini kerana boleh menyebabkan keguguran.

# Menggunakan tilam yang sesuai
Tilam lembik dan buruk boleh memburukkan lagi keadaan sakit belakang. Dapatkan tilam yang lebih elok untuk menjamin keselesaan dan kesihatan.

# Ambil aspirin
Aspirin boleh dimakan untuk meredakan kesakitan, tetapi mesti mendapat pandangan doktor terlebih dulu kerana bimbang terhadap kesan yang boleh dihadapi disebabkan pengambilan itu.

# Relaks
Tenangkan fikiran kerana sakit belakang juga dipercayai berpunca daripada tekanan emosi.

# Gunakan kusyen
Sebahagian besar kerusi kenderaan tidak menepati ciri-ciri keselesaan dan apabila memandu terlalu lama, kesakitan akan bertambah teruk.

Justeru, untuk memastikan kesakitan tidak berterusan, letakkan kusyen kecil di belakang anda.

# Berenang
Berenang adalah senaman aerobik yang paling berkesan untuk meredakan sakit belakang. Jika tidak tahu berenang, berjalan pantas juga dapat membantu meringankan masalah.

# Mengangkat barang dengan cara yang betul
Apabila mengangkat barang berat, pastikan barang itu diangkat dengan cara yang betul. Contohnya, dekatkan barang itu ke badan anda.

# Kawal berat badan
Pastikan berat badan seimbang. Badan yang terlalu berat juga boleh memburukkan lagi keadaan sakit belakang.

Suri Rumah

Hendak dijadikan sebuah cerita yang sebenarnya tidaklah menarik mana pun, tapi kalau dibaca sampai habis nanti tahulah bahawa cerita ini memang menarik. Marilah sama-sama ikuti luahan hati seorang suri rumah yang bernama Zulaikha binti Zulkifli dan menggunakan samaran atau nama manja iaitu Ikha. Berbalik pada Ikha seorang suri rumah yang sudah beranak empat. Kisah cintanya memang menyayat hati, tapi kita ringkaskan sebab itu bukan point utama cerita ini.

Ringkasan cinta Ikha - Ikha bertemu dengan Riduan bin Hashim pada usianya sembilan belas tahun, bercinta selama tujuh bulan dan terus berkahwin walaupun dihalang oleh bakal mertuanya. Sebabnya, emak mertuanya mahu Ikha dan anak lelakinya sendiri sambung belajar walaupun Riduan ketika itu sudah mendapat segulung Ijazah. Bila sudah kahwin, sah-sah Riduan atau pun panggilannya abang tidak membenarkan Ikha menyambung pelajarannya ataupun bekerja.




Mulai hari itu Ikha menjadi suri hati abang dan juga suri rumah dengan sahnya. Ikha redha dengan kehendak abang jadi Ikha bertekad untuk menjadikan suri rumah sebagai profession yang serius. Pelbagai langkah yang diambilnya untuk membina kerjaya sebagai suri rumah. Ikha yang pada mulanya tidak pandai masak telah bertungkus-lumus belajar memasak. Bukan itu sahaja, Ikha juga cuba mengambil hati emak mertuanya yang tidak berapa setuju dia menjadi menantu.

Kegigihan dan keikhlasan Ikha akhirnya membuahkan hasil apabila dia diterima dan menjadi menantu favourite. Manakala Ikha telah melahirkan empat zuriat yang kini terdiri dari umur 10 tahun, 8 tahun, 6 tahun dan 4 tahun. Dalam pada menguruskan hal rumahtangga Ikha juga mengambil kesempatan dengan menulis beberapa buah novel. Itu yang menjadikannya begitu bangga dan bahagia.

Suatu hari, ketenangan hatinya terusik apabila Ikha menerima satu panggilan dari seorang kawan. Ikha bermuram dan bermasam muka sepanjang hari.

"Kenapa ni sayang, abang tengok Ikha ni macam ada masalah je?" Tanya Riduan.

"Abang, minggu depan kawan-kawan sekolah menengah saya ada buat gathering dan saya dijemput sekali." Suara Ikha perlahan.

"Hah! Pergilah. Yang Ikha masih fikir-fikir lagi tu kenapa? Ingat abang tak bagi ya. Abang bagi pergilah. Takpe, cakap hari apa? Abang jaga budak-budak." Pujuk suaminya.

"Bukan, bukan itu masalahnya. Abang, saya seganlah nak pergi. Dia orang semuanya dah berjaya, semua dah ada career. Saya seorang je yang kahwin awal. Semua kawan-kawan saya sambung belajar." Muka Ikha sedih.

