Al-Quran

Listen to Quran

Sabtu, 30 Oktober 2010

Testimonial Memoir Ibu

Bicara Ilmu & Kehidupan
Salam sejahtera buat semua...Terima kasih krn terus setia mengikuti bicara ilmu& kehidupan tanpa suara drpd saya...Masa bergerak pantas...sekarang dahpun masuk bulan Rejab tak lama Syaaban dan Ramadhan. Emm...bulan Rejab meninggalkan memori yang sangat bermakna dalam hidup saya. Lewat 2 tahun lalu hari-hari begini merupakan hari-hari akhir saya menghabiskan sisa waktu saya dengan arwah ibu yang tercinta.... Tanggal 17 Rejab 1428H...selalu juga nombor ini dilintaskan Allah dalam benak fikiran saya, tapi waktu itu saya tidak mengerti apa-apa...rupa- rupanya Allah mengirimkan isyaratNYA.. .17 Rejab hari bersejarah buat saya...insan yang paling saya kasihi dalam kehidupan saya bakal dijemput pulang mengadap PenciptaNYA. ...be prepared.... bersedia. ..Ya itulah mesej Allah sebenarnya.. ..Alhamdulillah segala-galanya berjalan lancar dan tenang ...mudah sekali. Segala-galanya bagai diatur Allah...daripada pengurusan jenazah.... tetamu yang hadir...MasyaAllah. ..macam ada VIP kat masjid dan di kubur...khabarnya hampir 300 lebih jemaah yang menyolatkan jenazah arwah...parking lot masjid pun tak cukup...padahal itu adalah hari bekerja...Keikhlasa n dan kebaikan hati ibu itulah yang menambat ukhwah ibu dikalangan saudara mara & para sahabat...pesakit abah dan kenalan...Rakan- rakan niaga DCL...kenalan. ..sahabat saya pun tak kurang juga....ada hadir sama...rezeki ibu...

Hinggalah di kuburan...tetamu membanjiri.. .keistimewaan ibu berlipat ganda apabila seorang lagi jenazah sedang dikebumikan. ..Cuma menunggu saat utuk ditalkinkan. ..kali ini...insan paling istimewa dalam hidup ibu mengambil tanggungjawab itu...(sungguh bertuah ibu dihadirkan insan seistimewa abah dlm hidupnya...kasih abah utk ibu memang tidak berbelah bahagi...TULUS SUCI menjaga ibu dunia & akhirat)abah sendiri yang mentalkinkan kedua-dua jenazah ini...Berat mata memandang... berat lagi bahu yang memikul...melalui proses kehilangan insan yang dikasihi suatu perjuangan yang sangat bermakna...inilah sebahagian UJIAN yg Allah hadirkan buat kami.

Itu yang kadang tidak kuat kekuatan dalaman...tambah pula sokongan luaran tiada....hidup terasa sunyi dan sepi....kehilangan. ..kesedihan berlarutan.. ..makan dalam akhirnya langkah mengikuti yang telah pergi...(apapun Allah LEBIH TAHU ...pastinya itu YANG TERBAIK untuk hambaNYA dari terusan menderita dijemput pulang mengadapNYA) ...Inilah dalam salah satu cabang besar displin kaunseling yang dinamakan LOSS & GRIEF ~ bagaimana mengurus emosi yang kehilangan.. .selalunya melibatkan isu-isu kematian tapi ianya juga sebenarnya terpakai juga utk isu-isu yang melibatkan kehilangan yang disebabkan perpisahan, penceraian, malapetaka bencana, musibah penyakit , trauma dan sebagainya.. .bagaimana harus kita mengendalikan keadaan ataupun konflik ini agar TIDAK MEMUDARATKAN DIRI...inilah yang kadang boleh mnyebabkan depressi dan jika tidak ditangani dengan baik malah boleh membawa kpd masalah kesihatan mental yang lebih serius...putus cinta selalunya.

Memoir Ibu...
Arwah ibu ditahan wad lantaran kondisi kesihatan beliau yang semakin merosot ketika melakukan radiotheraphy di SJMC...yg dah tukar namapun kini SIME DARBY HOSPITAL SUBANG JAYA...hemm. ..banyak kenangan kami sekeluarga disitu.Alhamdulilla h ibu hanya ditempat di wad biasa jadinya dapatlah kami seisi keluarga menemani beliau hingga ke akhir nafasnya yang terakhir...semua anak-anak, cucu dan suami ada di sisi...Ingat sehari sebelum beliau meninggal , ibu tidur lewat nak dekat jam 11.30 malam masih leka berborak rancak melayan sepupu abah yang datang melawat elok pulaktu nurse tak kacau macam tahu-tahujer inilah hari-hari terkahir beliau ingin berbual panjang dengan kami...beria sungguh dia berborak...apa yg berianya dibualkan... kisah-kisah perjalanan kehidupan kami sekeluarga dan paling bersungguh dia bercerita tentang menantu kesayangannya. ..keikhlasan & ketulusan hati adakalanya tidak perlu diucapkan memadai dengan perbuatan, riak wajah, kasih sayang, perhatian dan bahasa tubuh kita.Keikhlasan ,kejujuran dan pengorbanan yang tulus inilah antara penawar dalam membantu perjuangan insan-insan yang dikasihi dalam perjuangan mereka meneruskan hari-hari terakhir mereka. Setiap waktu pinta saya pada Allah...demi kebaikan yang aku panjangkan kpd sahabat yang memerlukan.. ..membantu hambaMu..berikanlah kami seisi keluarga kesempatan melewati hari-hari indah dan ceria selalu...itulah pinta saya bila kebaikan yang dihulurkan kpd para sahabat dan klien yang menarik nafas lega & bersyukur... bertemu jalan keluar dan sembuh dari luka yang mahupun masalah yang membelenggu diri.

Allah Menjawab Pintaku...
Allah menjawab doa kami sememangnya hari-hari itu sangat indah dan membahagiakan apatah lagi dengan keletahan abang ngah ....mujurlah saya menurut kata ibu....takyah sekolahkan abang ngah tadika awal....tunggulaa 5 tahun nanti...inilah penghibur neneknya...pagi- pagi lagi dah bikin havoc...dipesan jangan kacau nenek tidur (pesakit kanser lazimnya memang tak boleh tidur malam...kata ibu badan bagaikan bisa yang teramat sangat mencucuk hanya Tuhan yang tahu...lazimnya malam ibu diisi dengan zikir dan qiamulail... adatakde selalunya menjelang Subuh baru dapat lelapkan mata...Azan Subuhjer ibu akan bangun...mengemaska n diri dibantu abah...dan solat berjemaah).. .Jadi kadang selepas Subuh ibu akan tidur semula...hemm. ..tak sempat bila si bujang kacak (dia perasan sendirilaa.. ..siap bg nama email dia ermankacak.. .sukaatilaa awaklaa abang ngah asalkan awak bahagia)...Kalau dia dah bangun boring takde siapa nak lawan borak...yerlaa kadang ibu sibuk di dapur masak utk hidangan tengahari sekeluarga sebelum bergerak menjalani internship di Talian Sahabat mahupun menghadiri kuliah ...atuk mengaji...dalam nenek rehatkan diri...tidur sebentar.... dia menjerit ala menyanyi.... Nenek! Wake up....SUN dah keluar...wake up nek...kadang pulak dia curi-curi kacau nenek bila ibu tak nampak...nenek bukak mata nek...dia sengkangnya mata nenek dengan jarinya....soh buka mata luas-luas layan dia bercerita... dicium-cium. ..peluk neneknya...tak jadi tidur neneknya.... itulah buah hati nenek. Kadang sempat juga neneknya bertanya...Erman dah doakan nenek biar nenek cepat sembuh...pantas dia menjawab...Dah! nek...Macam mana erman doakan nenek...Jawabnya spontan..”.Bismillahirahmanni rrahim... Astaghafirullaha lazim...”Terkekek semua ketawa dibuatnya... manataknya. ..istighfartu TAGLINE neneknya...nak tahu bila? Bila cucunya buat hal laa...adalaa projeknyatu. ..ntah apa-apa menconteng dinding ker...main bedak...panjat grill dan sebagainya.. .so kuah tumpah ke mana ke cuculaa...itulah yg dicerap cucunya...tapi digunakan ikut sukati dialaa...kecik lagik waktuniepun usia abang ngah dalam 4 tahun...berjalanjer otaknya...sama rancaknya dengan keletah dia...

Segalanya SEGAR dalam ingatan tapi kalinie berbeza I’ve made PEACE with it!!!(Alhamdulillah ...with the HELPS OF ALLAH & EFT...self healing magic)