"Hish! Isteri abang ini lagi berjaya. Ikha, Ikha ni seorang isteri, seorang ibu, seorang anak, seorang menantu yang baik. Itu kan dah berjaya. Lagipun Ikha juga seorang guru bila mengajar anak, seorang akauntan bila jaga kewangan kita, seorang chef dan pelbagai lagi." Riduan bangun dan terus ke surau.

Ikha masih termenung, kata-kata abang tidak sedikit pun menyakinkan dirinya. Ikha dalam dilema sama ada hendak pergi atau tidak. Kalau ikutkan hati rasa rendah dirinya dia tak mahu pergi, tapi rasa rindu untuk bertemu dengan kawan-kawan sekolahnya.

Dalam pada tidak ada keputusan Ikha pun sediakan baju untuk ke gathering itu. Ikha keluarkan baju kebaya berwarna pink dan bermanik-manik. Dia mahu kelihatan jelita dan anggun pada mata kawan-kawannya nanti.

Pejam celik, pejam celik tibalah hari perjumpaan itu. Walaupun dalam hati masih ragu untuk pergi tapi Ikha mengambil keputusan untuk pergi atas dorongan abang.

Rasa berat hatinya untuk meneruskan hasrat untuk bertemu dengan kawan-kawannya. Kereta Ikha sudah diletakkan di tempat parking. Sebelah kereta BMW dan sebelah pula kereta Toyota Wish. Ikha terasa kerana dia hanya membawa sebuah kereta berjenama tempatan. Dihayunkan juga langkah masuk ke dalam Hotel Nikko yang bertaraf lima bintang itu.

Ikha mengumpulkan semua semangat untuk berdepan dengan rakan sekolahnya.

"Ikha, how are you? Bestnya dapat jumpa student terpandai kat sekolah. Hei! Tengok ni siapa ada kat sini, Penolong Ketua Pengawas tahun 1994.' Tegur Azira yang merupakan saingan Ikha dalam pelajaran.

Ikha hanya menelan air liur dan tersenyum, memang dulu dia pelajar popular dan hebat tapi sekarang dia hanyalah seorang suri rumah. Ikha hanya mendengar kawan-kawannya bercerita. Mereka bercerita tentang kejayaan career dan apa yang mereka miliki sekarang.

"Aku dulu takut tengok Ikha ni bedah katak masa kelas biologi tapi sekarang aku dah bedah orang pun." Sabariah dengan bangganya bercerita tentang kerjayanya sebagai seorang doktor bedah.

"Dilani, kereta you tu model barukan? Ok juga Honda tu. I baru ambil SUV baru, senang nak balik kampung. Eh! Popular student kita ni dah jadi apa sekarang? Mesti youhebat sekarang." Rita memandang tepat ke arah Ikha.

Semua mata tertumpu pada Ikha dan semua senyap menunggu Ikha membuka mulut. Mereka memang berminat ingin tahu apa yang Ikha lakukan sekarang.

"Mmm.., I after STPM tak sambung belajar tapi I kahwin, Sekarang ni I jadi housewife anak empat. My hubby is manager kat sebuah syarikat kapal. I..." Mata Ikha terkulat-kulat ketika bercakap.

"Anak you mana? Lelaki, perempuan? Mesti comel dan bijak." Tanya Azira.

"Ikha...habis tu you jaga anak sepenuh masa la? Wow!" Rita pula menyampuk.

"Ikha...kenapa suara you perlahan, ceritalah lagi apa rutin harian you," Emily berminat nak tahu.

Ikha mula betulkan duduknya, dia bercerita mengenai dirinya kerana semua kawan-kawannya berminat nak tahu tapi Ikha akhirnya terdiam bila merasakan kawan-kawannya saja ingin mengambil hatinya memandangkan dia hanyalah seorang suri rumah. Ikha menunduk.

"Ikha kenapa?" Tanya Azira di sebelahnya.

"I hanyalah suri rumah berbanding you all." Muka Ikha begitu sedih.

Ikha hampir menangis tapi kawan-kawannya mula teresak-esak menangis. Mula-mula seorang kemudian seorang dan kemudian semuanya menangis. Ikha terdiam dan berasa hairan.

"Ikha, U beruntung sudah berkahwin dan ada anak. Tak macam kita orang ni, belajar tinggi tapi tak kahwin-kahwin. Sekarang ni dah jadi andartu. Duit banyak pun tak guna." Salwa yang senyap dari tadi bersuara sedu sedan.

Pada hari itu Ikha pulang ke rumah lalu terus memeluk suami dan anak-anaknya sambil menyatakan kepada mereka bahawa dia bangga menjadi seorang isteri dan suri rumah.