Kini hampir 2 tahun peristiwa bersejarah itu berlalu segalanya masih segar dalam ingatan...INILAH ANTARA HADIAH-HADIAH PALING BEHARGA DALAM KEHIDUPAN SAYA SEBANARNYA.. .Cuma bezanya hari ini saya menoleh ke belakang tiada lagi kesedihan yang mendalam...tidak seperti awal-awal tahun pertama dahulu...KESUNYIAN. ..KESEDIHAN. ..KEHILANGAN amat dirasai apatah lagi ibulah pendengar setia saya dan anak-anak... kali nie giliran saya pula menjadi PENDENGAR SETIA anak-anak kerana apa saya tidak mahu mereka merasa KEHILANGAN nenek...itu jugalah yang membawa saya pada dunia baru yang saya sendiri tidak pernah menduga...Allah lorongkan saya jalan-jalan yang mudah....menyiapkan saya dengan setiap inci perjalanan itu dengan ILMUNYA...meneruska n pengajian dalam bidang counselling psychology.. .diberi peluang menikmati HIKMAH ilmu yg diterokai dengan latihan praktikal yg “sangat mengujakan”...bekerjaya dari rumah...menawarkan perkhidmatan kaunseling /theraphy secara ONLINE CLINIC...segalanya berjalan dengan begitu indah dan tersusun...sangat HEBAT PERENCANAAN ALLAH utk saya...Terima kasih pada Allah atas hadiah & keajaibanMU buat kami seisi keluarga...

Jika dahulu ...memang saya akui...sebagai hambaNYA yg diuji ~ menjalani praktikal universiti kehidupan dlm cabang LOSS & GRIEF....kehidupan sememangnya terkesan sehinggakan nak senyum pun saya macam tiada deria....hidup macam tiada makna...anak- anak dan suamilah penguat semangat & penghibur saya...dan episod ini jugalah membawa saya lebih mengenali diri...kekuatan & aset yang dibekalkan Allah...saya meneroka dan meneroka...pelbagai keindahan yang saya temui...eksplorasi interaksi tubuh, stress, pendaman emosi, sains minda...kuasa doa...EFT... semua ini memperkukuhkan lagi penerokaan peringkat Sarjana saya...Wooww! Semuanya best-best belaka...AMAZING! !!It’s awesome man!!!Ingin sekali saya KHABARKAN KE SELURUH ALAM...ALLAH HEBAT...ALLAH ADIL...carik. ..carik.. ..sujud.. .mohon padaNYA...berdoa. ...jangan mengalah walaupun terkadang... Allah tangguhkan.. ..tidak mengapa....kerana apa???Inilah dia...ada HADIAH YANG LEBIH HEBAT menanti anda...Allah sediakan...SABAR & IKHLAS....utknya! pasti tidak sia-sia...dan yang penting JANGAN LUPA MINTAKKK!Please Allah..help me! InsyaAllah pasti dikirimkan hadiahnya...

Jangan Biarkan Masalah Membelenggu Diri...
And...TAKE ACTION! BE RESPONSIBLE TO YOUR LIFE....STOP COMPLAINING OR BLAMING OTHERS!TAKE INCHARGE...ambil tanggungjawab utk anda mengubah kehidupan anda!!!Boleh! !!Pasti BOLEH jika anda membenarkan kebahagian, kejayaan, ketenangan melewati perjalanan anda...bagaimana caranya???Keikhlasa n, ketulusan, istiqamah dan komitmen diri anda untuk terus berjuang dan menikmati transformasi impian yang dihajati.... MIMPI MAMPU MENJADI REALITY...ia akan jadi lebih mudah jika anda fikirkan MUDAH...memanglah mudah kalau Allah izinkan...so cara termudah.... PLEASE ALLAH!!! Minta dilorongkan jalan-jalan kejayaan...jalan kebahagian & ketenangan ~ diketemukan dengan insan yang diredhai dalam membantu pencarian anda...insyaAllah mudahlah ia...

KEJUJURAN, KEADILAN MENJADI NILAI PEGANGAN SAYA...
Saya memegang nilaian KEJUJURAN dalam diri saya...kejujuran inilah yang saya bawakan...saya juga sama seperti anda...melewati ujian & perhatian KASIHNYA...HIDUP TIDAK PERNAH SEMPURNA TAPI KASIH ALLAH YANG HEBAT & TIDAK BERTEPI ITULAH YANG MENJADIKAN KEHIDUPAN INI SEMPURNA...SUNGGUH INDAH & HARMONI...saling lengkap-melengkapi menunjukkan bukti KEAGUNGAN ILAHI. Sayang sekali jika waktu dibazirkan begitu sahaja. Dan sesungguhnya perjalanan ini sangat indah dari diisi dengan sungutan, kesalan, kesedihan, api dendam, benci, marah, putus asa, mencari kelemahan mahupun kesilapan orang lain, menghukum diri sendiri atau orang lain, penolakan, penganiayaan dan sebagainya.. .HIDUP SESUATU YANG SANGAT BEHARGA DAN SEHARUSNYA DINIKMATI RUANG & PELUANG ITU...Nilaian ini jugalaa sebenarnya yang diwariskan oleh ibu tercinta...JUJUR. ..(tiada rahsia antara ibu & saya...macam kawanjer no boundary between us)ADIL...(sama rata...tetamu atau pesakit abah yang kurang berada ker...sederhana ker....kaya. ..Dato... Datin...Pn Sri samajer layanan ibu dengan sikap ramah, budi bahasa dan santunnya... dan dgn cucu pun begitu belikan hadiah ker mainan pun samajer biar jangan ada iri hati katanya)...itulah yang membuatkan beliau disenangi ramai...ramai sahabat...dan dirindui semua...InsyaAllah kehidupan akan lebih tenang & diberkati...

Sehingga bertemu lagi...warnai kehidupan anda dengan warna –warni keindahan dan kebahagian.. .insyaAllah yang hadir nanti juga yang indah-indah dan membahagiakan. ...Amin.. .Ya Rabbal Alamin...utk dikembalikan kpd Allah juga...jadi khalifah yg lebih bagus dari semalam...

Untuk ibu yang dikasihi...AL- Fatihah buatmu bonda Almarhummah Hajjah Halimah Binti Fatimah moga tenang & sejahtera beradu di sisiMU Ya Allah..Amin. ..Ya Rabbal Alamin 

 

Sedekah

Sedekah Jariah - Kebajikan yang tak berakhir!

1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, Anda mendapatkan hasanah.

2. Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda dapat hasanah.

3. Berkongsi bahan bacaan yang membangun dengan seseorang.

4. Bantu mendidik seorang anak.

5. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda dapat hasanah.

6. Berkongsi CD Quran atau Do'a.

7. Terlibat dalam pembangunan sebuah masjid.

8. Tempatkan pendingin air di tempat umum.

9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, Anda dapat hasanah.

10. Hantarkan artikel ini pada orang lain. Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas, Anda dapat hasanah sampai hari Qiamat.

Insyallah.

Harga sebuah kasih sayang

SEORANG lelaki tua yang baru kematian isteri tinggal bersama anaknya, Arwan dan menantu perempuannya, Rina, serta anak pasangan itu, Viva yang baru berusia enam tahun. Keadaan lelaki tua itu agak uzur, jari-jemarinya sentiasa menggeletar dan pandangan pula semakin hari semakin kabur. Malam pertama berpindah ke rumah anaknya, mereka makan malam bersama. Lelaki tua merasa kurang selesa menikmati hidangan di meja makan. Dia merasa amat canggung menggunakan sudu dan garpu. Selama ini dia gemar bersila, tapi di rumah anaknya dia tiada pilihan.

Cukup sukar dirasakannya, sehingga makanan bersepah tanpa dapat dikawal. Bukan dia tidak merasa malu berkeadaan begitu di depan anak menantu,tetapi dia gagal menahannya. Lantaran kerap benar dijeling menantu, seleranya patah. Dan tatkala dia mencapai gelas minuman, pegangannya terlucut. Prannnnngggggg ... !! Bertaburan kaca di lantai. Lelaki tua serba salah. Dia bangun,cuba mengutip serpihan gelas itu, tapi Arwan melarangnya. Rina masam mencuka. Viva pula kesian melihat datuknya, tapi dia hanya melihat, kemudian makan semula. "Esok ayah tak boleh makan bersama kita," Viva mendengar ibunya berkata pada ayah, sebaik datuk menghilangkan diri ke dalam bilik. Arwan hanya membisu. Namun sempat anak kecil itu merenung tajam ke dalam mata Arwan. Sebagai memenuhi tuntutan Rina, Arwan membeli sebuah meja kecil yang rendah, lalu diletakkan di suatu sudut bilik makan. Di situlah ayahnya menikmati hidangan bersendirian, sambil anak menantu makan di meja berhampiran. 

Viva pula dihalang apabila dia merengek mahu makan bersama datuknya. Air mata lelaki tua meleleh mengenang nasibnya diperlakukan begitu. Ketika itu dia teringat kampung halaman yang ditinggalkan. Dia terkenang arwah isterinya. Lalu perlahan-lahan dia berbisik: "Miah... buruk benar layanan anak kita pada abang." Sejak itu, lelaki tua merasa tidak selesa tinggal di situ. Hari-hari dia diherdik kerana menumpahkan sisa makanan. Dia diperlakukan seperti hamba. Pernah dia terfikir untuk lari dari situ, tetapi mengenangkan cucunya, dia menahan diri. Dia tidak mahu melukakan hati cucunya. Biarlah dia menahan diri dikelar dan dicalar anak menantu. 

Suatu malam, Viva terperanjat melihat datuknya makan menggunakan pinggan kayu, begitu juga gelas minuman yang diperbuat daripada buluh. Dia cuba mengingat-ingat, di manakah dia pernah melihat pinggan seperti itu. "Oh! Ya..." bisiknya. Viva teringat, semasa berkunjung ke rumah sahabat papanya dia melihat tuan rumah itu memberi makan kucing-kucing mereka menggunakan pinggan yang sama. "Taklah pecah lagi, kalau tak, nanti habis pinggan mangkuk mama," kata Rina apabila anaknya bertanya. Masa terus berlalu. Walaupun makanan berselerak setiap kali waktu makan, tiada lagi pinggan atau gelas yang pecah. Apabila Viva merenung datuknya yang sedang menyuap makanan, kedua-duanya hanya berbalas senyum. 

Seminggu kemudian, sewaktu pulang dari bekerja, Arwan dan Rina terperanjat melihat anak mereka sedang bermain dengan kepingan-kepingan kayu. Viva seperti sedang membuat sesuatu. Ada penukul, gergaji dan pisau di sisinya. "Eh, apa sayang buat ni? Berbahaya main benda-benda ni," kata Arwan menegur manja anaknya. Dia sedikit hairan bagaimana anaknya dapat mengeluarkan peralatan itu, sedang ia disimpan di dalam stor. "Nak buat pinggan, mangkuk dan gelas untuk ayah dan emak. Bila Viva besar nanti, taklah susah cari. Kesian ayah, terpaksa ke bandar beli pinggan atuk," kata Viva. Gamam mendengar jawapan anaknya, Arwan terkedu. Perasaan Rina terusik. Kelopak mata kedua-duanya bergenang. Jawapan Viva menusuk, seluruh tangkai jantung dirasa seperti dihiris sembilu. Mereka benar-benar rasa bersalah! Malam itu Arwan memimpin tangan ayahnya ke meja makan. Rina menyenduk nasi dan menuang minuman ke dalam gelas. Nasi yang tumpah tidak dihiraukan. Viva beberapa kali memandang ibunya, kemudian ayah dan akhir sekali wajah datuknya. Dia tidak bertanya, cuma tersenyum selalu bagi menyatakan rasa seronok duduk bersebelahan datuknya di meja makan. Lelaki tua itu juga tidak tahu kenapa anak menantunya tiba-tiba berubah. "Esok Viva buang pinggan kayu tu, nak buat apa?" kata Viva pada ayahnya selepas makan. Arwan hanya mengangguk, tetapi dadanya terus sebak. huhuhuhuhuhuhuhuhu 

MORAL OF THE STORY: Hargailah kasih sayang kedua orang tua kita.....Ibu bapa kita hanya satu, perginya tidak akan ada pengganti... jadi, berbaktilah kepada mereka selagi hayat dikandung badan! "

INDAHNYA SOLAT SUBUH

Ganjaran Pahala Solat Subuh Mengatasi Keindahan Dunia

RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: "Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka." (Hadis riwayat Muslim)Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta'arif menegaskan, as-Subhu atau as-Sabah adalah permulaan siang hari, iaitu ketika ufuk berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir matahari.

Adapun solat Subuh ibadat yang dilaksanakan ketika fajar siddiq dan berakhir pada waktu matahari terbit.Solat Subuh memiliki banyak daya tarikan kerana kedudukannya dalam Islam dan nilainya yang tinggi dalam syariat. Banyak hadis mendorong untuk melaksanakan solat Subuh serta menyanjung mereka yang menjaga dan mengerjakannya.

Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit dan payah untuk bangun dari tidur. Seorang Muslim bila dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau 'Subuh gajah', iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul.

Rasulullah SAW mengkhususkan solat subuh dengan beberapa keistimewaan tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain. Banyak keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu subuh.

Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis: "Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya) ." (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)Jika Rasulullah SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara Baginda dengan Allah SWT kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyah paling dekat dengan Allah SWT.Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT.

Allah SWT berfirman maksudnya: "Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas." (Surah al-Kahfi, ayat 28)

Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi: "Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya."Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh?

Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya?Diriwayatk an Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:"Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim).

Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya.Diriwayat kan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga." (Hadis riwayat Bukhari). Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar.Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, "Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka." (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah)Semoga kita tetap menjaga dan memelihara solat Subuh seperti dijanjikan Allah. Bergegas bangun tidur apabila terdengar laungan azan berkumandang untuk segera mengerjakan solat Subuh.

Benjolan Di Payudara

Benjolan Di Payudara



Assalamualaikum Dr. Syid

Saya seorang surirumah berusia 43 tahun. Sejak 3 bulan yang lepas saya merasakan terdapat bonjolan pada payudara sebelah kanan saya sebesar syilling 50 sen. Kalau di tekan, ianya tidak sakit atau merasa apa-apa. Saya pernah berjumpa dengan seorang doktor swasta yang menasihatkan saya untuk ke hospital bagi menjalani pemeriksaan lanjutan. Saya agak bimbang dengan keadaan ini dan berasa takut untuk ke hospital. Apakah ini tanda awal kanser payudara? Apakah risiko kanser ini dan apa yang perlu saya lakukan? Adakah produk Gamat Emas boleh membantu? Terima kasih kerana membantu masalah saya. 



Dari,

Norlia Abd. Rahim

Taiping, Perak.




Jawapan: 

Waalaikumussalam. Bagi kes puan sememang langkah yang paling bijak ialah untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut yang sewajarnya dari pakar perubatan. Jangan berlengah kerana ini mungkin akan menentukan tahap penyembuhan masalah puan. Ketumbuhan pada payudara yang tidak sakit amat dibimbangi jika ia merupakan masalah kanser payudara. Kanser payudara selalunya bermula sebagai ketulan keras yang tidak sakit. Ia membesar dengan masa. Jika sudah sampai ke tahap lebih serius, benjolan boleh dilihat pada permukaan kulit sementara puting payudara akan tertarik ke dalam. Kadangkala bendalir berdarah yang keluar dari puting juga merupakan tanda yang penting. Kulit pada bahagian payudara tersebut boleh juga kelihatan seperti kulit buah oren (peau d’orange) yang mana kulit menegang dengan bahagian bulu roma termasuk ke dalam. Peringkat yang lebih serius dan menyakitkan ialah apabila kanser tersebut pecah ke kulit dan merebak ke kelenjar di bawah ketiak dan seterusnya ke seluruh badan.



Kanser payudara merupakan kanser yang paling kerap menimpa wanita untuk semua kaum di Malaysia. Ia turut merupakan kanser yang paling banyak dilaporkan yang mana menurut bancian tahun 2002, sejumlah 4,337 kes kanser payudara telah dicatitkan. Sebanyak 30.4% daripada kes kanser di kalangan wanita Malaysia ialah kanser payudara. Risiko untuk mendapat kanser payudara di Malaysia adalah pada nisbah 1 pada setiap 19 orang wanita. Angka ini sebenarnya berubah mengikut kaum yang mana bagi kaum Melayu risikonya adalah 1:24, kaum Cina nisbahnya 1:14 dan bagi kaum India nisbahnya adalah 1:15. Dari angka ini pula perlu diketahui bahawa lebih dari 52.3% daripada kanser payudara wanita tergolong pada usia kurang dari 50 tahun. Insiden kanser meningkat sehingga golongan usia 50-59 tahun tetapi menurun bagi golongan yang lebih tua.



Statistik pada tahun 2000 melaporkan sebanyak 3,825 kes kanser payudara kesemuanya yang mana 1,707 menyebabkan kematian. Kurang kesedaran dan sikap sambil lewa merupakan sebab utama kanser ini melibatkan angka kematian yang agak tinggi. Hampir 40% dari kes kanser dikesan pada peringkat yang serius sehingga menyukarkan rawatan untuk penyembuhan.

Antara faktor risiko menghidapi penyakit kanser payudara ialah :


Usia : Risiko meningkat dengan usia. Kanser jarang sekali berlaku pada wanita di bawah usia 25 tahun.
Sejarah kanser payudara: Risiko berulang bagi bekas pesakit kanser payudara meningkat 4 kali ganda.
Sejarah keluarga: Risiko meningkat 2 kali ganda jika ada ahli keluarga yang menghidap kanser payudara sementara jika terdapat 2 atau lebih waris terdekat menghidapinya maka risiko akan meningkat 4 kali ganda.
Sejarah penyakit payudara: Wanita yang menunjukkan kehadiran sel abnormal dan penyakit fibrosistik terdedah 4 kali ganda untuk menghidap penyakit kanser payudara.
Faktor genetik : Sejumlah 5-10% wanita yang menghidap kanser payudara mempunyai faktor genetik. Antara gen dikenal pasti ialah BRCA 1 dan 2 serta p53. Sekiranya salah satu dari gen itu dijumpai maka risiko menghidapi kanser payudara meningkat sebanyak 85%.
Kedatangan haid: Perempuan yang baligh sebelum usia 12 tahun atau putus haid selepas berusia 55 tahun akan mempunyai risiko yang meningkat sebanyak 2 hingga 3 kali ganda untuk menghidapi kanser payudara.
Jumlah anak: Wanita yang tiada anak atau tidak pernah hamil selepas usianya meningkat 30 tahun mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidap kanser payudara.
Pendedahan kepada radiasi: Mereka yang terdedah kepada sinar radiasi seperti sinar-X semasa usia atau sebelum usia 30 tahun boleh meningkatkan sedikit risiko kepada kanser payudara.
Status sosioekonomi: Status kehidupan yang tinggi akan meningkatkan lagi risiko menghidapi kanser payudara.
Pemakanan: Pengambilan alkohol meningkatkan risiko kanser payudara sebanyak 2 x ganda. Makanan yang tinggi dengan lemak tepu (minyak haiwan dan minyak kelapa), protein haiwan dan makanan yang kurang serat juga boleh mempengaruhi risiko untuk mendapat kanser payudara.
Saiz tubuh: Wanita yang gemuk selepas putus haid juga akan mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser payudara.
Pil perancang dan HRT (terapi hormon gantian): Pengambilan pil perancang dalam jangkamasa lama dan juga terapi hormon gantian selepas putus haid juga dapat meningkat risiko kanser payudara.
Penyusuan: Penyusuan merendahkan sedikit risiko kanser payudara sebelum putus haid.
Jantina: 95% kanser payudara terdiri dari golongan wanita

Kesimpulannya di sini, saya bukan berniat untuk menakutkan puan tetapi masalah tersebut akan lebih mudah dirawat pada peringkat awal. Anggapkan tindakan selainnya seperti menggunakan produk Gamat Emas ini sebagai rawatan ‘adjuvan’ atau seiring dengan rawatan hospital. Yang penting puan perlu menjalani pemeriksaan dan rawatan dari doktor terlebih dahulu. Bagi produk Gamat Emas, saya syorkan puan amalkan Bioseed dan Pati Gamat Plus Vita 2x sehari. Sementara C3 Spirulina boleh di ambil 2 sudu besar 3 kali sehari. Bioseed membantu pembersihan usus untuk mengelakkan penyerapan toksid ke dalam badan. Pati Gamat pula membantu mengurangkan inflamasi, bengkak dan turut mempunyai kesan antitumor. C3 Spirulina pula membekalkan nutriens yang diperlukan badan puan untuk meningkatkan ketahanan badan sementara Coenzym Q10 dapat membantu melawan kanser payudara..

Maklumat lanjut klik : GamateMas
 
Jom ke teratak orangkampong@ OK...

Hidup Mesti Berani Mencuba

Alkisah, seorang pembuat jam tangan berkata kepada jam yang sedang dibuatnya.

“Hai jam, apakah kamu sanggup untuk berdetik paling tidak 31,104,000 kali selama setahun?”

“Ha?,” kata jam terperanjat, “Mana sanggup saya?”

“Bagaimana kalau 86,400 kali dalam sehari?”

“Lapan puluh ribu empat ratus kali? Dengan jarum yang kecil panjang seperti ini?” jawab jam penuh keraguan.

“Bagaimana kalau 3,600 kali dalam satu jam?”

“Dalam satu jam harus berdetik 3,600 kali? Banyak sekali itu” jam tetap ragu-ragu dengan kemampuan dirinya.

Tukang jam itu dengan penuh kesabaran kemudian bicara kepada jam.

“Kalau begitu, sanggupkah kamu berdetik satu kali setiap saat?”

“Naaaa, kalau begitu, aku sanggup!” kata jam dengan penuh keyakinan.

Maka, setelah selesai dibuat, jam itu berdetik satu kali setiap saat. Tanpa terasa, detik demi detik terus berlalu dan jam itu sungguh luar biasa kerana ternyata selama satu tahun penuh dia telah berdetik tanpa henti. Dan itu bererti ia telah berdetik sebanyak 31,104,000 kali.

Pengajaran :

Ada kalanya kita ragu-ragu dengan segala tugas atau pekerjaan yang kita rasa berat. Namun sebenarnya kalau kita sudah menjalankannya, kita ternyata mampu. Bahkan yang kita anggap impossible untuk dilakukan sekalipun.

Jangan berkata “tidak” sebelum Anda mencubanya.

Rahsia Bibir Wanita

Bibir wanita memang penuh tarikan. Namun di sebalik keindahan yang dipaparkan, terdapat suatu misteri atau rahsia tentang watak si pemiliknya.Di sini dinyatakan misteri bibir yang patut diketahui.



Bibir segar dan kemerahan

Wanita yang mempunyai bibir segar dan kemerah-merahan secara semulajadi menandakan dia mempunyai tubuh badan yang sihat dan pandai menjaga kesihatan diri. Sifat mereka juga terbuka dan periang. Ramai yang suka berkawan dengan wanita ini kerana pandai menyesuaikan diri dan ramah dalam pergaulan. Wanita ini juga mampu memberi keriangan kepada pasangannya dengan sifat semulajadinya sebagai wanita.Dia manja dan kehidupannya yang ceria sungguh menyenangkan sekali.Secara umumnya, wanita ini suka dimanja dan mahukan kasih sayang yang penuh kehangatan. Dia akan kecewa sekiranya mendapat pasangan yang kaku dan tidak tahu memanjakannya. Biasanya juga mereka mempunyai raut wajah yang menarik, selari dengan kecantikan bibirnya yang sentiasa mengundang rasa senang dan mesra kaum lelaki.

Bibir yang biru (pucat)

Tidak kira apa juga bentuk bibir wanita ini, cahayanya kelihatan kebiruan. Biasanya wanita ini tidak begitu boleh diletakkan kepercayaan. Kata-katanya tidak boleh dipegang,selalu bersifat ingkar dan cuai terhadap tanggungjawab dan kewajipannya. Cerewet dan suka menimbulkan perselisihan dengan pasangannya. Jika anda ingin menjadi kekasihnya, anda hendaklah seorang yang boleh mengatasinya atau mengawalnya.


Bibir yang tipis

Tipis bukan bererti nipis! Wanita yang memiliki bibir tipis pada umumnya banyak mulut dan suka membicarakan hal-hal yang kadangkala boleh disifatkan sebagai tidak wajar. Suka melakukan sesuatu dengan caranya sendiri tanpa mempedulikan apa kata orang lain. Wanita ini pandai memujuk rayu dan tahu juga berpura-pura dalam memainkan peranan demi kepentingannya. Wanita ini juga mempunyai nafsu yang cukup besar dan memerlukan belaian yang penuh kehangatan dari pasangannya. Wanita ini bersikap optimis dalam menjalankan kehidupannya.

Bibir yang mungil

Wanita ini secara umumnya mempunyai gaya dan pesona yang mendebarkan lelaki. Selalu mempamerkan gaya keanak-anakan dan bersifat manja. Suka didampingi dan dibelai oleh pasangan. Wanita ini juga suka bergantung kepada orang lain, tidak mempunyai pendirian yang mantap lantaran selalu bersikap ragu-ragu dengan apa yang dilakukan.Lelaki mudah mengambil kesempatan untuk menggodanya. Wanita jenis ini juga mudah dijinakkan jika pandai membaca kelemahannya. Wanita ini boleh diharap menjadi ibu yang baik dan suri rumah yang bertanggungjawab. Namun suka merungut dan berleter jika tidak mendapat apa yang diingininya.

Bibir yang tebal

Wanita berbibir tebal dikatakan mempunayi nafsu yang kuat. Sukakan kemesraan dan kehangatan. Dia juga bersikap agak bebas dan terbuka apalagi jika dikaitkan dengan persoalan cinta dan seks. Mampu memberi keseronokan dan kesenangan kepada pasangannya, namun boleh juga menimbulkan suasana yang sebaliknya lantaran sikapnya yang suka mencemuh dan memalukan dikhalayak ramai.Wanita ini tidak suka sikap yang berpura-pura. Jika diamanahkan suatu rahsia, dia boleh menjaganya dengan baik dan mengunci rapat. Bagaimanapun jika dia mula membenci seseorang ,kata-kata yang dihamburkan menyinggung perasaan orang dan terburailah segala rahsia orang yang dibencinya.Begitu mementingkan kecantikan dan bersolek lama. Banyak wang yang dihabiskan untuk tujuan kecantikan serta bersikap pemboros. Tidak pandai menguruskan rumahtangga dan anak-anak. Jika anda sebagai suaminya, seharusnya mempunyai sifat kewibawaan untuk membimbingnya. Jika tidak dia akan bersikap queen-control!

Bibir sentiasa terbuka

Mempunyai keinginan yang tinggi dari segi kehidupan dan juga seks. Dalam soal kerja atau tanggungjawab, mereka cukup berdisiplin dan mencapai prestasi yang membanggakan. Ramai wanita jenis ini memperoleh kedudukan yang baik dalam kerjaya kerana mampu berjaya dalam setiap bidang yang diceburinya. Optimis dan bermatlamat. Dia juga mudah jatuh cinta dan berusaha sedaya-upaya untuk memiliki atau memenangi hati lelaki yang dicintainya. Tidak segan atau malu untuk meminta apa yang dihajatinya dalam perhubungan. Dia pandai merangsang pasangan dengan gaya pesonanya yang hebat dan erotik. Pandai memanfaatkan keistimewaan diri.